Search This Blog
Kenapa Baca Kalau Tak Paham ... ???
Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
Selamat Beramal. "Anda buat, anda dapat"
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.
Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’
Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.
Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’
Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’
Selamat Beramal. "Anda buat, anda dapat"
Abang Ngah ...
Dah lebih kurang empat bulan Danial bersekolah ... Masa memula dulu agak bermasalah jugak, baca kisah nyer di sini :- Hari pertama ke sekolah ... , Meraung ... dan Saya tak nangis dah ... Sekarang nih dah ok dah ... Cuma kena tunggu loceng bunyi baru leh balik ... Banyak jugak pelajaran yg dah dapat diterima ... ABC, abc, 123, days in a week, months in a year n macam2 lagi lah ... Boleh ler menulis huruf2 tu, tapi senget benget ... ke tepi ke tengah ... sekejap besar sekejap kecik ... "Ibu, kita orang Islam kan Ibu ... ?" Hehehe ... Apa2 pun, Alhamdulillah, satu perkembangan positif ... Cuma... Emmm, makin dah lama sekolah, makin susah plak bangun nyer ... Kena guna khidmat Big Boss ...
Senyum sokmo ...
Hasil warna bebudak nih ...
Yang nie Danial punyer ...
Antara yang dipelajari ...
Homework
Close up ...
"Penatlah ibu ... Sambung petang pulak ..."
Tips Anak Cemerlang ...
Aku dapat tips nih daripada seorang senior aku masa study dolu2 di UM ... Pernah jadi housemate aku sekejap ... Dah berjaya dengan cemerlang dah senior aku nih ... Semoga beliau terus berjaya dan tabah dalam menjalani kehidupan yang sementara ini ... Along ...
Meh kongsi bersama kengkawan sedikit tips yang diberi ... Semoga bermanfaat ...
_____________________________________________
Syukur kpd Allah!! Ramai yg tanyakan tips utk anak2 cemerlang. Sblm ni sy tak berani nak share sbb baru dua tahun anak2 kekal dgn keputusan cemerlang. Hari ni, sy kongsikan. Amalkan tiga perkara penting:
1- Jaga pemakanan; pastikan makanan yg bersih, suci dan halal dan dimasak oleh orang yg solat.
2- Pastikan anak2 kerjakan solat lima waktu.
3- Pastikan anak2 mengaji al-Quran sekurang2nya 2 kali sehari.
Ini disiplin tetap utk anak2. Sy tak paksa anak belajar tp sy paksa anak2 solat dan mengaji. Selebihnya, anak2 bebas bermain atau menonton tv tp anak2 akan tetap berikan perhatian pd pelajaran walaupun tak dipaksa.
Cubalah! InsyaAllah!!
______________________________________
Bila baca macam senang jer kan ... Hmmm ... Bila nak praktik kan dugaan sungguh ... Ya Allah, bantu lah hamba Mu ini ...
Faedah Susu Ibu
Islam menggalakkan supaya setiap bayi diberikan susu ibu sejak bayi dilahirkan lagi.
Allah menjelaskan dalam surah al-Baqarah ayat 233 yang bermaksud;
"Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap, iaitu
bagi mereka yang hendak menyempurnakan penyusuan itu."
Banyak kajian membuktikan kelebihan susu ibu berbanding susu sintetik/ susu buatan daripada susu lembu. Walaupun kajian demi kajian dilakukan untuk menyamakan khasiat dengan susu ibu sendiri, tetapi susu sintetik masih belum dapat menandingi kehebatan dan manfaat yang terdapat dalam susu ibu. Susu ibu adalah makanan yang terbaik bagi pembesaran bayi semenjak dilahirkan lagi. Begitu agungnya Allah, sebaik bayi dilahirkan, proses pengeluaran susu ibu juga bermula. SubhanAllah, susu ibu mengandungi khasiat yang tepat mengikut perkembangan bayi.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, susu pertama berwarna kekuningan, ia dikenali sebagai Kolostrum dan mengandungi tiga kali lebih khasiat dan antibodi serta sel darah putih yang tinggi. Kolostrum mampu melawan penyakit dan amatlah rugi bagi ibu-ibu yang tidak menyusukan anak-anak mereka di awal waktu kelahiran. Susu ibu bersih dan bebas daripada bakteria, tambahan pula susu ibu mengandungi DHA dan AA (yang seperti kita biasa dengar dalam iklan tin-tin susu). Kandungan DHA dan AA dalam susu ibu adalah yang terbaik berbanding susu buatan.
Faedah Penyusuan Bayi
01.Kita sering melihat bayi kecil menangis tanpa henti. Hal ini kerana besar kemungkinan pada masa itu perutnya telah kembung. Sekiranya bayi disusui dengan susu ibu selama tiga bulan masalah ini dapat diatasi, Insya-Allah. Selain itu, susu ibu dapat menentang penyakit biasa seperti sembelit, lelah dan ekzema.
