Search This Blog

PERINGATAN BUMI

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgs6S1H6-0pP9iKzp-RPvuSG08MM4BCh9w3l6wnsTciUmp1RHkPiMdfKKY84XvkmGjvprvlLja5Rri7I2YiuuU8p2aFUdanB7PH1bnhzPoEaJHAe84gF4zITbxLEKUjS_e27HyTcNlvTKdQ/s320/bumi.jpg
Sesungguhnya setiap hari bumi menyeru kepada manusia dengan sepuluh perkara.
 
1. Wahai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimasukkan ke dalamnya kelak.
 
2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan diazab di dalam perutku.
 
3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! Engkau akan menangis di dalam perutku.
 
4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan kecewa di dalam perutku.
 
5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan menyesal di dalam perutku.
 
6. Engkau makan benda yang haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.
 
7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan dihina di dalam perutku.
 
8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.
 
9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, bulan dan bintang di belakangku, tetapi ingatlah! Engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.
 
10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! Engkau akan keseorangan di dalam perutku.
 
Anas Bin Malik r.a

CEGAH PENYAKIT DGN MENJAGA PERUT KITA AJARAN NABI S.A.W.

Kita kerap diserang sakit perut tanpa sebab? Atau kita sering berasa tidak selesa di bahagian perut? Awas! Ia mungkin pentanda awal kepada penyakit lain yang merbahaya kepada kita .
 
Seperti mana Sabda Rasulullah s. a. w, ke sayangan kita maksudnya:
 
“Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
 
Al-Ma’idah dalam bahasa Arabnya bermaksud perut (ventrikulus) dan dalam bahasa Inggerisnya disebut stomach. Merupakan salah satu dari organ-organ pencernaan.
 
Perut juga merupakan salah satu dari tempat atau sarang penyakit.
 
6 punca penyebab penyakit dari perut:-
 
1. Cara pemakanan seharian yang tidak sistematik.
2. Terlalu berlebihan semasa makan.
3. Tidak berwaspada dengan makanan dan minuman yang dihinggapi serangga.
 
Sabda Rasululluh s. a. w, maksudnya: “Jika ada seekor lalat jatuh ke dalam tempat minuman yang akan kamu minum, maka celuplah keseluruhan tubuh lalat tersebut ke dalam minumanmu tadi kemudian angkatlah (buanglah) lalat tersebut. Kerana sesungguhnya pada salah satu sayapnya mengandung ubat dan pada sayap yang lainnya mengandung penyakit.” (Riwayat Abu Hurairah)
 
4. Tidak cermat semasa meneliti isi kandungannya.
5. Kurang kesedaran dalam menjaga kebersihan diri.
 
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya:
“Bersiwaklah (menggosok gigilah) kamu semua, sebab bersiwaak (menggosok gigi) itu adalah membersihkan mulut dan Allah redha kepadanya. Setiap kali Jibril datang kepadaku, ia selalu berpesan untuk bersiwak (menggosok gigi).” (Riwayat Ibnu Majah)
 
6. Selalu lah membaca Bismillah memasa minum dan makan apa apa .
 
Oleh itu jagalah cara pemakanan kita, dapatlah kita menghindari dari segala penyakit yang berbentuk kronik ataupun sebaliknya.
 
Amalan yang dilakukan oleh Nabi Muhammad s. a. w iaitu berpuasa merupakan sebaik-baik pencegahan dan pengubatan.
 
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Berpuasalah kamu, nescaya kamu menjadi sihat.” (Riwayat Abu Hurairah)
 

Jagalah Hati Seseorang

http://t0.gstatic.com/images?q=tbn:MGNsvuhd4P1VfM:http://i200.photobucket.com/albums/aa278/fitriku/jagalah_hati.gif&t=1
Pernahkah kamu memancing ikan? Kalau tak pernah memancing pernahkah kamu melihat orang memancing? Kalau tak pernah pun, bolehkah kamu bayangkan seseorang sedang memancing?
 
Baiklah, katakanlah kamu menemani seseorang yang sedang asyik memancing.
Tiba-tiba mata kailnya disentap oleh seekor ikan dan dia segera memutar pemutar tali pancing.
Sekali-sekala dia menghenjut-henjut jorannya supaya mata kail semakin menyangkut mulut ikan.
 
