Search This Blog

SALAM AIDIL ADHA 2017


Esok(Jumaat) kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Kat tempat aku nih biasa nyer kalau raya jatuh hari Jumaat maka program penyembelihan akan dilakukan pada keesokkan hari nyer ... Bukan apa takut tak sempat muslimin nak solat Jumaat ... Elok jugak supaya tak terkejar-kejar... Program pun dapat dijalankan lebih sempurna ... Tak de lah penat sangat mereka-mereka yang bertugas ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer, mungkin Sabtu baru balik kampung ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuhTitisan air mata suci IBRAHIMMelihatkan keteguhan imanAnaknya ISMAILDikala itulah bermulaSejarah agungERTI SEBUAH PENGORBANAN ...


Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...

SALAM KEMERDEKAAN 2017 #NEGARAKUSEHATISEJIWA


Salam Kemerdekaan 2017 untuk semua rakyat Malaysia tak kira di mana anda berada ... Dengan pelbagai masalah yang melanda Malaysia semakin suram sambutan kemerdekaan ... Apa2 pun saya masih rakyat Malaysia ... Moga Malaysia sentiasa dilindungi Allah s.w.t ... Semoga Malaysia terus aman ...

Pada 31 Ogos 2017, Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-60 tahun! Dah tua dah Malaysia nih korang ... So, kali nie  Ambang Merdeka akan disambut di Bukit Jalil pada sebelah malam selepas majlis penutupan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur ... Mesti meriahkan ditambah plak dengan kejayaan gemilang  dalam Sukan SEA kali nie ... Walaupun terlepas ibu segala emas , tahniah diucapkan kepada semua ... Semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung ...


๐ŸŒบSelamat Hari Merdeka ๐ŸŒบ

      SEMOGA ...

Merdeka Akidah  dari Kesyirikan.
Merdeka Syariat dari Kefasikan.
Merdeka Minda dari Kejahilan.
Merdeka Nafsu dari Keburukan.
Merdeka yg Haq dari yg Batil.

๐ŸŒธ Mantapkan iman tingkatkan amal,

Utk meraih Rahmat dan Redha Allah,
Itulah janji Allah dengan Syurga,

๐ŸŒธ Mohon Allah bebaskan dari Neraka,

Barulah merdeka dari siksa Nya,
Itulah merdeka yg sebenar,
Itulah merdeka yg dicari.

๐ŸŒธ Ampun dan maaf dipohon kini,

Seandainya ada terguris di hati,
Kehidupan dunia jangan khianati,
Di Akhirat nanti tidaklah rugi.

#NEGARAKUSEHATISEJIWA

[JAWATAN KOSONG] UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA & HOSPITAL PENGAJAR UPM


Untuk kengkawan yang mencari peluang pekerjaan... Semoga bermanfaat... 



Untuk pengetahuan kengkawan semua .... Sekarang nih UPM menggunakan Sistem Permohonan Jawatan Secara Online untuk jawatan-jawatan yang ditawarkan di UPM ... Mudah dan cepat kan ...


Semua pemohon perlu lah mendaftar sebagai penmgguna terlebih dahulu ... Hanya calon yang terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga ... Kalau dalam tempoh 6 bulan tak de ape-ape kabar berita tu maksud nyer permohonan tak berjaya lah tu ...


TARIKH TUTUP :
12 September 2017 (Selasa) (5.00 petang)

Cepat ... Cepat ... Sebelum terlambat ...
Masih ada masa lagi ...

Buta - Caliph Buskers ft. Faizal Tahir


Pejamkan mata,
Dengarkan saja
Apa di minda.

Apakah semua yang zahir di mata,
Takkan pernah berdusta,
Ceritakan lah pada aku,
Agar ku faham dunia.

Tuhan, segalanya telah engkau tentukan,
Terangi saja hatiku,
Maaf ku selalu terlupa,
Mensyukuri semuanya.

Andai mata ku lihat semua,
Adakah ku sempurna,
Atau kerna mata ku yang leka
membuat ku berdosa,
Ceritakan lah pada aku agar ku faham dunia.

Tuhan, segalanya telah engkau tentukan,
Terangi saja hatiku,
Maaf ku selalu terlupa,
Mensyukuri semuanya.

Tuhan, segalanya telah engkau berikan,
Tetapkan saja hatiku,
Maaf ku selalu terlupa,
Mensyukuri semuanya.

Tanpa kamu siapalah aku,
Tanpa aku tetap saja kau
sempurna dan satu,
Terangilah hatiku.

(x2) Tuhan, segalanya telah engkau tentukan,
Terangi saja hatiku,
Maaf ku selalu terlupa,
Mensyukuri semuanya.

Oh maafkan aku,
Selalu terlupa,
Mensyukuri semuanya.

Pejamkan mata,
Dengarkan saja
Apa di minda.

SELAMAT HARI LAHIR BIGBOSS ...



Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …

Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Melindungi, Berilah keberkatan dalam setiap langkah perjalanan dan kerja yang kami lakukan hari ini. Lindungi kami, anak-anak kami dan keluarga kami daripada segala bahaya dan penyakit. Engkau Maha Pemberi, berikan kami rezeki yang melimpah ruah melalui jalan yang disangka atau tidak disangka-sangka yang penuh barakah... Ya Allah... Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.






KAKI KOMEN JULAI 2017 #KISAHHIDUPKU ...

Hai Kengkawan ... Bulan Julai dah lama habis... Maka bermula lah bulan yang penuh bersejarah... Alhamdulillah masih diberi peluang bersama-sama orang yang aku sayang ... 

Maaf kengkawan sebab saya tak dapat nak keluarkan senarai kaki komen bulan lepas... Sampai hari nie saya tunggu kot2 dia nak muncul... Tak jugak muncul macam selalu... Sedih nyer... Nak godek memang ler tak tahu... 


Ada ker yang sukarela nak membantu muncul kan kembali Senarai Kaki Komen tu... 
Pleaseeee ...

WORDLESS WEDNESDAY - 145 | KEMARAU 14 TAHUN


Sumber :


Merdeka!Merdeka! Blogger Contest



Sempena menyambut Hari Kemerdekaan tak lama lagi Lazada Malaysia mengadakan Contest untuk semua blogger ... Lazada dan Blogger berpisah tiada...  Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
31 Ogos 2017


a. What do you love about being Malaysian? 



Saya berasa bangga menjadi anak Malaysia kerana Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum dan agama... Walaupun berbilang kaum dan agama, rakyat Malaysia hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni... Selain itu, Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana rakyatnya mempunyai adat yang pelbagai dan menarik... Apabila tiba musim perayaan, rakyat Malaysia akan bersama-sama meraikannya tanpa mengenal kaum dan agama... Sebagai rakyat Malaysia, kita haruslah berbangga dan sentiasa menjaga nama baik Negara...

b. Choose your favorite local brand here : http://www.lazada.com.my/local-brands/ 

Image result for Anakku

c. Select two product from that brand that you love. The Article must contain screenshots of the products mentioned. 




Dah join contest tu jangan lupa shopping plak... Save the date tau... 
Merdeka! Merdeka! Sale (http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/)that will take place from 25 August to 31 August (where you can find special discounts up to 80%!). 

Banana Mango Smoothie Bowl

Yuhuuuu... Sunyi sepi jer hujung minggu nih... Buat ape tu? 

Kengkawan mesti ada yang mengalami peningkatan berat badan lepas raya nih kan... Maklum ler open house sana sini... Jamuan raya kat opis lagi... Baju dan seluar mula terasa ketat selepas raya? Huwaaa... Beria-ia kontrol makan masa bulan puasa, masa raya pulun habis semua... Nie tak lama lagi dah nak raya haji plak... 

Hati-hati kengkawan pelbagai penyakit datang menyinggah nanti... Sesuatu perlu dilakukan... Mulakan dengan segera healthy-eating plan korang... Boleh mulakan dengan resepi mudah seperti Banana Mango Smoothie Bowl ini... Hidangan berkhasiat yang amat enak dan sesuai dimakan semasa sarapan pagi...


Bahan-bahan:

- 3/4 cawan mangga beku 
- 2 biji pisang beku
- 1 cawan yoghurt
- 1 sudu besar extra virgin coconut oil
- Strawberi
- Granola
- Bijan hitam
- Kelapa

Cara-cara:
1. Kisar mangga beku, pisang beku, youghurt dan extra virgin coconut oil hingga sebati.
2. Hidangkan dengan topping: hirisan strawberi, bijan hitam, granola dan kelapa.

ISU RUU164


Antara artikel berkaitan isu RUU 164 yang dapat saya kumpulkan sehingga pagi ini untuk bacaan semua dari pelbagai pihak. 

[Jika ada yang masih tertinggal, post diruang komen. Terima kasih]

Yb Ust Idris Ahmad

Ust Dr Riduan Mohd Nor

Yb Hanipa Maidin

Ust Zolkharnain Abidin

Prof Dato' Dr Noor Aziah Awal

Faisal Abdul Aziz (ABIM) 

Dr Fathi Yusuf

Kengkawan kalau ada yang tahu isu nie boleh ler komen nanti... Saya pun x berapa nak hadam lagi pasal isu nie...

Sumber :
Group Wasap 

PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU (BAHAGIAN 1)

Image result for logo penyusuan susu ibu
Hasil pertapaan aku minggu lepas,  ada ilmu baru yang aku dapat... Malah aku dapat pulih kan balik ingatan aku pasal susu ibu... Jom lah baca... 

POLISI PENYUSUAN SUSU IBU MALAYSIA

Semua ibu digalakkan menyusui anak mereka dengan susu ibu sahaja dari lahir hingga berumur enam bulan... Dan meneruskannya sehingga mencapai umur 2 tahun... Dalam tempoh ini, bayi diberi susu ibu sahaja, tidak perlu air atau susu selain susu ibu... Bayi juga tidak perlu makanan atau bijirin bayi... 