02.Susu ibu tersedia bila-bila masa dan telah disteril secara neutral dan bebas dari sebarang bakteria pembawa penyakit. Walaupun diperam berapa lama dalam badan si ibu, susu ini tidak akan basi.
03.Mampu meningkatkan kecerdasan bayi dan penumbuhan sel-sel otak sehingga 10-15 kali lebih cepat berbanding mereka yang meminum susu lembu.
04.Mencegah dari penyakit rabun malam.
05.Mencegah bayi daripada mendapat alahan.
06.Menggelakkan penyakit taun.
07.Menggelakkan jangkitan telinga.
08.Susu ibu mengandungi Asid Docosahexanoic dan Asid Arachidonic yang berguna bagi perkembangan sistem otak dan saraf. Ia tidak terdapat dalam susu tiruan.
Sekian sahaja ilmu yang dapat saya kongsikan untuk anda semua, mudah-mudahan ilmu yang sikit ini mendapat berkat dan sebarkan demi kebaikan bayi-bayi kita.
Bingkai baru ...
Semalam lepas aku mandi pagi n dah bersiap ... Aku tercari-cari spek mata ku ... Bukan nyer tak nampak tapi tak berapa jelas ... Sekali ... Ya Allah ... Cermin mata aku patah ... Sape aje lah yg pandai sgt tuh ... Eeeee ... Geram nyer ... Haiisshhh, duit lagi ... Ini semua angkara Adik ... So, dah pergi buat yang baru kat Optik Idaman Sdn. Bhd. Aku suka gie sini sebab aku rasa harga yang ditawarkan murah @ boleh nego ... Layanan yang memuaskan ... n Bumiputera ...
Berbasikal Di Pagi Yang Cerah ...
Fatiha memain kat luar sementara uwan n ibu sidai kain ...
Panas sungguh pagi ini ...
Harga Sehelai Tudung Labuh
Dia menangis tersedu dalam dakapanku.
"Kalaupun saya salah, tak boleh ke mereka tegur depan-depan? Kenapa perlu cakap-cakap kat belakang".
Aku mengusap lembut belakangnya, cuba menenangkan.
"Saya rasa saya ni macam jahat sangat, saya tak tahu pun mereka tak suka dengan sikap-sikap saya". "Saya rasa macam semua orang tak suka saya, cakap buruk tentang saya saya kat belakang", tangisnya makin menjadi-jadi, tak pernah aku lihat dia menangis sebegitu kerana dia biasanya hanya suka berdiam dan memendam, susah meluahkan perasaan.
"Mereka kata macam-macam, saya ni pakai je tudung labuh, bawa imej Islam tapi perangai tak macam orang tudung labuh. Salah ke saya menegur kalau saya nampak mereka buat perkara tak betul? Memang saya akui saya agak tegas dan berterus terang, tapi saya bukan nak malukan mereka. Saya tahu saya tak sempurna, saya bukan budak sekolah agama, banyak lagi ilmu saya tak tahu. Mereka kata masa saya tak pakai tudung labuh dulu, saya tak macam ni", rintihnya lagi.
Aku biarkan saja dia terus meluahkan apa yang terbuku di hatinya, biar dia lega. Aku leraikan pelukannya, namun terus mengelus lembut bahunya, mudah-mudahan dia diberi kekuatan.
"Awak menyesal pakai tudung labuh?", aku meneka. Dia hanya membisu. Dikesatnya air jernih yang turun melaju dari tubir matanya. Aku dapat mengagak jawapan disebalik kebisuannya. "Awak berputus asa nak menegur mereka lagi?", saya terus menduga.
"Buat apa nak tegur lagi, kalau tegur pun akhirnya saya yang kena kutuk", perlahan dia menjawab dalam sedu sedannya.
"Awak, Allah nak uji awak hari ini. Inilah harga tudung labuh yang kita pakai, inilah harga yang kita terpaksa bayar. Siapa kata pakai tudung labuh senang? Tak mudah seperti yang mereka nampak. Bila dah bertekad untuk pakai tudung labuh, kita kena siapkan juga fizikal, mental dan hati kita, kena kuat, kena tahan dengan cabaran. Dan inilah antara ujiannya. Bilamana kita orang yang bertudung labuh buat silap, terus dikaitkan dengan agama. Bahkan kita ni jadi perhatian di mana-mana. Pada mereka, kita kena jadi sempurna, kena tahu semua ilmu agama, dan tak boleh buat silap sikit pun. Sedangkan, kita juga manusia, manusia yang banyak sangat kelemahan", saya bersuara sambil memandang tepat ke wajahnya yang sugul.
