Search This Blog
Showing posts with label Kami. Show all posts
Showing posts with label Kami. Show all posts
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-15
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-14 ...
Yang Dinantikan
~2017~
Insyaallah...
Hogoh De Coco
Kejadian dah lama berlaku... Beberapa minggu yang lepas... Kami sekeluarga balik kampung BigBoss... Dah jauh jalan nyer mesti ler lapar dan dahaga... Walaupun bekalan dibawa, tak puas kate nyer ... Maka mengagau ler kami mencari kedai makan... Ternampak ler akan aku perkataan sup kambing... Kedai nyer kecik jer tepi jalan... Oleh kerana BigBoss dah kelaparan dan memang dia obses ngan kambing, maka uturn lah kami anak beranak... Ikutkan ajer...
Sebenarnya ada dua kedai kat situ, satu kedai makan dan satu kedai minum nih... Wahhh, aku memang terliuq dah nengok berjenis air yang disediakan... Sorry kat bawah nie gambar kedai minum jer...
Hogoh De Coco nama diberi, bersesuaian dengan letak nyer di negeri Pahang...
Kami semua order nie... Choclate orea rase nyer... Sedapppp gilerrrr...
BigBoss order air kelapa nangka... Sedapppp jugak...
Mi hoon sup, nie order kedai sebelah... BigBoss order nasi putih + sup kambing...
Nie antara menu kedai sebelah... Harga boleh tahan... Harap dapat tingkat kualiti servis...
Gendang gendut tali kecapi ...
Kenyang perut suka hati ...
Dah selesai maka kami pun meneruskan perjalanan menuju destinasi...
#HogohDeCoco
FB : Hogoh De Coco
Instagram : hogohdecoco
Ekspedisi Gunung Senyum
Alhamdulillah ... Cuti yang panjang kali nie dapat kami sekeluarga manfaatkan bersama ... Kami jalan-jalan dalam Malaysia jer ... Kalau di awal cuti aku dan anak-anak dah ker Muzium Negara ... Kali nie dengan bersemangat nyer kami menjelajah ker Gunung Senyum ... Korang tau tak yang sebenar nyer Gunung Senyum terletak di Felda Jengka 25, Jengka, Pahang mempunyai ketinggian setinggi 486 meter (1,594 kaki) ... Tinggi tu ... Tapi aku tak de ler manjat sampai ker puncak ... Walaupun aku dah 16 tahun kawen ngan orang Jengka 17 tapi tak pernah lagi sampai sini ... Dah berpuluh-puluh kali lalu tak terfikir plak nak singgah ... Ntah cam ner ari tu BigBoss bleh terfikir nak bawak ke sini ... Haisshhh, mintak nyawa ... Mintak nyawa ... Oksigen please ...
Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nisan di dalamnya ... Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ...
Gunung Senyum nih sebenar nyer mempunyai banyak gua tapi masih ramai yang tak tahu kisah benar di sebalik kewujudan Gunung Senyum yang memiliki 25 gua dengan pelbagai nama unik dan klasik ... Antara gua menarik di sini ialah Gua Terang Bulan, Gua Kelam dan Gua Jebak Puyuh ... Gua yang menjadi pilihan pengunjung plak ialah Gua Tapa, Gua Gudang Kelawar, Gua Kolam Tujuh, Gua Batu Merlap, Gua Kambing, Gua Gajah, Gua Silat, Gua Gong dan Gua Danau Impian.Selain itu terdapat juga Gua Mayat, Gua Rangkak, Gua Sisik dan Gua Ular ... Gua Kolam dipercayai menjadi tempat bersiram seorang puteri bunian suatu ketika dulu ... Gua Nesan menyimpan 19 pasang batu nisan di dalamnya ... Gua Merlap dikatakan pernah menjadi tempat tinggal Orang Bunian malah penduduk turut mendakwa mengenai kehadiran batu bersinar yang tergantung di dalam gua itu ...Gua Silat plak mempunyai kawasan lapang seperti tempat orang berlatih silat ... Nih maklumat dari BigBoss, dia pernah sampai sini masa muda remaja dulu ...
Memula sampai tu terus kita orang ker Gua Jebak Puyuh ... Jauh jugak nak masuk ke dalam tu ... Kalau ikut kata depa memakan masa 45 minit jer ... Tapi kita orang nih kan bawak bebudak, tambahan aku yang !@#$% nie ... Ambik masa lebih skit ... Sambil-sambil tu dapat ler bebudak nih mengenal pacat ... Memula kena menjerit-jerit ... Peh tu dah ok dah ... Boleh tarik sendiri and buang ...
Abang Ngah dan Kakak ...
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...
Masing-masing masih bersemangat dan sihat walafiat ...
Mana lah tak lewat ... Asyik berposing jer keje nyer ...
Muka dah nampak ada penat nyer tu...
Muka dah nampak ada penat nyer tu...
