Search This Blog

Showing posts with label Selamat. Show all posts
Showing posts with label Selamat. Show all posts

As-Syahid Dr. Mohamed Morsi

Image result for As-Syahid Dr. Mohamed Morsi


Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun.

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali."

(Al-Baqarah 2:156)

Presiden Mohammad Morsi (Mesir) telah syahid kerana berjuang menegakkan agama Islam dan hak umat Islam.

Beliau telah difitnah , digulingkan, dizalimi dan disiksa oleh si Yahudi Zionis laknatullah yang bernama El-Sisi dan Amerika Syarikat dan Israel.



Beliau bukan sahaja berjaya dalam bidang pendidikan dunia tetapi turut terpilih sebagai al-huffaz, penghafal alQuran.

Ternyatalah selain dari menjadi pemimpin politik yang hebat, beliau juga merupakan seorang profesional ummah yang disegani ramai.

Semoga Allah menempatkan ruh Almarhum Mohamed Morsi, Bekas Presiden Mesir bersama para anbiya, marilah kita semua berdoa untuk beliau yang sanggup syahid semata-mata kerana cintakan Allah dan RasulNya.

SALAM AIDILFITRI 2019


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Ceria tak bererti tiada duka.
😢😢😢 
Raya pertama tanpa Abah. Sayu sangat. Al-Fatihah.

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat anda semua ... Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...





Ulama Tersohor Ustaz Abu Hassan Din Meninggal Dunia


Innalillahiwainnailaihirojiun

Menerima berita seorang lagi ulama tersohor negara, Dato’ Sri Ustaz Abu Hassan Din Al Hafiz telah kembali ke rahmatullah.

Beliau seorang yang banyak menyumbang jasa dalam dakwah Islam dan mendidik masyarakat.

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman bersama para Syuhada. Moga Allah kurniakan sebaik-baik ganjaran buat beliau.

Salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga beliau.

Al Fatihah.

HAPPY BIRTHDAY TO ME

Gold Glitter 42nd Birthday GIF

Pejam celik pejam celik dah 42 tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... 

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... 

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Juga anak yang baik buat kedua ibubapa... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

😝😱😱😱😝
Woiiittt... 
Dah tua lah... 
😅😭😭😭😅

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Happy Birthday To Me ... "Thank you, Mom for giving birth to this wonderful child" 😘😘😘 


SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-12 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah. Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil. Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai. Yang paling penting Jangan Lupa Solat.

Sangat suka beriadah. Yeeaayyy UPSR & PSRA dah tamat. 

Semoga berjaya mencapai apa yang dihajati. Ibu sokong jer mana yang betul. 


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

Doakan Untuk Abang Long & Abang Ngah


  
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Seperti yang semua tahu mulai minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan berlansung peperiksaan-peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Bermulalah UPSR, UPKK, PSRA, PT3, SPM,  STPM dan sebagainya. Abang Long akan menduduki PT3 manakala Abang Ngah akan menduduki UPSR & PSRA. Doakan kejayaan dunia akhirat mereka berdua dan juga semua pelajar yang lain. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2018

Hai kengkawan. Minggu depan akan bermula lah Peperiksaan UPSR 2018 di seluruh negara. So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar. Actually semalam lagi dah start UPSR tapi utk SJKT & SJKC. 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah.

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

SELAMAT HARI LAHIR BIGBOSS



Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …


Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Melindungi, Berilah keberkatan dalam setiap langkah perjalanan dan kerja yang kami lakukan hari ini. Lindungi kami, anak-anak kami dan keluarga kami daripada segala bahaya dan penyakit. Engkau Maha Pemberi, berikan kami rezeki yang melimpah ruah melalui jalan yang disangka atau tidak disangka-sangka yang penuh barakah... Ya Allah... Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.







SALAM AIDIL ADHA 2018


Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL dikala itulah bermula sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...



Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

SALAM AIDILFITRI 2018M/1439H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...

#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForQatar
#PrayForMalaysia
#MalaysiaSejahtera

Janna Iman Dah Setahun

Selamat Hari Lahir Janna Iman... Genap setahun dah hari nie... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu... Alhamdulillah membesar bagai johan, walaupun saiz kecil molek, tapi sel-sel otak berhubung dengan jayanya... 