Akhirnya, ikan itu dapat dinaikkan ke darat. Kamu lihat pemancing itu tersenyum lebar. Gembira benar hatinya. Kamu juga turut tersenyum kerana itu bermakna satu kemenangan.
Kamu turut ghairah melihat pemancing itu cuba membebaskan ikan daripadamata kailnya.
 
Tiba-tiba, setelah dia melepaskan mata kail daripada mulut ikan, dia mencampakkan kembali ikan itu ke air.Eh, apa hal? Kamu memandang pemancing itu dengan seribu tanda tanya, tapi dia bersahaja seolah-olah tindakannya itu tidak menimbulkan sebarang persoalan.

Kamu rasa apakah yang akan dideritai oleh ikan itu?

Bolehkan ia menyambung hidup dengan mulutnya yang terluka atau mungkin juga isi perutnya yang telah robek?
 
Sudah tentu ia akan mengalami kesakitan sebelum akhirnya mati. Dengan mulut yang koyak dan perut yang robek, dia tentu tidak dapat mencari makanan, untuk berenang pun mungkin dia tidak mampu. Dia mungkin disisihkan oleh kawan-kawan kerana sudah tidakboleh aktif lagi.
 
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang, setelah dia mula menyayangi kamu hendaklah kamu menjaga hatinya. Jangansesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersama kamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingati kamu.
 
Sebab itu apabila kamu merelakan hati kamu untuk bercinta, seriuslah dalam tindakan dan keputusan kamu itu, sebab jika kamu hanya main-main, akan ada pihak yang menangis.
 
Tentu kamu dapat bayangkan betapa sakit dan menderitanya ikan menjalani hidupnya setelah dilemparkan kembali ke air. Begitulah, alangkah sakitnya hidup bersama hati yang robek kerana mengingati seseorang.
 
Cinta adalah fitrah manusia. ALLAH menjadikan cinta untuk memberi keseronokan kepada hamba-hamba-Nya menjalani hidup mereka, tapi tahukah kamu lebih ramai orang yang
menderita kerana cinta daripada yang berbahagia kerana cinta.
 
Kenapa jadi begitu?
 
Jika kamu sedang bercinta atau pun akan bercinta suatu hari nanti, peliharalah hatinya dan rencahilah cinta kamu dengan kejujuran,kesucian dan keikhlasan serta dasarkan
cinta kamu kerana ALLAH. Hanya cinta yang begini akan kekal, selainnya pasti menempuh jalan berliku dan akhirnya menumpahkan air mata kesedihan.
 https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhSL8slDb_xMEhkQBEv-oBviGip5epHg2nV5inOhhO7eus9YXmGw6Fu2UrTDPV838u-s1_FjdDBnJcNps2vghqWx0m0BKZlL4Kke5GgrKSVuJZ9L5AOjCgN7fB0BH-HWnYhvTLkVylKCd0/s320/hati.jpg
Maka itu, jika kamu belum bersedia untuk berlaku jujur janganlah bercinta dulu. Jika kamu belum bersedia untuk setia janganlah cuba-cuba memberikan hati kepada orang lain.
Sebab perbuatan yang sebegini akan hanya menghabiskan masa, membazirkan
airmata dan perbuatan kamu itu akan memulakan satu derita…
 
Ingatlah, kita adalah apa yang kita usahakan…. Jangan sesekali memberikan harapan kepada orang lain, yang mana kita sendiri pun tidak pasti akan kesudahannya. .. Jika hari ini kita melukakan seseorang, suatu hari nanti kita pula akan dilukai seperti mana kita pernah melukakan dahulu….
 
Sesungguhnya setiap perbuatan itu akan ada balasannya.. .
 
