Search This Blog

SWIMRUSH ACADEMY | KELAS RENANG MUSLIMAH DAN KANAK-KANAK


Jom belajar berenang. Berenang adalah salah satu sukan yang disunnahkan selain berkuda dan memanah. Dalam hadis sahih riwayat Bukhari dan Muslimin dinyatakan ‘Ajarilah anak-anak kalian berkuda, berenang dan memanah’. Jadi sudah pasti saranan Nabi itu memberi banyak faedah kepada kita.


Korang semua jangan risau kalau nak belajar berenang. Swimrush Academy menyediakan kelas renang muslimah dan kanak-kanak. Boleh lah pilih mana yang bersesuaian dengan kita sama ada nak belajar hujung minggu ataupun nak belajar selepas waktu bekerja. Kalau korang nak belajar secara personal pun boleh jugak. Coach akan datang ke rumah untuk sesi pembelajaran. Tiada caj pengangkutan dikenakan. 

Imej mungkin mengandungi: 6 orang, orang senyum, orang berdiri
Geng Muslimah

Berenang nie merupakan antara aktiviti yang baik untuk kesihatan. Mengikut beberapa maklumat, ianya mampu mengurangkan berat badan dan menguatkan jantung. Dengan merendam badan dalam air dapat menghilangkan kepanasan badan sekaligus dapat menyegarkan diri. So, kalau korang menyertai kelas berenang nie dapatlah jugak mengurangkan stress setelah penat bekerja.

Swimrush Academy bukan sahaja menyediakan kelas renang tapi juga menyediakan program meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran menyelamat semasa di dalam air. Dengan kemahiran renang yang ada, paling tidak pun dapat lah kita menyelamatkan nyawa sendiri. Kalau dah mahir nanti baru lah boleh tolong orang. Yang best nya kat sini, boleh belajar menyelam sehingga kedalaman 1.2 meter - 1.8 meter. Sesuailah untuk yang berminat nak belajar menyelam / suka travel. Kira nya kemahiran berenang nie amat berguna waktu kecemasan seperti banjir ataupun lemas.

Imej mungkin mengandungi: 3 orang
Amboiii Amboiii seronok eak korang. 

Hah kan bagus belajar berenang, daripada asyik ngadap gajet jer. Kann kann. 

Anak-anak seawal umur 5 tahun pun boleh join belajar berenang sekali. SWIMRUSH menawarkan perkhidmatan Kelas Renang untuk kanak-kanak, bermula dari umur 5 tahun ke atas di Batu Caves, Bangsar dan Cheras. Mengandungi syllabus yang lengkap dan sesuai untuk kanak-kanak yang ZERO BASIC, TAKUT AIR dan yang nak IMPROVE kan teknik berenang.

KEPAKARAN :
▪️Water Safety
▪️Water Survival Skills
▪️Freestyle
▪️Breaststroke
▪️Backstroke
▪️Butterfly

From ZERO to HERO Swimmer

So memang sangat dicadang untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran renang masing-masing bersama SWIMRUSH ACADEMY. 

5 SEBAB :
✔ Coach yang berpengalaman lebih daripada 10  tahun
✔ Coach yang mempunyai background lifeguard
✔ Mengajar teknik berenang dengan cara yang mudah
✔ SWIMRUSH menyediakan kelas ganti
✔ SWIMRUSH menyediakan water safety course
✔ FREE Swimming Cap
✔ Turning from ZERO to HERO Swimmer

Swimrush Academy ada beberapa cawangan. Korang boleh lah pilih mana yang bersesuaian dan berdekatan dengan korang. Alamat Cawangan SWIMRUSH:

BATU CAVES🔸
Kompleks Renang Seri Siantan
Jalan Sungai Tua, Taman Selayang,
68100 Batu Caves

BANGSAR (PRIVATE POOL)🔸
No 20, Jalan Turi, Bukit Bandaraya,
59100 Kuala Lumpur

CHERAS🔸
Kompleks Sukan Desa Tasik
Jalan 20c/146, Taman Desa Tasek
57000 Kuala Lumpur

--------------------------------------------------
DAFTAR SEKARANG !!
--------------------------------------------------


Nak tahu lebih lanjut,  jom skodeng info di bawah, nak tipon terus pun boleh.. Skodeng video tu, macam syok jer depa berenang. MakCik takuttt, tapi malu ler kat anak-anak kalau Mak nya tak pandai berenang plak. Kannn. Kannn.

💌 myswimrush@gmail.com





#swimrush #surecanswimwan #swimrushkl 
#kelasrenang #kelasrenangmuslimah
#gengkotakhitam #rm #rushmedia

SAFI SHAYLA | PAKAR RAMBUT WANITA BERTUDUNG

Rambut adalah mahkota bagi wanita.  Rata-rata wanita sudah pasti mendambakan rambut yang sihat, hitam, lebat dan beralun. Kunci kepada rambut sihat sudah pasti lah keadaan kulit kepala. Masalah kegatalan kulit kepala dan kelemumur akan memusnahkan impian indah setiap wanita. 