Aku kagum tengok pokok nih ... Tak pasti pokok apa ... Mesti pokok nih dah berusia ... Tengok lah akar nyer tu ... Putra tu bukan pegang gajet, tapi pegang keropok ... Sambil jalan dalam hutan sambil makan keropok ... Berpuluh-puluh kali aku pesan kat bebudak nih, jangan buang sampah, jangan buang sampah ... Memang ada pengunjung yang buang sampah merata-rata ... Tak berkenan aku tengok ... Sayangilah alam sekitar yang dah tinggal tak banyak mana pun nie ...
Nie lah dia gua nyer ... Yesss, sampai jugak ... Walaupun dalam tidak kecukupan oksigen, aku berjaya sampai ... Last buat aktiviti lasak masa zaman belajar kat UM dulu ... Kira-kira 20 tahun lepas ... Semput Mak tau ... Kami tak masuk jauh ke dalam gua pun ... Macam agak susah sebab kena merangkak-rangkak plak ... Dah selesai photoshoot, patah ler balik kami ker pangkal jalan ... Rilex rilex jer sebab hari masih terang ...
Pokok apa tak tau ... Kagum tengok akar nyer ...
Berapa lah usia agak nyer ...
Pokok Kayu Arang
Memandangkan aku yang dah agak kurang cergas ... Perjalanan turun agak memakan masa ... Maka sempat ler BigBoss mengambil gambar-gambar pokok yang ada kat dalam hutan tu ... Turun nih bukan terus balik tau ... Kita orang menuju ke gua lain plak...
Antara legenda paling terkenal di Gunung Senyum nie ialah mengenai kisah Tok Long iaitu seorang lelaki berhati mulia, Tok Long yang dikatakan pernah mengahwini gadis bunian di kawasan gunung ini ... Akibat melanggar janji, Tok Long gagal menemui kembali isterinya di alam bunian menyebabkannya mengambil keputusan bertafakur di situ sehingga meninggal dunia ... Wallahua'lam ... Kubur di Gua Makam Tok Long dikatakan bukti kisah lama yang diperturunkan dari generasi ke generasi ...
Bekas peninggalan kawasan kajian ... Dari kajian arkeologi, hutan lipur ini dikatakan menyimpan sejarah kehidupan manusia Zaman Mesolitik ... Korang cari ler sendiri ape mende zaman mesolitik tu ... Hehehe ...
Tangga tu kalau panjat boleh ler sampai ker gua-gua yang lain plak ... Kira cam senang lah sikit , tak yah panjat-panjat dah ... Tapi jenuh jugak ...
Sedang melihat sekitar gua ... Tengah pikir nak panjat tangga lagi ker tak ...
Abang Long nak memanjat lagi ... Semangat budak nih ...
Kalau korang tengok, pagar-pagar keselamatan pun ada dibina kat tepi-tepi tu ... Tapi tak semua kawasan lah ... Perlu berhati-hati agar tak terjatuh semasa memanjat ... Seriau aku menjengok ke bawah tu ...
Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...
Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu...
Tumbuhan hutan di sekitar gua nih ... Terdapat banyak flora atau tumbuhan herba di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan ... Berdasarkan penerangan, terdapat juga gua-gua yang masih mengalami proses pertumbuhan stalagtait dan stalagmait .... Gua-gua di sini dibawah jagaan PERHILITAN ... Harap-harap depa menjalankan tugas dengan jaya nyer ... Sebab aku tengok macam tak berjaga jer ...
Sekian lagi ekspedisi kali ini ... BigBoss kate nak repeat lagi ... Boleh ler buat persediaan yang lebih baik ... Pakaian yang sesuai ... Bekalan yang mencukupi ... Takmo bawak aku ler tu...
Lawatan Ke Muzium Negara
Awal minggu percutian hari tu BigBoss ada aktiviti lasak masuk hutan di Ulu Yam ... Kami nak ikut tak dibagi nyer ... Huwaaa ... Nak buat ape nih ... Sebaik ler adik aku dari Penang ada balik sini ... Anak nyer plak sibuk nak ker Muzium Negara ... Minat sejarah budak nie, kata Mak nyer lah ... Memula tu depa tak ajak pun ... Anak aku ler nak ngikut ... Maka aku pun dengan tak malu nyer ngikut ler sama ... Ehehehe ... Muzium pun muzium lah ...
Muzium Negara merupakan peneraju aktiviti permuziuman di Malaysia dan pendokong terhadap pemuliharaan dan pengekalan warisan koleksi khazanah negara ... Bangunan Muzium Negara yang ada sekarang dibina di atas tapak Muzium Selangor yang dibuka pada 1906 ... Bahagian kanan Muzium Selangor musnah terkena sasaran bom yang dilepaskan pesawat B29 milik Tentera Berikat semasa Perang Dunia Kedua pada bulan Mac 1945 ... Tulah dia serba sedikit penerangan yang aku dapat ...