"Jangan pernah menyesal dengan diri awak, tudung awak. Jangan kerana masalah sekecil ini, awak dah mengalah. Ujian ni banyak sangat hikmahnya untuk awak. Allah nak ajarkan tentang sesuatu kepada awak. Sebelum ini awak mungkin tak pernah rasai ujian bila bertudung labuh, awal-awal dulu, semua menyokong, memuji dan beri galakan. Jadi mungkin awak tak terkesan sangat dengan istimewanya diri awak sekarang. Bila Allah datangkan ujian macam ni, baru kita akan rasai, betapa tak mudah sebenarnya, bersama tudung yang kita pakai, ada tanggungjawab besar yang kita bawa bersama. Tanggungjawab untuk memegang amanah membawa imej Islam, tanggungjawab memperbaiki diri, biar dalaman kita secantik luaran, akhlak kita indah sebagaimana tudung kita, tanggungjawab mempersiapkan diri dengan ilmu, kerana wanita seperti kita selalu jadi tumpuan bila sahabat-sahabat ada permasalahan agama. Jangan anggap ia sebagai beban, anggap ia sebagai keistimewaan, yang Allah bagi hanya khas kepada insan-insan yang Dia pilih. Nah, betul kan, bertudung labuh tak semudah yang disangka? Hanya yang betul kental saja dapat terus istiqamah dengannya, dan yang istiqamah dalam mengharapkan keredhaan Allah, bukan kah mendapat tempat istimewa di sisiNya? Awak tak nak jadi terkenal pada padangan Allah dan penduduk langit? Awak dah nak berputus asa?" Aku menduga.
Melihat dia terus membisu, aku bersuara lagi.
"Begitu juga, ujian ini mungkin nak menyedarkan sesuatu tentang dakwah yang berhikmah. Dulu kita biasa saja dengarkan, kat mana-mana ustaz cakap, dalam mana-mana buku yang kita baca, dakwah mesti berhikmah. Jadi sekarang Allah ajar awak bukan teori saja apa itu dakwah berhikmah, tapi juga praktikalnya sekali. Bagaimana dakwah berhikmah? Mesti kena caranya, tempatnya, sesuai perkataanya, tidak melukakan, tidak menyebabkan kemarahan orang yang kita nasihatkan. Bagaimana kalau dakwahnya tidak berhikmah? Maka jadilah, dakwah kita tak berkesan, mad'u kita terasa jauh hati dengan nasihat kita, dan akhirnya keluar lah cakap-cakap belakang macam yang awak alami. Jadi, awak jelaskan? Kenapa bersungguh benar Allah dan rasul minta kita berdakwah secara berhikmah. Dan mungkin Allah nak tegur, cara awak, Allah nak awak perbetulkan kaedah dakwah yang awak guna, Allah nak kata, salah tu, kena perbaiki. Salahkah Allah tegur? Tak salah, kan. Allah tegur sebab Allah sayang, Allah tegur sebab nak bagi kekuatan, Allah tegur supaya kerja-kerja ini dapat awak laksanakan dengan lebih berkesan. Bila berdakwah, kita berhadapan dengan macam-macam ragam orang. Ada yang sensitif, ada yang terbuka, jadi kena bijak kita sesuaikan. Dai'e yang kental, takkan putus asa, sebab dia tahu, dakwah adalah kewajipan, bukan pilihan."
"Lagi, apa Allah nak bagitahu awak? Terasa sangat sakit dan terluka bila kita jadi bahan umpatan, kejian dan kelemahan kita dibicarakan kat belakang, kan? Jadi bila kita tahu sakitnya macam ni, kita jangan sesekali buat perkara sama kepada sahabat kita sebab kita dah tahu betapa pedihnya, betapa peritnya akibat daripada perbuatan ni. Boleh lukakan hati orang, boleh menyebabkan permusuhan juga. Bila ada apa-apa yang perlu ditegur, dinasihati, jumpa sahabat kita sendiri, cakap secara jujur dan ikhlas, insyaAllah semua orang suka kalau kelembutan digunakan, cepat meresap. Kalau pun dia mungkin tak dapat terus berubah, sekurang-kurangnya dia tak terasa hati, dan tak ada permusuhan antara kita."
"Awak, walaupun awak rasa ujian ni sangat menyakitkan hari ni, tapi saya tak tengok satu pun perkara buruk yang Allah maksudkan terhadap awak. Semuanya ada hikmah yang sangat indah. Kenapa teguran Allah ini begitu perit, sakit? Sebab Allah nak kita ingat, sebab yang menyakitkan tu lebih lekat dalam ingatan kita, kalau ujian tu senang, mungkin kita tak hargainya. Allah nak kejutkan kita, mungkin Allah terpaksa 'menyergah' kita dengan kuat."
Sedu-sedannya telah reda, Ya Allah semoga kekalutan jiwa dia juga begitu.
"Habis, apa saya kena buat?", tanyanya.