Renungkanlah. …
 
~wassalam~ ^_^

Pantang Larang Orang Melayu Tentang Makan

Orang Melayu pada zaman dahulu amat mementingkan adat dan sopan santun semasa makan sama ada di rumah ataupun di majlis-majlis keramaian.Ia bukan sahaja bertujuan untuk pengajaran tetapi juga untuk menjaga sopan santun orang Melayu.Sebagai contoh seseorang itu dilarang tidur selepas makan. Maksud di sebalik larangan ini ialah untuk pendidikan dan kesihatan. Kalau tidur semasa perut kenyang, makanan yang dimakan belum hadam. Ia akan melalaikan seseorang daripada melakukan pekerjaan lain dan juga sembahyang.
 
Berikut adalah beberapa pantang larang yang berkaitan dengan makan:
 
1. Makan mencangkung payah dapat rezeki.

2. Makan dalam belanga dapat anak rupa hodoh.

3. Makan beras mentah dapat penyakit kuning.

4. Makan telur tembelang dapat penyakit barah.

5. Makan kepala ayam nanti mengantuk semasa bersanding.

6. Makan sisa anak nanti anak menjadi degil.

7. Makan dalam pinggan sumbing dapat anak bibir sumbing.

8. Makan tak basuh pinggan nanti lambat dapat menantu.

9. Makan pisang kembar nanti dapat anak kembar.

10. Makan piggan bertindih nanti beristeri dua.

11. Makan sambil berjalan akan dapat penyakit perut.

12. Makan buah berangan songsang, nanti lambat dapat jodoh.

13. Makan nasi di senduk nanti payah dapat rezeki.

14. Tidur selepas makan nanti perut jadi buncit.
   
Selain pantang larang terdapat pula adab dan tatatertib yang berkaitan dengan makan.
 
Antara adab dan tatatertib tersebut adalah seperti berikut:
 
  • Ketika berkunjung ke rumah orang, apabila tuan menghidangkan makanan atau minuman, adalah tidak manolaknya. Jika kenyang sekalipun kita hendaklah setidak-tidaknya menjamah sedikit hidangan yang disajikan itu.
  • Setelah makanan dihidangkan, pastikan orang yang lebih tua duduk dahulu kemudian baru diikuti oleh orang muda pula mengambil tempat masing-masing.
  • Anak gadis pula dikehendaki menyenduk nasi ke dalam pinggan orang yang lebih tua.
  • Biarkan orang yang lebih tua mengambil makanan dahulu kemudian barulah diikuti oleh orang muda. Adalah tidak sopan jika membiarkan orang yang lebih tua makan sisa orang muda. Maka itu sesetengah orang membuat peraturan supaya orang muda makan berasingan daripada orang yang lebih tua atau orang tua makan dahulu daripada orang muda. Bagaimanapun, amalan ini tidak begitu sesuai jika hendak menanamkan kemesraan dan semangat kekelugaan di kalangan anak-anak.
  • Ketika makan seelok-eloknya ambillah makanan yang berhampiran dengan kita. Jangan menjangkau makanan yang sukar dicapai. Mintalah bantuan orang lain yang berdekatan jika kita mahukan makanan itu.
  • Ketika menghulur atau menyambut makanan, sebaik-baiknya gunakan tangan kanan, tetapi jika tangan kanan kotor, bolehlah kita menggunakan tangan kiri.
  • Semasa menghulur dan menyambut makanan, seelok-eloknya siku atau pergelangan tangan ditampung sedikit dengan tangan yang sebelah lagi.
  • Semasa mengambil kuah atau nasi, gunakan tangan kiri supaya sudu atau senduk tidak kotor.
  • Pastikan sudu, piring atau mangkuk tidak berlaga dan berbunyi ketika menyenduk. Ini dianggap kurang sopan dan kasar jika berlaku pergeseran antara sudu, piring atau mangkuk sehingga berbunyi.
  • Ketika makan pula janganlah bercakap-cakap. Lebih-lebih lagi jika mulut penuh dengan makanan.
  • Jika bercakap pun pastikan tidak menimbulkan perkara yang kurang menyenangkan sehingga boleh mengganggu selera makan orang lain.
  • Jangan makan berbunyi, umpamanya menghirup minuman atau mengunyah makanan.
  • Ketika orang lain sedang makan janganlah menghembus hingus, berkehak atau berludah.
  • Jangan makan terlalu kenyang. Makanlah setakat mengenyangkan atau mengalas perut sahaja.
  • Jika selesai makan terlebih dahulu jangan sekali-kali mengangkat pinggan dan meninggalkan orang yang sedang makan. Seelok-eloknya tunggu dan pastikan semua orang sudah selesai makan barulah bangun.
  • Jika mahu mengemaskan tempat makan atau meja makan, pastikan semua orang sudah selesai makan. Tidak sopan jika mengemas ketika orang lain masih menikmati hidangan Jika dilakukan kita seolah-olah menyindirya supaya menghentikan makan atau melarangnya menghabis makanannya.
  • Jangan pergi ke rumah orang pada waktu makan dan waktu maghrib. Ini mengganggu tuan rumah kerana mungkin dia telah memasak makanan cukup untuk keluarganya sahaja. Waktu maghrib pula adalah waktu sembahyang yang paling singkat dan kedatangan tetamu menyebabkan tuan rumah serba salah untuk meninggalkan tetamu keseorangan. Oleh itu seelok-eloknya datanglah selepas waktu sembahyang isyak.
Pantang larang ini diadakan bukan sahaja sebagai pengajaran tetapi bertujuan untuk menjaga tatasusila supaya kita tidak melakukan perkara yang kurang sopan. Orang Melayu memang terkenal dengan sopan santun mereka sejak zaman dahulu lagi.
Maka itu diadakan beberapa pantang larang supaya ia dapat dikekalkan hingga ke generasi yang akan datang.

