Search This Blog

Kelantan Juara Piala FA 2013

Aku tengok kat rumah jer ... Aku tak terre bab bola nih ... So ulasan adalah ikut suka aku ... Bagi aku mase separuh masa pertama tadi nampak Kelantan lebih mendominasi ... Hasil nyer gol pertama telah dijaringkan pada minit ke-16 oleh Farhan ... Masuk separuh masa kedua pada aku nampak lebih seimbang, cuma masa dah nak last-last tu nampak Johor bersungguh-sungguh mencari gol ... Tapi usaha tak berbaloi ... Tambahan masa 5minit diberikan, kedua-dua pasukan berusaha menambahkan jaringan ... Namun gagal ... Keputusan nyer The Red Warrior berjaya menjuarai Piala FA 2013 ... Syabas ...

Foto animasi ciptaan peminat setia Bolasepak Kelantan En. Ikhsan Ise

Dirang - Pembunuhan Kejam dan Tragis

Dirang

JOHOR BAHRU – Tangisan Muidin Maidin, lelaki yang membunuh dan membakar budak perempuan, Dirang, 5, sebaik dihukum ke tali gantung tidak dapat memadam perlakuan kejam lelaki itu yang berpunca akibat dendam kesumat terhadap nenek si mati.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Abdul Halim Aman memutuskan hukuman mandatori itu selepas mendapati keterangan pembelaan Muidin, 26, gagal menimbulkan keraguan terhadap kes pendakwaan.

Abdul Halim ketika menjatuhkan hukuman itu menyifatkan Muidin sebagai penjenayah paling kejam, berbahaya dan tidak layak bersama masyarakat kerana bernafsu binatang.

“Asid deoksiribonukleik (DNA) kamu didapati ada pada anus dan vagina si mati. Dia seorang insan kerdil (berusia 4 tahun ketika itu) tidak mengerti apa-apa.

“Kamu telah menekup si mati hingga lemas dan tak bernyawa, kemudian kamu cuba lupuskan dia dengan cara membakarnya.

“Kamu fikir kamu bijak, tapi berkat solat hajat, doa dan harapan daripada rakyat negara ini akhirnya Allah memberi jalan hingga jasad Dirang ditemui.

Digantung sampai mati ...

“Kematian Dirang sangat kejam dan tragis. Hanya ada satu hukuman untuk kes ini dan dengan itu mahkamah memutuskan kamu digantung di leher sampai mati,” tegas beliau.

Final Piala FA 2013

Hahaha ... Aku layan je bola ... So, malam nie sudah tentu tercongok depan tv tengok Final Piala FA 2013 ... Kali nih antara Kelantan lwn Johor ... Sape agak nyer menang eak ? Korang2 sokong mana ? Ada yang ke stadium ker ?

Salam Jumaat

Salam Jumaat semua ... JOM baca surah Al-Kahfi … :) Banyak kelebihan nyer ...

Terdapat beberapa kelebihan khusus yang telah disebut oleh Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam bagi sesiapa yang membaca surah al-Kahfi.

Antara kelebihannya ialah pengampunan dosa di antara Jumaat dengan Jumaat jika dibaca pada hari Jumaat dan dijauhi fitnah al-Masih ad-Dajjal jika menghafal 10 ayat terawalnya.

Berikut adalah beberapa hadith mengenai kebaikan surah al-Kahfi:

Imam Ahmad berkata :”Daripada Abi Darda’ daripada Nabi SAW, baginda telah bersabda: “Sesiapa menghafaz sepuluh ayat daripadanya permulaan surah al-Kahfi,maka terhindar daripada Al-Dajjal.”
 [ Riwayat Muslim,Abu Daud,Al-Nasa'i,Al-Tarmizi daripada Qatadah ]

Imam Ahmad berkata : ”Daripada Abi Al-Darda’i, Nabi SAW bersabda : “Sesiapa membaca sepuluh ayat akhir daripada surah Al-Kahfi,maka terhindar daripada fitnah Al-Dajjal.”
 [ Hadis Riwayat Muslim dan Al-Nasa'i ]

