Search This Blog

Tips .... Meh baca kawan-kawan ...

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih” dan digalakkan doa 12 pintu.
2) Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur setiap hari, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
 
3) Solat taubat dan solat istikharah bila ada keperluan– Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
 
4) Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
 
5) Bermaaf-maafan sesama kawan dan pasangan setiap hari – Semasa meminta maaf perlu sebutkan. Kita mungkin tidak boleh mohon maaf kepada semua manusia tetapi kita berupaya untuk memaafkan semua orang. Cara ini mengurangkan beban emosi dan kita akan lebih ceria pada setiap hari.
 
6) Bisikan kepada diri perkara yang positif – Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya……(perkara yang elok-elok belaka) dan ini boleh boleh dipraktikkan kepada anak-anak.
 
7) P rogram minda/cuci minda – P aling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
 
8) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa).
 
9) Untuk mencuci hati antara aktiviti terbaik adalah dengan mencuci tandas. Mengikut sesetengah pendapat ianya dapat membasuh kesombongan pada hati.
 
10) P eluk pasangan setiap hari sekurang-kuranya 3 kali dalam tempoh 10 saat . Jangan lama sangat dikhuatiri kita tidak terpaksa ambil cuti kecemasan (ada faham).
 
11) Berkata-kata/menasihat anak kita pada waktu yang sesuai di dalam membentuk jiwa dan ruhaninya. Waktu yang digalakkan  (teachable moments) adalah seperti berikut:-;
·         Sebelum tidur
·         Semasa tidur
·         Selepas tidur
·         Selepas riadah
·         Selepas solat
·         Selepas mandi air suam

12) Memberi arahan yang jelas kepada anak-anak seperti “Nak, solat jangan ditinggalkan” dan bukannya “Nak, jadilah anak yang cemerlang” (umum).
13) Ibu bapa kena imbangkan emosi keluarga, sekiranya bapa memarahi anak, si ibu perlu memujuk anak dan beri rasional kenapa ayah marah.
14) Jangan galakkan anak menjadi artis/penyanyi walaupun berbakat (tidak dijelaskan kenapa rasanya kita dah faham).
15) Elakkan dan jangan sekali-kali menyebut perkataan yang negatif kepada anak kerana doa ibu bapa adalah makbul.
16) Jangan risau anak tidak mendengar kata kita, tapi risaulah kerana anak-anak melihat perbuatan kita dan mencontohinya.
17) Setiap kali balik ke rumah ucapkan Basmallah 3x dan beri salam serta senyum. P astikan suami dalam keadaan positif semasa pulang ke rumah walaupun penat bekerja. Kaum Bapa bantulah isteri membuat kerja-kerja rumah.
18) Makan dan minumlah serta buatlah sesuatu dengan tangan kanan kerana ada 18 enzim yang baik ada pada tangan kanan manakala pada tangan kiri ada 81 enzim yang menjadi anti bakteria dan sesuai untuk aktiviti mencuci qubul dan dubur. (sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kiri)
19) Amalkan membuang hadas besar dengan menyengetkan badan ke arah kiri dan memegang kepala dengan tangan kanan. Ini akan memudahkan lawas serta mengelakkan penyakit buasir.
20) Makan buah dahulu sebelum makan nasi supaya semua vitamin dalam buah tidak hilang.
21) Untuk lelaki jangan amalkan kencing berdiri (sesungguhnya syaitan itu kencing berdiri) kerana banyak keburukan seperti mendatangkan penyakit seperti ED dan sbgnya.
22) Hormatinya buku sebagai guru/ilmu jangan dicampak-campak atau tidak dijaga. Apatah lagi sekiranya kitab-kitab ilmu.
23) Amalkan bismillah lima banyak khasiatnya (lanjutan kena berguru dengan Hj Afandi).
24) Tarikh lahir boleh mencerminkan peribadi walaupun bukan 100% tepat. Anak-anak yang lahir pada 18 hb hingga 23 hb pada kebiasaanya lebih berupaya menjadi cemerlang atau boleh upaya juga menjadi sebaliknya terpulang kepada didikannya.
25) Anak kedua lebih berdikari dan biasanya agak tersisih dalam hiraki keluarga.
26) Amalkan tidur mengiring ke kanan.
27) Menyebutkan Hadis Qudsi “ Allah bertindak sepertimana yang difikirkan oleh hambanya”. Jadi kena sentiasa positif.
28) Ransang anak-anak dengan kata-kata positif sejak dalam kandungan lagi.
29) Ransang anak-anak semasa mereka bayi dan seterusnya sehingga dewasa. Apabila dewasa beri kebebasan kepada anak untuk memberi pendapat dan membuat pilihan.
30) Doa mempunyai kuasa yang hebat. “Doa itu senjata bagi orang mukmin”.
31) Ibubapa kena berubah terlebih dahulu baru boleh meransang perubahan pada keluarga.
32) Jangan mendera anak-anak, kerana anak-anak yang didera berkemungkinan besar akan mendera anaknya iaitu cucu kita.

33) Didik anak mengikut personaliti masing-masing, tidak boleh samakan semua cara kepada semua anak.
34) Orang yang berjaya apabila hari ini lebih baik dari semalam, orang yang rugi apabila hari ini sama dengan semalam dan orang yang celaka apabila hari ini lebih teruk dari semalam (hadis Nabi)

Allah sengaja ...

 http://ismanewzealand.com/v1/wp-content/uploads/2010/06/love-ALLAH.jpg
Memang Allah sengaja....