Megahasz Giveaway #3/2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgEsjj_rmhynctInJXQ_Prz1sXxM0yWTxUUZit6otfoiOYl-zLL3LNdN2mS-pvR38Zz9dphH3L97YuDOGdQSnFtOKQwboTf0TlnyjFeWcpu-Mcm8KkIbxRFeR7f3TFT9TV6fEzxJelAznI/s1600/LOGO1.jpg

Megahasz Giveaway #3/2010

Anjuran :- AISHAH MEGAHASZ

Tarikh Tutup :- 31 Ogos 2010

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhOVYTlzrT8XIFcK0FpXBYiaWqveAIZG5PwtueQb2uVQWRCbwVbxsT9LKN07XyfW9o_hktg__aKS5FC9mOk_HNK6NUFBhi_NVupXJ6JMFQ0ZzgEbsChg5GLY0MYrbtSgFkoaF8qOKbCLus/s400/bukuwardina.jpg
Saya nak menang buku Wardina: Mama Saya Lapar di http://megahasz.blogspot.com
Memang minat kat Wardina nih ... Buku dia yang lagi satu pun, "Sapa Alien" saya dah ada ... Kalau boleh nak pulak yang nih ...

Berminat ??? Sila KLIK

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
 
 

Coklatcho4u Contest


Anjuran :- Coklatcho4u

Tarikh Tutup :- 11 Sept 2010

Berminat ??? Sila KLIK

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...

Nyum ... Nyum ... Sedap nyer cekelat nih ...

Kasut Besar ....

Semalam dalam lebih kurang pukul 4 petang, bebudak dah sibuk nak mandi, maklumlah hari agak panas jugak (nak main air sebenar nyer). Aku siap2 ler tanggal kan baju si Fatiha, pampers nyer aku biar dulu ... Jom mandi .... Ehhh ... Jap yerrr, ibu angkat kain dulu lah ... "Ani .... Angkat kain di jemuran ... Hujan dah turun ..." Hehehe dialog filem P. Ramlee ... Bebudak nih suka yang amat ler dapat kuar rumah jap ... Lihat lah kelakuan si Fatiha tu ... tak padan ngan kecik ... Maaf gambar agak keterlaluan (seksi gitu) ...

"Cantik lah kasut nih ... Try pakai lah ..."
 
"Ishhh ... Berat nyer kasut nih ..."
 
Belah kanan laks ...
 
Selesai suddah ... Betul lak tu ...
 
Senyum lebar setelah berjaya pakai kasut Abang Long ...
 
Luka kat lutut beberapa hari lepas ...
"Kit .... Dih ...." kata adik
 
Hensem boy yg sentiasa menyibuk ...