Daripada Muaz Ibnu Anas Al Juhani daripada bapanya daripada Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca awal dan surah Al-Kahfi, maka jadilah baginya cahaya daripada kepala hingga kakinya dan sesiapa yg membaca keseluruhannya,maka jadilah baginya cahaya antara langit dan bumi.”
 [ Hadis Riwayat Ahmad ]

Daripada Umar berkata: Nabi SAW telah bersabda : ”Sesiapa yg membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Utknya cahaya dihari kiamat dan diampunkannya antara dua Jumaat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]
 
Daripada Abi Said Al Khudri berkata: ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dihamparkan utknya daripada cahaya antara dia dan bait Al Atiqa.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada Mandhur Ibnu Zaid, Khalid Al-Juhani dari Ibnu Al-Hussien dari bapanya daripada Ali Marfu’an: ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat,maka dia dihindari daripada fitnah selama lapan hari,dan jika Al- Dajjal muncul,maka terhindar dia daripadanya.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Daripada syukbah daripada Abi Hashim dgn isnadnya.sesungguhnya Nabi SAW bersabda : ”Sesiapa membaca surah Al-Kahfi sebagaimana ia diturunkan,jadilah cahaya utknya dihari kiamat.”
 [ Hadis Riwayat Ibnu Katsir]

Salam Jumaat kengkawan ... Semoga dapat dijadikan panduan buat saya dan kengkawan semua ...

JOM baca surah Al-Kahfi … :)

- Artikel iluvislam.com

Letupan Di Lewat Petang ...

Lewat petang tadi sambil2 tunggu Danial balik sekolah sambil2 bawak Putra lepak kat luar ... Hehehe, peh tu aku masuk umah Mak aku, lepak2 situ jap ...

Dalam pukul 6 lebih tu aku pun balik umah, nak masak-masak lah skit, Putra aku tinggal kan kat umah Mak aku ... Aku pun basuh-basuh periuk masak nasi, masak air, nak wat teh o ... Gaulkan ayam ngan garam n kunyit peh tu goreng, aku biar jer ayam dalam kuali dengan niat nak tengok Putra sambil pesan "Danial mandi" ...

Tak lama aku kat umah Mak aku, "Hani, apa bunyi meletup-letup kat umah awak tu" ... Aku buat x layan sangat coz ingatkan bunyi tu datang dari construction kat belakang umah aku tu, orang tu buat umah baru ... Tak lama lepas tu dengar lagi bunyi meletup-letup sambil suara Danial jerit "IBU" ... Dalam hati aku "Ya Allah, kenape plak nie" ... Aku berlari balik sambil mencampakkan kunci umah Mak aku ntah ke mana ... Dalam hati punya lah berdebar-debar "Ya Allah jangan ler jadi apa-apa yang buruk" coz aku terbayangkan ayam yang sedang digoreng ...

Sampai jer umah Danial peluk aku, meraung-raung sambil cakap "Danial x sengaja" ... Rupa-rupa nyer bunyi meletup-letup tu adalah hasil tindak balas antara belon helium Fatiha punya ngan kipas ... Danial nih dah gatal tangan gunting tali belon tu ... So melayang-layang lah belon tu naik ke atas lalu terkena lah kipas ... Bunyi meletup yang dihasilkan agak kuat dan membuatkan Danial terkejut ... Aku pun switch off kipas, selesai masalah ... Danial masih lagi meraung-raung terkejut n takut kena marah kot ...

Gambar contoh belon helium ...

Huiisshh ... huru-hara jugak lah petang tadi, sampai Atok ngan Pak Chu pun terkocoh-kocoh datang ... Syukur Alhamdulillah xde ape-ape yang buruk berlaku ...

Hehehe, apolah Danial nie ...

Nie gambar budak ketakutan

Susah Nak Bangun Subuh ...