"Sekarang awak perlu sujud taubat kepada Allah, minta keampunanNya, mungkin ada kesilapan yang awak tak sedari, bersyukur padaNya sebab menegur awak dengan ujian begini. Kemudian pergilah jumpa sahabat-sahabat yang terasa dengan awak tu, minta maaf. Sekarang tak timbul isu siapa bersalah pada siapa dulu, tapi yang sebaik-baiknya adalah leraikan permusuhan, minta dan beri kemaafan." jawabku.
Dia menggenggam tanganku erat, "Terima kasih sahabat".
"Allah yang sedang memujuk awak, saya pelakon tambahan saja, tapi saya bersyukur, Allah kurniakan anugerah pengajaran yang tak ternilai untuk saya hari ni. Terima kasih ya Allah, terima kasih pada awak juga." Hatiku tenang, moga Allah memberi dia ketenangan yang sama.
Sahabat, walau siapa pun kita, bertudung labuh, tudung biasa, atau yang tidak bertudung sekalipun, kita SEMUA adalah manusia biasa, yang lemah, ada cacat celanya.
Sekiranya ada sahabat kita terlalai, terlupa, tolonglah ingatkan dia dengan sebaik cara.
Dan yang paling utama, setiap apa saja ujian yang mendatangi kita, berbaik sangkalah pada Allah. Bertenang, dan fikirkan hikmahnya dengan rasional. InsyaAllah, pasti dan pasti Allah tidak akan pernah menzalimi kita.
- Artikel iluvislam.com
UNTUKMU, UMAT MUHAMMAD S.A.W
"Selagi kita berpegang kepada Al Quran dan sunnah, kita akan selamat di dunia dan akhirat..." |
Umat Muhammad adalah yang dirahmat iaitu dikasihani Allah s.w.t. Mereka tidak dikenakan azab di akhirat nanti kerana mereka telah dikenakan azab di dunia. Namun umat yang dikasihani ini adalah umat yang patuh kepada perintah Allah dan Rasulnya, yang menjadikan Al-Quran dan sunnah itu sebagai panduan dan pegangan kehidupan seharian, baik dari segi ekonomi, politik, kemasyarakatan dan segalanya.
Walaubagaimanapun, mereka yang melupakan ajaran dan perintah agama Islam akan di azab. Apa erti di lidah mereka mengucapkan mereka umat Nabi sedangkan dalam kehidupan seharian mereka jauh menyimpang dari ajaran baginda.
Dalam sebuah hadith diceritakan apabila Rasulullah melihat ramai umatnya di neraka, Baginda bertanya mengapa berlaku demikian dan Allah s.w.t. menjawab “Mereka melupakanmu”.
Jika diimbas kembali satu persatu azab sebagaimana hadis Nabi di atas, dan apa yang berlaku kini, ianya telah dan sedang berlaku:
Dalam sebuah hadith diceritakan apabila Rasulullah melihat ramai umatnya di neraka, Baginda bertanya mengapa berlaku demikian dan Allah s.w.t. menjawab “Mereka melupakanmu”.
Jika diimbas kembali satu persatu azab sebagaimana hadis Nabi di atas, dan apa yang berlaku kini, ianya telah dan sedang berlaku:
Tsunami tanda kekuasaan Allah, mengapa manusia masih lalai mengambil iktibar darinya? |
- Fitnah - manusia sudah tidak memikirkan lagi kesan perbuatan asalkan matlamat mereka dapat dicapai, sehinggakan mereka yang membawa fitnah ini dilindungi dan diangkat menjadi wira. Sedangkan yang difitnah menerima aib
- Gempa bumi - lihat sahaja rentetan kejadian gempa bumi di Jepun dan Myanmar, yang mengakibatkan kemusnahan maha dahsyat. Dan itulah kekuasaan Allah yang perlu menjadi muhasabah kepada kita yang semakin melupai perintah Allah
- Musibah - pelbagai kejadian yang berlaku; tsunami yang memusnahkan dan merubah landskap dunia, wabak penyakit yang mengorbankan ribuan nyawa dan para pakar buntu mencari penawar, perubahan cuaca yang menjejaskan kehidupan manusia sehinga berlaku pelbagai kejadian di luar pemikiran manusia
- Pembunuhan - seringkali terpapar kejadian pembunuhan di merata tempat seolah nyawa manusia kini tidak lagi berharga, dan sifat belas kasihan sesama manusia semakin hilang. Dan bagaimana zalimnya tindakan Muammar Gadhafi yang membekalkan senjata kepada penyokongnya untuk membunuh golongan penentang
Namun begitu masih belum terlambat untuk kita yang mengaku sebagai umat Muhammad s.a.w ini kembali semula kepada syariat sebenar. Allah Maha Pengampun, dan setiap detik Allah sentiasa menanti taubat dari hamba-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)