Alya 1'st bday giveaway


Anjuran :- Coretan Peribadi

Tarikh Tutup :-  30 September 2010 @ 11.59malam..

Berminat ??? Sila KLIK

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...

My Kitty's Contest


Anjuran :- Mia 

Tarikh Tutup :- 31 Ogos 2010

Berminat ??? Sila KLIK

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
Gambar :-
Luqman Aliff dengan Anak Ayam ...
Masa nih balik rumah mak mertua di Jengka, Pahang. Luqman dapat tangkap anak ayam dua ekor ... Bercita-cita nak bawak balik ke Gombak. Nak jadi penternak ayam ...

nur_eimi Lucky Draw

 
 
Anjuran :- nur_eimi 
 
Tarikh Tutup :- 27bh Ogos 2010
 
Berminat ??? Sila KLIK
 
Mari beramai2 memeriahkan suasana ...
 

Luqman dah okay ..


Alhamdulillah setelah 10 hari berpuasa, nengok pada keadaan Luqman bertambah bagus ... Tak de lah seperti memula pose ari tu ... Lembek melepek ... Tak de dah rayuan manja nak makan n minum ... Bangun sahur pun senang jer ... Makan pun dah bertambah laju ... Kena pandai2 alihkan perhatian dia ... Balik dr sekolah tu memang suruh dia relax jer, main game ker ... or tengok tv ... Suruh mandi pun tak mo ... lepas berbuka ala kadar, rehat jap baru dia nak mandi n solat maghrib, kalau mood baik ngaji sekali ... Lepas tu dia selongkar tudung saji balik ... Ape2 pun kena sabar. So far baru sehari jer dia berbuka pose tengahari, pose kedua ... Tahniah Luqman ...

CECAHKAN DAHIMU KE SEJADAH

Cecahkan dahimu ke sejadah
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan

Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai

Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus

Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?

Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian

Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat

Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

Iringilah dirimu ke masjid

Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan

Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan

Kerana ianya berguna untuk yang tinggal

Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya

Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'

Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal

Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan

Pada hari itu tiada berguna Harta, takhta dan putera

Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

 Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?

Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?

Begitu hitamkah hati ku ini?

Begitu menggunungkah dosa diri ini?

Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?

Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?

Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?

Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?

kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?

Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….

Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..

Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……

Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...

Ya Allah……

Hinanya diri ku ini ya Allah…

Kotornya diri ku ini ya Allah…

Jijiknya diri ku ini ya Allah…

Berilah hidayah padaku ya Allah…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…

Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…

Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…

Tidak sanggup ya Allah….

Segala-galanya aku berserah pada Mu…

Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…

Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…

Astaghfirullahalazim…

Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….

Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….

Air mata membasahi pipi….

Adakah ini air mata keinsafan???

Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…

Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….

Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..

Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..

Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…

Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…

Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…

Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna?

Nama syed Qutub?

Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….

Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...

Aku tidak layak memikirkan tentangnya..

Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?

Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?

Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…

Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.

Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.

Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.

Aku ingin sekiranya boleh menjadi seorang ibu bagi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.

Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?

Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?

Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…

Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…

Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…

Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...

Ya Allah…..

Pimpinlah daku…

Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….

Ampunilah aku ya Allah….

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Astaghfirullahalazim…

Peraduan: Copy & Paste Raya

Semoga murah rezeki aku kali ini ....
Kali nih nak join contest ... Peraduan: Copy & Paste Raya
Mari beramai2 memeriahkan suasana ...

Memory: 1GB
Accessories: Earphone, CD, Manual, USB Cable & Battery Charger
Bagi yang nak menang MP4, Copy & Paste ayat di bawah:
Raya tahun ni saya nak layan lagu Selamat Hari Raya, Balik Kampung, Dendang Perantau dan lain-lain dengan MP4 yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak MP4 ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com
Raya tahun ni saya nak tangkap gambar kuih semperit, lemang Pak Ali, ketupat rendang dan semualah dengan Kamera Digital yang dihadiahkan oleh MediaHehe..
Kalau terasa nak Kamera Digital ni gak, boleh usha www.gambarhehe.com

moment with newborn baby contest



Anjuran : Mrs. Simplicity

Tarikh Tutup : 12 tgh malam 31 Ogos 2010

Berminat ??? Sila KLIK

"MARILAH KITA MENGIMBAU KEMBALI SAAT- SAAT MEREKA KETIKA BAYI"

Gambar :-
 
Nama : MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN
 
Tarikh Lahir : 24/10/2006
 
Berat Semasa Lahir : 2.81kg
 
Umur ketika gambar diambil : sehari selepas lahir ...
 
 
email : hanifadhlinaabdulrahman@gmail.com

Cerita disebalik gambar : 
hari kedua di dunia ini .... lena di pangkuan abah terchenta ....