Alhamdulillah... Anak2 aku kecuali Abang Long, yang lain Abang Ngah,  Kakak dan Putra berjaya aku beri susu ibu sepenuhnya sehingga 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun... Syukur sangat sangat dengan rezeki yang satu ini... 

KEPENTINGAN PENYUSUAN SUSU IBU

Kepada Bayi
  • mengandungi semua nutrien yang diperlukan untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi
  • mudah dihadam dan sentiasa pada suhu yang tetap
  • menggalakkan tumbesaran yang sihat dan mengurangkan risiko kurang berat badan
  • memberi perlindungan kepada bayi daripada jangkitan kuman dan alahan
  • tidak perlu dibancuh dan sedia diminum
  • mengurangkan risiko cirit-birit dan sembelit, kematian mengejut,  jangkitan telinga dan pneumonia, penyakit saluran pernafasan,  diabetes dan obesiti
Kepada Ibu

  • mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  • membantu mengecutkan rahim dan mengurangkan risiko tumpah darah
  • mengurangkan risiko mendapat kanser payudara & ovarimempercepatkan proses penurunan berat badan jika disertai dengan senaman
  • boleh menjarakkan kehamilan sehingga 6 bulan pertama selepas bersalin
  • mengurangkan tekanan selepas bersalin
  • mengurangkan risiko kerapuhan tulang di kemudian hari
  • susu ibu sedia diminum, tidak perlu dibancuh
  • menjimatkan, tidak perlu dibeli
Image result for PANDUAN PENYUSUAN SUSU IBU (BAHAGIAN 1)
Masih ada antara kita yang mak mak nie tak pasti mengapa bayi mereka menangis ... Aku pun kadang-kadang confuse jugak ... ehh... Bayi nih nangis sebab apa ? Ngantuk ? Lapar ? Sakit ? Masalah nie agak mencabar terutama bagi mereka yang baru nak menjadi ibu ... Korang kena bersedia mental dan fizikal tau bila dah nak jadi mak ... Korang boleh mengenal pasti tanda-tanda awal bayi tu nak menyusu... bila dah nampak tanda-tanda tu cepat-cepat lah susukan baby korang sebelum dia orang menangis ... Nanti dengan korang-korang sekali nangis plak ... Memula memang agak kelam kabut ... Tapi dah lama-lama nanti, Insyaallah akan ok ...

Tanda-Tanda Bayi Ingin Menyusu

  1. Pergerakkan mata yang kerap semasa mata bayi masih tertutup
  2. Mulut dibuka, lidah dijelir dan kepala menoleh-noleh mencari payudara
  3. Bunyi merengek
  4. Menghisap dan menggigit tangan, jari, selimut, kain, atau objek yang dekat dengan bibir
  5. Bayi menangis dengan kuat, menggeliatkan badannya
Kalau bayi dah kenyang nanti bayi akan melepaskan puting payudara ... Mak mak mesti perasan masa sebelum menyusu tu badan bayi agak tegang, tapi bila bayi dah kenyang badan bayi akan lebih relaks ... Sesetengah bayi akan berterusan menghisap sehingga tertidur ... Biasa nyer aku akan bagi bayi tidur agak nyenyak dulu, baru lah aku lepaskan puting payudara dari mulut bayi ... Selamat mencuba lah mak mak semua, semoga berjaya dan jangan mudah putus asa ...

Kebetulan masa aku tengah bertapa ari tu ada plak yang tengah jalan kan audit pasal susu ibu kat klinik tu ... Banyak jugak lah maklumat aku berjaya korek-korek daripada dia orang... Nanti aku kongsi kan lagi next entry eak ...



Sumber :
Unit Pemakanan
Pejabat Kesihatan Daerah Gombak











BERTAPA DI KLINIK


Aku hari nie terpaksa bertapa kat klinik... Aku rasa aku dah habis awal datang klinik... Rupa nyer ada manusia yang lagi awal daripada aku... 

Aduhhh... Letih, lesu & lapar dibuat nyer... Kesian Putra... Kelaparan... Ntah apa kena nyer nak mengikut plak... Jenuh pujuk tinggal ngan atuk & uwan... 


Menjelang tengahari,  Putra dah mula meragam, sedangkan urusan masih belum selesai... Alhamdulillah, Janna memberikan kerjasama yang baik... Hari nie baby kena cucuk... Kejap jer nangis... So far,  ok tak demam...

Walaupun rumah hanya sejengkal jer ngan klinik,  Putra ajak makan kat kedai... Aku sebenar nyer malas, tapi mengenangkan Putra, layankan aje lah... Janna syok jer layan tido masa aku ngan Putra lunch... 

Sampai rumah dah nak dekat zohor... Abang Long & Kakak dah pun ke sekolah... Bebudak sekolah pagi pun dah keluar... Sebaik cuaca tak begitu panas... 


Janna sampai sekarang masih lagi layan letih bertapa tadi... Bila lapar jaga lah dia... Kenyang sambung tido balik... Alhamdulillah sihat walafiat... Breastfeeding on demand... Chaiyok... Chaiyok...