Ramai di kalangan kita yang mengalami kesukaran untuk bangun awal pagi dan mendirikan solat Subuh di awal waktu.

Masalah ini terjadi atas beberapa sebab; antaranya ia telah menjadi tabiat, tidur lewat dan perasaan malas.

Berikut adalah beberapa panduan atau tips yang boleh dicuba oleh kita bagi mengatasi masalah ini :

1. Tidur awal; sekitar 10 atau 11 malam supaya tidur anda mencukupi.

2. Ambil wuduk sebelum tidur.

3. Tanam azam di dalam diri untuk bangun awal.

4. Baca surah Al-Mulk, tiga Qul dan doa sebelum tidur.

5. Pasangkan niat; ‘Aku nak bangun pukul sekian kerana Allah.’

6. Maafkan semua orang sebelum tidur.

7. Elakkan makan makanan berat sebelum tidur.

8. Elak diri dari melakukan maksiat sebelum tidur.

9. Gunakan jam loceng atau alarm di telefon bimbit untuk membantu anda. Pastikan ia berkualiti.

10. Minta tolong orang lain seperti ibu atau rakan untuk mengejutkan anda. Mungkin minta mereka simbahkan air atau urut ibu jari anda sekiranya masih sukar untuk bangun!

Panduan di atas memerlukan sedikit latihan. Namun insyaAllah, Allah pasti tolong kita sekiranya kita MAHU.

www.iluvislam.com

** Untuk panduan diri sendiri dan kengkawan semua ... Harap2 memberi manfaat kepada kita semua ...

Bintang Mencari Bintang (BMB)

Achey

Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.

Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing yang merangkumi tiga minit sketsa komedi dan dua minit nyanyian.

Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan.

Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.

Sumber

** Aku layan jer coz Big Boss n bebudak nih layan ...

Bye Ibu ... Adik Nak Jalan Jauh Nie ...

Hari nie Fatiha ada Lawatan Sambil Belajar ... Kali nie Tadika Sempurna telah memilih Farm In The City ... Tempat nih kat area Sri Kembangan n baru bukak tahun lepas rase nyer ... Fatiha excited sangat, ibu nyer yang risau ... Bukan ape Fatiha nie x pernah lagi jalan-jalan tanpa kita orang ... Harap-harap ok ler nanti, dalam keadaan cuaca yg tidak begitu baik nih ... Program terpaksa diteruskan, coz semua dah booking ... Sebaik pihak tadika ada bekal kan mask kepada bebudak nih ... Pukul 8.30pagi tadi dah naik bas, and dijangka balik pukul 2.30petang ... Sebelum berpisah tadi, macam-macam pesan; dengar arahan cikgu, jangan jalan sorang-sorang, jangan main tengah jalan, hehehe, ibu nyer terlebih risau ... Semoga selamat perjalanan pergi dan balik ...

Wangi nyer ...

Saya dah mandi ...
Saya dah wangi ...
Tapi, saya nak tido lagi ...

Bayi 4 bulan kena xxxx

Pihak pendakwaraya di  St. Charles County, Missouri, telah menuduh seorang ibu berusia 25 tahun terhadap 'second degree murder' setelah membiarkan teman lelakinya merogol dan meliwat anak perempuannya yang berusia 4 bulan. Bayi itu telah mati akibat kecederaan yang dialami setelah dirogol, diliwat, didera dan dicekik.

Teman lelaki wanita ini, Jordan Lafayette pernah dihukum kerana kesalahan seksual terhadap remaja bawah umur. Namun, wanita itu telah menghantar sms yang membenarkan teman lelakinya untuk merogol anaknya itu.

Bayi malang yang bernama Ashlynn telah mengalami kecederaan yang serius iaitu kesam lebam di leher, dada, belakang dan abdomen lain. Selain itu, bayi itu juga mengalami koyak rektum dan kecederaan serius di kepala akibat dipukul dengan benda tumpul. Bayi malang ini dilaporkan telah mati ketika diliwat sebelum tertuduh mencekiknya.

p/s : Gila... apa hukuman yang patut untuk dua ekor binatang ni? 