Mari beramai2 memeriahkan suasana ...

Gas Habis ...

Kejadian nih berlaku sahur tadi .... Aku kunci jam pukul 4.00pg ... Jam loceng bunyi aku lepak jap , peh tu start ler tugas, tapi insiden pagi tadi aku tertido balik. Aku tersedar balik pukul 4.45pg itu pun sebab Fatiha nangis nak nenen. Aku pun kelam kabut bangun, sebaik nasi dah masak semalam, masak air (Fatiha dah meraung2 ...). Aku plan nak masak telur kicap n goreng ikan bilis jer ... Dah basuh ikan bilis ... Dah pecah telur, nak panas kuali (minyak dah isi dalam kuali), sekali api tak kuar ... Aku pulas sekali lagi ... Tak kuar jugak ... Ishh, awat ler waktu2 nie ler gas nak habis ... Cam ner eak ... Aku tipon umah depan, nak tompang masak ... Sebaik sempat ... Alhamdulillah, sempat jugak aku sekeluarga bersahur ..

Hotel Halal




Ramai antara kita suka buka puasa di hotel. Kita sebagai umat Islam harus prihatin dalam soal halal / haram nie. Kat sebelah adalah senarai hotel di Selangor yang mendapat sijil halal. Alangkah bagus nyer jika dapat dikeluarkan senarai hotel di seluruh Malaysia yang mendapat sijil halal.

__________________________________________

SHAH ALAM 11 Ogos – Hanya 13 hotel di Selangor telah mendapat pengesahan halal dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Sehubungan itu, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata, umat Islam di Selangor diingatkan supaya sensitif dengan status halal hidangan berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan ini terutama jika berbuka di hotel.
Beliau berkata, hanya hotel yang dapurnya telah disahkan halal oleh JAIS dan Jakim boleh diyakini bebas daripada penggunaan bahan-bahan mentah yang tidak halal dan meragukan serta jaminan kebersihan penyediaan dan pengendalian mengikut hukum syarak.
‘‘Sebahagian besar hotel-hotel memaparkan tag line Buffet Ramadan atau seumpamanya, seolah-olah menghalalkannya secara automatik kerana situasi Ramadan dan umat Islam.
‘‘Hakikatnya Buffet Ramadan atau seumpamanya ini tidak dapat memberi apa-apa jaminan terhadap status halal seperti dituntut oleh hukum syarak dan pematuhan kepada keperluan-keperluan lainnya,” kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Menurut Mohammed Khusrin, biar pun penyediaan makanan di hotel menggunakan bahan mentah yang disahkan halal, masih banyak potensi bagi berlakunya pelbagai bentuk pencemaran unsur-unsur tidak halal secara langsung mahupun tidak langsung khususnya dalam aspek pengendalian dan penyediaan makanan.
Lebih malang katanya, apabila ia turut melibatkan unsur-unsur yang menjadi penyebab kepada masalah kesihatan jangka pendek dan jangka panjang.
‘‘Peningkatan budaya umat Islam berbuka puasa di hotel semasa bulan Ramadan berbanding hari-hari biasa menyebabkan beberapa hotel yang tidak mempunyai sumber guna tenaga dan prasarana lengkap akan mencari jalan bagi meningkatkan persediaan dan permintaan dengan kos yang minimum.
‘‘Berdasarkan beberapa petunjuk yang wujud serta pengalaman lalu, dijangkakan ada pihak hotel bakal memanipulasi bulan mulia ini sepenuhnya untuk mengaut keuntungan tanpa ada rasa tanggungjawab kepada penunaian hak mendapatkan hidangan yang halal dan bersih kepada umat Islam,” ujarnya.
Oleh itu katanya, logo halal yang diguna pakai dan dipamer di hotel dan restoran harus diteliti agar umat Islam tidak tertipu dengan penggunaan logo palsu.