Bangunan Muzium sekarang terdiri daripada empat balai pameran tetap ... Balai pertama yang dikenali sebagai Balai ‘A’ mempamerkan bahan-bahan kebudayaan rakyat Malaysia, manakala balai kedua yang dikenali sebagai Balai ‘B’ pula mempamerkan artifak-artifak sejarah Tanah Melayu, penemuan-penemuan arkeologi, kraftangan tradisional, koleksi Numesmatik, senjata-senjata Melayu dan Orang Asli ... Pada tingkat keduanya pula terdapat Balai Pameran ‘C’ yang mempamerkan pelbagai koleksi alam semula jadi negara seperti mamalia, reptilia, serangga, burung, ikan, geologi dan lain-lain lagi ... Balai ‘D’ pula mempamerkan bahan-bahan yang berkaitan dengan kegiatan ekonomi negara seperti tanaman komersial, industri perlombongan bijih timah, perikanan dan pengangkutan awam ... Dewan Tengah Muzium Negara digunakan sebagai tempat mengadakan pameran-pameran sementara ...
Jom skodeng gambar ...
Kereta bomba zaman dahulukala ...
Jom ... Jom masuk dalam plak ...
Ruang tengah muzium ... Kawasan pameran sementara ...
Gelap plak gambar nyer ...
Kulit kayu aku rasa ... Mungkin digunakan sebagai kertas zaman dahulu kala ...
Adik aku, adik ipar aku dan Putra ...
"Putra dah tak takut ngan PakLang"
Bunga Mas ...
Setelah selesai melawat seluruh Muzium Negara ... Bebudak adalah yang paling gembira ... Anak-anak gembira, mak bapak suka hati ... Mana tak suka dapat berlari sana sini ... Dah penat-penat tu memang ler lapor ... Tak mo makan kat situ sebab coz nyer tinggi dan tak de banyak pilihan ... Untuk memujuk hati yang lara, PakLang belanja makan aiskrim dulu ... Suka PokCik jual aiskrim tu ... Murah rezeki depa ...
Untuk mencari makan yang ok ... Kami terpaksa mengharungi kesesakan jalanraya ... Biasalah Kuala Lumpur ...
Semua nyer kelaparan ...
Bismillahirrahmannirrahimmm ...
Sempat lak makan pulut mangga yang sedap nie ...
Sampai lupa nak tengok & snap nama kedai ...
Alhamdulillah ...
Sumber Gambar :
ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG KE-13 ...
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu banyak ...
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu ...
Tapi sayang, itu tidak benar ...
Tiada apa yang paling ku hargai ...
Daripada kehidupan manis bersama mu ...
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun ...
Adalah terlalu singkat ...
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku ...
Betapa syukurnya aku ...
Kau lah pelindung ku ...
Kadang-kadang berjauhan dengan mu ...
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita ...
Mencipta kerukunan keluarga ...
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
Semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu...
Namun cabaran terlalu banyak ...
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu ...
Tapi sayang, itu tidak benar ...
Tiada apa yang paling ku hargai ...
Daripada kehidupan manis bersama mu ...
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun ...
Adalah terlalu singkat ...
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku ...
Betapa syukurnya aku ...
Kau lah pelindung ku ...
Kadang-kadang berjauhan dengan mu ...
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita ...
Mencipta kerukunan keluarga ...
Namun aku tetap aku yang ini ...
Maafkan aku wahai suami!
Maafkan aku wahai suami!
Riadah Di Petang Hari
Cuti sekolah dah bermula ... Walaupun cuma seminggu, excited nyer bukan main bebudak nih ... Angkara kesibukan BigBoss ngan kerja nyer dan aktiviti paranormal nyer, maka harus lah mencari ikhtiar lain mengisi kebosanan bebudak nie ...
Antara aktiviti outdoor yang akan menjadi pilihan adalah berbasikal ... Bergumbira lah 3 hero bermain ke sana, ke sini ... Si anak dara agak berkecik hati kerana basikal rosak belum ada pengganti ... Pergi lah Sang Puteri membawa diri ...
3hero beraksi menunjuk berani ...
First time main basikal nie kat luar ...
Biasa main kat dalam umah jer ...
Anak dara merajuk membawa diri ...
Tolong uwan sapu sampah ...
Hati ibu gundah gulana melihat Sang Puteri membawa diri ... Gagah ler ibu memujuk BigBoss ... Akhir nyer hasil pujukan ibu dan kerajinan Sang Puteri berbaloi ...
Dapat ler Sang Puteri basikal pink penawar hati lara ...
Alhamdulillah, akhir nyer dapat jugak habuan di malam hari ... Bawak masuk main dalam rumah dulu ... Biasa lah kannn ... Siap parking dalam bilik lagi ...
Keesokan hari nyer keje mengejut dan mandi pagi menjadi mudah ... Tak perlu ibu menggunakan khidmat Sang Rotan ... Tak perlu juga ibu menjadi Raja Rimba ... He he he ...
Alhamdulillah ...
Subscribe to:
Posts (Atom)