Sumber

** Manusia ker ape nih ... Zalim sangat ...

Tipu Pilihanraya Turun Jalanraya

Hmmmmm ...
Korang ?
Huhuhu ...

Huru-Hara Hidup ...

Eeeee ... Geram nyer ...
Nape lah jadi cam tu ...

Huru-hara hidup rase nyer ...
Pc rosak ... Hp cikai ...

Help ... Help ... Help ...

Maaf yer kengkawan, blog saya huru-hara ...

Gangguan ??? ... Nauzubillah

Hehehe ...
Sorry kengkawan ...
Just nak share info Gangguan Bekalan Air hari Khamis nanti ...

KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Lembah Klang dan Hulu Selangor akan mengalami gangguan bekalan air pada Khamis ini berikutan kerja-kerja mengganti injap di Pam No 3, Rumah Pam Air Terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1.

Gangguan bekalan air dijangka berlaku dari pukul 8 pagi hingga 8 malam berikutan kerja yang akan dijalankan oleh operator Loji Rawatan Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash), menurut kenyataan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd di sini Isnin.

Pengguna dinasihatkan agar menyimpan bekalan air secukupnya serta menggunakan air secara berhemah sepanjang tempoh gangguan tersebut.

Antara kawasan yang terlibat di Kuala Lumpur ialah Bukit Kiara, Kelab Diraja Selangor, Bukit Kiara Resort, Pusat Sukan Bukit Kiara, Pusat Sains Negara, Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), Suruhanjaya Sekuriti, Bahagian Teknologi Pendidikan dan Pusat Konvensyen Sime Darby.

Kawasan Bukit Damansara meliputi Jalan Segambir, Jalan Belimbing, Jalan Setiabistari, Jalan Setiamurni 1-12, Jalan Setiabudi, Jalan Setiarasam, Jalan Setiaraya, Jalan Setiajaya, Jalan Medan Setia, Jalan Setiabakti, Jalan Setiakasih, Plaza Damansara dan Taman Seri Beringin.

Kawasan Gombak meliputi Bandar Sri Damansara, Kepong Industrial Park, Kawasan Industri Tago,
Sunway SPK, Wangsa Permai, Desa Park City, Taman Bukit Maluri, Manjalara Kepong, Desa Aman Puri, Medan Putra, Country Height Damansara dan Sunway SPK Harmoni 3.

Di Hulu Selangor, kawasan yang terlibat ialah Kampung Sungai Serai, Kuang, Kampung Baru, Kampung Melayu Sri Kundang, Kampung Permata, Taman Desa, Bandar Baru Kundang, Kundang Jaya, Bandar Tasik Puteri, Taman Tasik Biru dan Taman Perindustrian.

Kawasan Petaling melibatkan Bukit Rahman Putra, Taman Impian Indah, Taman Sri Putra, Saujana Akasia, Taman Sri Putra Mas, Taman Matang Jaya dan Kampung Matang Pagar.

Sementara itu, beberapa kawasan akan mengalami tekanan air yang rendah iaitu kawasan Segambut meliputi Taman Sri Sinar, Taman Sri Bintang, Taman Bukit Sri Bintang, Taman Prima Pelangi, Taman SPPK Segambut, Taman Segambut, Taman Segambut Permai.

Taman Segambut Damai, Taman Segambut Muda, Taman Segambut Aman, Taman Bukit Segambut, Taman Indah Murni, Taman Prima Impian, Taman Desa, Kampung Segambut Dalam, Kampung Segambut Bahagia, Kampung
Segambut Tengah, Kampung Segambut Gate, Kompleks Kediaman Kakitangan Awam Jalan Duta, Kesington Park, Changkat Kiara Bayu, Changkat Kiara Surya, Prima Duta, Menara Duta, Duta Ria dan kawasan Mont Kiara.