Duriannnzzz ...

Entry bergambar sahaja ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs278.snc4/40253_418434993877_658833877_4831251_230410_n.jpg 
Mmm ... Sedap nyer ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs208.snc4/38740_418434468877_658833877_4831219_1032375_n.jpg
Jemput makan durian ...

Haisshhh ... Sejak bila lak anak2 aku nih suka makan durian ...

Pose ...

Alhamdulillah ... Luqman berjaya pose penuh semalam. Pada awal nyer okay ... Cergas ... Sampai tengahhari, waktu nak pergi Sek. Keb. ada cam penat2 skit, aku pun suruh dia rileks dalam bilik, dia bantai main game kat hp, so, okaylah. Bila sampai masa nak suruh gie sekolah tu ada masalah skit, aku pun pujuk2 n mandi kan dia (besa mandi sendiri).

Waktu balik persekolahan di awalkan sejam, aku pun bersedia awal jugak, coz dah rasa mesti dia penat giler2. Memang tepat seperti yang di duga, jumpa jer aku tadi ... "Nah, ambik beg nih, Luqman penat..." ... Aku pun ambek ler ... Memang besa aku yang bawak kan beg dia pun (berat, wpun dah ikut jadual). "Ibu... Luqman nak minum air ... Dahaga sangat ...". Eisehmannn, cam ner nak pujuk nih, kebetulan lak husband pun baru balik, sebaik, husband aku ler yg pujuk coz tinggal beberapa jam jer lagi nak bukak pose... Sayang ...

"Luqman nak minum air sekarang jugak ...". Sayang jer, aku pujuk lagi, tanggal kan baju sekolah, pakaikan dulu baju rumah. Gaya cam mandi pun tak larat. Suruh dia baring sambil tengok tv. Husband aku pun bwk yang berdua tu jenjalan naik moto ... Luqman pun tertido, tak pelah ...

Aku pun menyediakan apa2 yang patut, sambil2 tu gie rumah abah aku tolong2 apa yang patut ( mak takde, ke Penang, tolong jaga baby adik aku, coz mak dia kena tahan wad, ada masalah skit). Penat jugak ke depan ke belakang ... Tapi tak pelah ... Dia orang tu lagi byk bersusah payah utk aku ... Tak terbalas rase nyer ... Husband aku ke Pasar Ramadhan membeli ape yang patut. Dah dekat nak azan baru kejut kan Luqman ... "Nak azan dah, nak mandi tak ?" ... Tiada jawwapan hanya gelengan kepala ..."Basuh muka ..."

Azan berkumandang ... Alhamdulillah ... Luqman berjaya pose penuh sehari, walaupun melepek. Harap dapat pose penuh sebulan. Bukak pose Luqman makan buah epal (tak suka kurma) ... Minum air teh o ... Lepas tu tak larat dah ... Rehat2 jap ... "Ibu... Mandikanlah Luqman..." ... "Okay, Tapi janji lepas nih kena makan tau ... Esok nak pose lagi nanti tak larat ...".."Okay, Luqman janji.."

Bangun sahur pagi nih kelihatan agak bersemangat.

Ya Allah, kutkanlah semangat anak kecil ini untuk memenuhi tuntutan Mu ...

Jangan Ada Benci Di Hati

Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil.
 
Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.
 
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.
 
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.
 
Kaedah Mengikis Benci
 
Cara yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua orang sebelum tidur?
 
Pengalaman secara peribadi menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain.
 
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan
 
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:
 
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
 
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
 
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
 
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
 
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
 
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok
berinteraksi dengan kita.
 
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
 
8 ) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
 
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
 
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
 
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
 
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
 
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
 
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
 
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
 
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.
 
Terlebih Dahulu Baiki Diri
Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya.
 
Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.
 
Ingatlah pesanan seorang sarjana:
“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.”
 
Wallahu’alam