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .
 
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.. .....

Tidur asing ...

jay-tidur.jpg

APABILA usia mencecah empat tahun, kanak-anak patut diajar tidur berasingan daripada ibu bapa. Apatah lagi dalam masyarakat kita terutama orang Melayu yang memegang kuat kepada adab nilai-nilai murni dalam kehidupan.

Namun terdapat juga kanak-kanak yang dibiarkan tidur dengan ibu bapa sehingga mereka besar, maksudnya apabila mereka telah faham dan boleh bercakap dengan baik.

Apabila sampai masa mereka diarah untuk tidur berasingan, kanak-kanak ini pasti akan membantah, menolak dan menangis.

Perkara ini berlaku kerana mereka belum biasa untuk berbuat demikian, masih bergantung harap dengan ibu bapa dan tidak berani atau takut untuk tidur bersendirian.

Pensyarah Psikologi Perkembangan Kanak-Kanak, Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Mariani Mansor, berkata, usaha mengasuh anak-anak untuk tidur berasingan ialah tugasan yang perlu dilakukan secara berterusan oleh ibu bapa.

Menurutnya, anak-anak tidak boleh dipaksa dalam satu masa yang singkat untuk tidur berasingan.

Jika ini dilakukan, timbul perasaan marah anak-anak kepada ibu bapa, mereka merasa seolah-olah ibu bapa tidak menyayangi mereka lagi.

Keadaan ini juga akan menimbulkan tekanan kepada mereka dan menjadikan anak-anak ini seorang yang sensitif atau membentuk personaliti yang tidak memberangsangkan.

Malah mereka boleh mengigau dan menangis di tengah malam, mengalami mimpi yang menakutkan, mata tidak mahu lelap dan sebagainya sehingga akhirnya boleh menimbulkan masalah kesihatan kepada mereka.

``Anak-anak amat sensitif. Mereka pasti tidak memahami mengapa secara tiba-tiba disuruh tidur berasingan sedangkan sejak sekian lama, mereka dibenarkan tidur dengan ibu bapa.

``Dalam keadaan ini, ibu bapa perlu bijak memberi perangsang dan galakan dengan pujukan agar mereka faham dengan keadaan yang dialami,'' katanya.

Mariani memberitahu, masa yang sesuai untuk anak-anak dipisahkan tidur mereka ialah ketika berumur empat atau lima tahun iaitu apabila anak-anak telah mengalami perkembangan kognitif dan mereka memahami sesuatu yang berlaku apabila diterangkan keadaan di mana mereka boleh berfikir.

Pada usia ini, anak-anak telah pun berada di Taman Didikan Kanak-Kanak (Tadika) dan telah pandai berdikari serta memberi pendapat.

``Di Barat, ibu bapa telah memisahkan anak-anak mereka ketika bayi lagi supaya mereka berdikari.

``Tetapi ada juga pendapat yang mengatakan, pengasingan kanak-kanak dari usia bayi tidak patut dilakukan untuk mengelakkan bahaya,'' katanya.

Dalam usaha menentukan anak-anak mempunyai satu sokongan moral untuk mereka berdikari dengan tidur berasingan, ibu bapa perlu bijak menggunakan ciri-ciri psikologi dan pujukan.

Antaranya ialah memberitahu anak-anak bahawa mereka telah besar dan sepatutnya berada di bilik sendiri dan berdikari.

``Ibu bapa boleh memujuk anak-anak dengan mengatakan mereka akan mendapat malu sekiranya kawan-kawan lain mendapat tahu mereka masih tidur sebilik dengan ibu dan ayah mereka.

``Anak-anak juga perlu diberitahu bahawa apabila tidur berasingan bukan bermakna ayah dan ibu tidak menyayangi mereka lagi,'' katanya.

Dalam tempoh tersebut, anak-anak masih boleh di beri peluang untuk kembali ke bilik ibu dan ayah mereka sekiranya mereka terasa takut bersendirian dan terjaga pada malam hari.

Mariani berkata, selalunya masalah sukar untuk tidur berasingan berlaku seki- ranya anak terpaksa tidur sendirian.

Bagaimanapun, adalah lebih mudah untuk memujuk anak-anak yang mempunyai adik-beradik sejantina untuk tidur berasingan kerana mereka mempunyai `kawan'.

Katanya, selain pujukan dan galakan, ibu bapa juga boleh memberikan `ganjaran' berbentuk hadiah, menerangkan bilik dengan lampu tidur atau pujian `pandai' selepas anak-anak mereka berjaya tidur di bilik mereka satu malam.

Pada masa yang lain, ibu bapa juga boleh melakukan aktiviti membaca buku cerita atau bercerita kepada anak-anak sebelum mereka tidur atau cat bilik mereka dengan warna yang mereka mahu serta isikan peralatan dan perkakas yang sesuai di dalam bilik itu.

``Jadikan perasaan anak-anak terhadap bilik dan barangan di bilik berkenaan sebagai hak sendiri yang seharusnya disayangi agar mereka akan berada di bilik mereka dengan rasa selesa,'' katanya.

Sehubungan itu beliau menyarankan ibu bapa, memberi masa masa beberapa bulan sebelum mereka benar-benar bersedia untuk tidur berasingan.
Sumber: Utusan Malaysia