Di Petaling meliputi kawasan Kuarters Penjara Sungai Buloh, Kampung Kubu Gajah, Kampung Merbau Sempak, Desa Moccis, Kampung Paya Jaras, Hospital Kusta, Kampung Baru Sungai Buloh (Kampung Baru Cina), Kampung Desa Aman, Saujana Damansara dan Prima Damansara.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan (PUSPEL)di 1-800-88-5252 atau SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Maklumat lanjut boleh melayari laman web Syabas di www.syabas.com.my atau menerusi Twitter dan Facebook PUSPEL.- BERNAMA

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kesian nyer ... Tambang bas naik ...

Kesian nyer ... Bagi golongan kaya sudah tentu tidak mendatangkan masalah ... Tapi aku rasa isu nih kompem melibatkan pelajar dan golongan yang berpendapatan rendah ... Bayangkan kalau satu keluarga nak balik Kuala Terengganu, RM50 x 2, itu kalau family yang xde anak lagi ... Kalau anak dah dua tiga orang ... Ishh, kesian kat mereka yang terlibat ...

Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya.
AMIN ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Awek ko pe cite ?

Hehehe ...
Lawak ... lawak ...
Hati-hati apabila berkata-kata ...

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Ribut Di Penang ...

Dengar cite keadaan agak teruk, adik yang keje USM baru jer sampai rumah ... Dia orang sekeluarga stuck atas jambatan 2 jam ... Pokok banyak tumbang ... Jalan rosak ... Kat umah lak pasu-pasu habis bersepah-sepah ... Harap adik sekeluarga ok ... Nak masukkan video from youtube tapi x leh plak ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Fridge Magnet - 01

Huhuhu ... Nie first entry aku pasal fridge magnet (FM) ... FM sebelum-sebelum nih tak terbuat entry nyer ... FM kali nie aku dapat dari adik ipar aku Melati ... Dia orang gie Romania atas urusan keje lah lebih kurang ... Best kan ... Mamat kat dalam FM tu adalah Vlad Tepes ... Nak tau sape dia ... ?? Meh aku cite skit, cakap London plak ...

**********

Vlad the Impaler, a.k.a. Vlad III, Dracula, Drakulya,  or Tepes, was born in late 1431, in the citadel of Sighisoara, Transylvania, the son of  Vlad II or Dracul, a military governor, appointed by Holy Roman Emperor Sigismund.  Vlad Dracul was also a knight in the Order of the Dragon, a secret fraternity created in 1387 by the Emperor, sworn to uphold Christianity and defend the empire against the Islamic Turks.  Transylvania, along with Moldavia, and Wallachia, are now joined together as Romania. The name Dracul can be interpreted in two ways, the first translation from Romanian would be "Dragon", but it sometimes also means "Devil".  Vlad was not called Tepes, which means ""spike" in Romanian, until after his death; instead, he was known as Vlad Dracula, the added "a" meaning "son of", so essentially, throughout his life, he was known as the "son of the Devil".

While growing up with such a name would normally present  problems for most of us, Vlad certainly did not seem to mind, as he really did live up to his title; but before we look upon the exploits of the son, let us learn a bit more about the father.  In 1436, Vlad Dracul took over the throne of Wallachia, taking up residence in the palace of Tirgoviste. It was there young Vlad Dracula would get his first taste of the opulent lifestyle, and perhaps also where the beast within would begin to grow.  Merely two years later, in a strange turn of events, Vlad II betrayed the Order of the Dracul, forming an alliance with the Turks He even went as far as allowing Sultan Murad II to keep his two sons, Vlad Dracula, and his younger brother Radu, as "insurance" that he would not plan to strike against the Turks.
         
In the winter of 1447, Vlad Dracul was assassinated in a coup orchestrated by one of his relatives, John Hunyadi, who had devoted his life to fighting the Ottoman Turks, and did not approve of Vlad Dracul's pro-Turkish policy. Vlad Dracula was granted his freedom following his father's death, but Radu decided to stay behind. In addition to learning of his father's demise, Vlad was also told his older brother, Mircea had had his eyes gouged out, and been buried alive by the boyars of Tirgoviste. While in captivity, Vlad had grown resentful, and vowed to have his revenge. 
         