Namun kita semua tak perlu risau. Safi Shayla Pakar Rambut Bertudung ada penyelesaian. Dengan perkembangan teknologi yang pesat,  semua masalah ini dapat di atasi dengan mudah.  Jom dapatkan set penjagaan rambut yang terdiri daripada Minyak Rambut Anti Kelemumur,  Syampu Anti Kelemumur dan Masker Rambut. Penggunaan yang teratur dapat menghilangkan kelemumur dan kegatalan kulit kepala.

Sebelum meneruskan bicara, jom kita berkenalan dulu dengan produk-produk nih. Tak kenal maka tak cinta. Dah kenal nanti pasti nak lagi dan lagi. Mana tak nya, wangiiii gitu. 

MINYAK RAMBUT ANTI-KELEMUMUR

Mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala. Minyak rambut SAFI Shayla menjadikan rambut lebih lembut, licin dan memberikan kilauan rambut dan sihat menawan. Ia mengurangkan kelemumur dengan berkesan, melegakan kulit kepala yang gatal dan memberikan kesegaran kepada kulit kepala dengan sensasi dingin. Lepas pakai minyak nie nanti korang akan rasa sejuk berangin jer kepala. Rambut lebih selesa bersama haruman yang mampu kekal sepanjang hari*.

* 8 jam wangian berdasarkan ujian makmal.


Minyak Organik Habbatus Sauda
Memberikan kelembutan kepada rambut, nutrien, anti-bakteria dan perlindungan matahari.

Minyak zaitun tulen
Memelihara/Memberikan kelembapan kepada rambut kering, kusam atau kerinting.

Ejen anti-kelemumur dan Mentol
Mengurangkan kelemumur, minyak dan kegatalan kulit kepala serta memberikan kesan sensasi dingin dan kesegaran kepada kulit kepala dengan penggunaan berterusan.

SYAMPU ANTI KELEMUMUR

Kulit kepala yang tertutup dalam tempoh lama mengundang peluh yang akhirnya berminyak lalu menyumbang kepada masalah kelemumur. Atasinya dengan Syampu SAFI SHAYLA Anti Kelemumur. Mengandungi Habbatus Sauda serta bahan aktif ZPT dan Menthol yang mencegah kelemumur bermula dari cucian pertama serta haruman yang mampu kekal sehingga 24 jam*.


Micro Bamboo Charcoal 
Arang Buluh Micronisasi adalah bahan semulajadi yang diaktifkan untuk menghilangkan minyak dan bau kepam dari kulit kepala dan rambut. 

Habbatus Sauda
Menghalang pembiakan bakteria, menyihat,  melindungi dan mencantikkan rambut. 

Micro ZPT Complex
Agen anti kelemumur yang berkesan untuk menghapuskan kulat yang menyebabkan kelemumur. 

MASKER PENYEGAR KULIT KEPALA

Masker Penyegar Kulit Kepala Safi Shayla Kawalan Kelemumur dan Itch Free kini dengan Micro Bamboo Charcoal , Minyak Organik Habbattus Sauda dan Mentol membantu mengurangkan kelemumur daripada cucian pertama. Tiada lagi kulit kepala gatal, bau kepam dan minyak diserap agar kulit kepala sentiasa segar. Harummannya juga mampu kekal sehingga 48 jam. Setelah menggunakannya secara teratur kulit kepala bebas kelemumur dan kegatalan kulit kepala hilang.

* Berdasarkan ujian klinikal dan makmal.

PENGGUNAAN

Mula-mula urutkan minyak perlahan-lahan ke kulit kepala sehingga ke hujung rambut . Kemudian biarkan sehingga 3 - 5 minit. Selepas itu, syampu dengan menggunakan Syampu Safi Shayla Anti kelemumur.  Buihkan syampu pada rambut yang basah. Urut dan sebatikan dengan kulit kepala. Kemudian bilas sehingga bersih. Gunakan minyak 1 - 2 kali seminggu. Masker pula diratakan dan diurut pada kulit kepala perlahan-lahan selama seminit. Kemudian bilas. Penggunaan yang kerap bersama syampu dan perapi untuk hasil yang terbaik.

Para pembaca yang mana merupakan peminat setia produk Safi Shayla meh ler cepat cepat dapatkan mana-mana produk dengan harga RM35 ke atas boleh ler dapat bag We Bare Bears (limited edition). Cute lah sangat, berebut anak2 nak pakai. Bergaya dah depa Raya Haji ari tu. Alhamdulillah. Jadilah buat anak2 gembira, rambut ibu plak wangiii, kepala pun dah tak gatal. Yeaayyy. Hehehe. 

#safishayla 
#SAFIMalaysia 
#SAFIShaylaWBB 
#safiblogger 
#gengkotakhitam 
#haircare 
#webarebears 
#limitededition 
#WBB      
#rm 
#rushmedia