The throne of Wallachia, which would have normally been reserved for Vlad Dracula, was now occupied by the boyars. The still teenaged Vlad Dracula, with the help of Pasha Mustafa Hassan' Turkish cavalry, defeated the boyars, reclaiming the throne for a very short period of time, as Hunyadi would soon thereafter appoint Vladislav II to the post.  Vlad Dracula formed an alliance with Hunyadi, in the hopes of persuading him he was the rightful heir to the throne, but it wasn't until 1456, that Vlad Dracula would make his move, killing his father's murderer, and defeating Vladislav II, to take over as the new ruler of Wallachia.  In 1569, following an Easter Sunday feast Vlad Dracula had all the boyar families who had been attending arrested. Those who were in good health were condemned to a life of slavery, and put to work on the construction of his Poenari Castle on the Arges river. Those who were old and weak were impaled for all to see.  Thus began Vlad the Impaler's reign of blood and terror.

Sumber

**********

Haa ... Romania memang terkenal ngan drakula nyer kan ... Erkk ... Paham tak aku cakap London tu ... ?

Hehehe ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tekanan Darah Tinggi (Part2) ...

Entry nih adalah sambungan entry
Tekanan Darah Tinggi ... Second part nie just nk beritau @  mengingatkan AKU n kengkawan tentang apa yang perlu aku lakukan dan tidak patut lakukan jika menghidap darah tinggi ...

**********

7 Langkah Kurangkan Tekanan Darah Tinggi

Masalah tekanan darah tinggi? Sebagai langkah permulaan untuk menangani kemungkinan anda mempunyai tekanan darah tinggi, iktuilah tip-tip berikut:

1.  Kurangkan berat badan. Ambil inisiatif untuk mengurangkan atau mengawal berat badan. Kurangkan berat 5kg pun sudah memberikan impak yang ketara dan mudahkan lagi kesan ubat pemberian doktor.

2.  Bersenamlah dengan kerap. Cuba untuk bersam dalam 30-45 minit pada hari minggu. Paling kurang pun 3-4x seminggu. Pada masa yang sama ini juga bantu kurangkan berat badan.

3.  Kurangkan pengambilan garam kepada kurang daripada 2.3g sehari. Garam umpama pasir yang serap air and tingkatkan tekanan darah. Kurangkan kicap, telur/ikan masin dan jangan tambah garam pada makanan yang sudah dihidang. Ingat: 1 teaspoon sudahpun mengandungi 2.3g!

4.  Jangan merokok: Kesan nikotin rokok dapat tingkatan tekanan darah sehingga 10 mm Hg sehingga sejam. Jadi sekiranya anda merokok sepanjang hari, tekanan darah pun lebih tinggi sepanjang masa.

5.  Kurangkan Stres. Stres kerja, duit, kesesakan jalan dan macam-macam lagi tingkatkan tekanan darah buat sementara waktu. Kalau anda mempunyai kronik stres, sudah tentu ia memudaratkan kesihatan anda dan boleh akibat serangan jantung, strok dan macam-macam lagi. Seimbangkan kehidupan anda dan cuba elak dari stres yang berpanjangan.

6.  Amalkan diet yang lebih baik. Sudah tentu diet seharian amatlah penting untuk mengawal dan kurangkan tekanan darah. Berikut adalah beberapa tip yang anda boleh amalkan:

*  Ketahuilah keperluan kalori seharian anda. Ini boleh mengawal jumlah makanan dan pasa masa yang masa bantu anda kawal atau kurangkan berat badan.

*  Makan 5-7 hidangan sehari tapi dalam sukatan yang kecil.
Lebihkan serat (fiber) seperi grains, nasi perang, buah-buahan dan sayur-sayuran segar.

*  Kawal kolesterol. Biasanya masalah tekanan darah tinggi, berat badan dismapingi dengan masalah kolesterol tinggi. Pastikan anda kawal tahap kolesterol anda dan elak makanan berkolesterol tinggi seperti makanan laut, organ-organ seperti paru-paru, kurangkan lemak-lemak haiwan dan tingkatkan pengambilan serat.

*  Pastikan ada sumber potassium dalam diet anda. Ia dapatkan kurangkan kesan garam pada tekanan darah. Pisang adalah pilihan potassium yang baik dan mudah didapati.

*  Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein

7.  Jangan leka: Pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah dengan kerap untuk memantau keadaan kesihatan anda. Walaupun anda tidak mempunyai masalah hypertension, pastikan anda melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap 12 bulan sekali.

Sumber

**********

Sekian jer maklumat untuk kali ini ... Bersama-samalah kita amalkan cara hidup sihat ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Seniwati Latifah Omar Meninggal Dunia ...

Pelakon veteran Latifah Omar meninggal dunia di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) pada usia 74 tahun kerana menghidap komplikasi pelbagai penyakit termasuk ulser pada kira-kira pukul 6 petang semalam ...

Sama-samalah kita menyedekahkan Al-Fatihah kepada Allayarhamah Latifah Omar. Semogaa Allayarhamah ditempatkan bersama golongan orang yang beriman.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sebulan sudah ...

Dua hari lepas genap lah sebulan umur Putra Al Amin ... So, tadi aku bawak dia check-up kat Klinik Kesihatan Ibu & Anak, Gombak Setia ... Jalan kaki jer coz dekat ngan umah ... Memandangkan cuti sekolah, Abang Long & Fatiha nak ikut ... Oklah x kisah pun ... Check-up ari cam cepat jer selesai, cam x berapa ramai orang ...Berat Putra pun dah naik daripada 3.19kg ke 4.0kg ... Alhamdulillah sihat semua nyer, cuma ada ruam skit-skit kat muka n montot ...  Dah pandai cam nak lontar kan suara tp masih x berjaya ... Semoga terus membesar dengan jaya nyer ...

Seniman S.Shamsuddin Meninggal Dunia ...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ...

SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S.Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Tekanan Darah Tinggi ...

Risau wehh ... Tekanan darah aku tak stabil ... Kejap tinggi ... Kejap normal ... Benda nih dikesan semenjak aku mengandung lagi, minggu2 terakhir tu ... So, masa tu aku n Dr. ingat coz x cukup tido ... Sampai kan aku kena check selang sehari ... Tapi masih berlarutan hingga sekarang ... Gigih ler aku menggoogle berkenaan ngan masalah aku nih ... Nanti saya kongsi kan eak ...

**********************

Tekanan darah adalah tekanan yang dikenakan terhadap pembuluh arteri semasa peredaran darah yang disebabkan oleh denyutan jantung. Darah tinggi atau Hipertensi (Inggeris = Hypertension) merujuk kepada tahap tekanan darah yang meningkat lebih tinggi dari tahap biasa secara kronik. Pesakit yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90 mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi.

Kadar tekanan darah tidak sama sepanjang masa. Ia sering berubah-ubah mengikut keperluan badan anda. Jika tekanan darah anda tinggi, doktor anda akan memeriksa semula tekanan darah anda untuk beberapa kali bagi menentukan kadar tekanan darah anda yang sebenar.

Tekanan darah ada dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut - 120 /80 mmHg. Nombor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan jantung. Ia dipanggil tekanan sistolik. Nombor bawah (80) menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antara pengepaman. Ia dipanggil tekanan diastolik. Masa yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah semasa anda rehat dan dalam keadaan duduk atau baring.

**********************

Haa itu jer maklumat buat entry kali nih ... Kita sambung entry lain lak ...

Majlis Berinai ...

Nie ler aktiviti bebudak pompuan bila dah boring ...

Layanzz kan je lah ...