Perkembangan yang amat cepat aku rasa... Belum setahun dah pandai jalan... Sekarang nie makan buah or biskut semua nak pegang sendiri... Gigi pun dah banyak, gigit pun sakit woo... Sifat takut ngan orang tu masih ada... Alhamdulillah masih meneruskan penyusuan susu ibu, Insyaallah akan berjuang hingga akhirnya... 

Curi-curi menggayakan spek mata Putra...

Aktiviti memanjat tangga di rumah uwan... Masa nie belum pandai berjalan lagi... Kegemaran dia lah tu, jenuh nak perati sepanjang masa, takut terjatuh... 

Nie masa memula nak berlatih berjalan... Hahaha, excited bukan main yang lain tu... 

Dah start memanjat sofa, jenuh kena perhati sepanjang masa... 

Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat... Kau jadikanlah dia anak yang solehah, yang menjaga solat dan agamanya... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Kisah-kisah Janna sebelum nih dari dalam kandungan sehinggalah menjenguk dunia... 
⬇⬇⬇







SELAMAT HARI GURU 2018


Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas, Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi, UM dan Universiti Malaya...



Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ...

Tidak lupa juga para guru di Sek. Men. Keb. Gombak Setia, Sek. Keb. Gombak Setia, Sek. Agama Al-Hilaliah dan  Tadika Sempurna yang telah mendidik anak2 ku... Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat... Sampai bila-bila... Terima kasih, Selamat  Hari Guru...

Moga Allah merahmati kalian semua di atas segala usaha guru dan para pendidik….

SELAMAT HARI LAHIR PUTRA AL AMIN

Foto Hani Rahman.
Selamat Hari Lahir Muhammad Putra Al Amin ... Alhamdulillah, bbeberapa hari lepas genap lah usia Putra lima tahun ... Semoga sentiasa sihat dan ceria selalu ... Ya Allah, Kau terangilah hati anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah dia anak yang soleh, yang menjaga solat dan agamanya ... Menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Ameen ...

Foto Hani Rahman.

Foto Hani Rahman.

Seperti biasa tiada sambutan secara rasmi... Tapi semalam berkesempatan belikan Putra mainan dinosaur nih... Memang dah lama dia nak beli dinosaur besar nih.... Sampaikan dua tiga minggu lepas gaduh ngan anak jiran sebelah berebutkan dinosaur budak tu... Maka semalam kebetulan jumpa kat pasar malam, maka dah tak gerak-gerak dia dari kedai tu ... Maka haruslah dibeli sebelum hujan lebat turun...Hasi nyer terserlah senyuman sampai ke telinga...

Alhamdulillah ...

Happy Anniversary Mak & Abah


Alhamdulillah... Semalam genap 46 tahun usia perkahwinan MakAbah... Kami adik-beradik berkesempatan meraikan mereka berdua... Aku ngan Along jer yang ada... Yang lain memasing ada hal... Yang meramaikan adalah anak-anak kami... 

Alhamdulillah... Selamat Ulangtahun Perkahwinan... Dah 46 tahun ... Semoga sentiasa dibawah rahmat Ilahi

Bersama sebahagian daripada cucu...

Semoga MakAbah dikurniakan kesihatan yang baik... 

Laksa

Baked Pasta... Laku keras...

Alhamdulillah... 

#happyanniversary 
#bersamaselamanya  
@ Jalan Madrasah, Gombak Setia, Kuala Lumpur


Selamat Hari Wanita


Assalamualaikum WANITA HEBAT semua... Selamat Menyambut Hari Wanita hari ini...

🎀 Wanita hebat bukan karena dia cantik
🎀 Wanita hebat bukan karena dia kaya
🎀 Wanita hebat bukan karena dia pintar 
🎀 Dan bukan pula karena disampingnya ada lelaki kacak dan kaya
     
*Tapi wanita hebat adalah*:
🎀 Wanita yang mampu terus berdiri  menyelesaikan masalahnya
🎀 Mampu berdoa dan percaya kepada Allah sumber kekuatan
🎀 Wanita hebat melukis kekuatan melalui proses kehidupan
🎀 Bersabar saat tertekan
🎀 Tersenyum saat hati menangis
🎀 Diam saat terhina
🎀 Mempesona karena memaafkan
🎀 Mampu membalut luka hati dengan sabar
🎀 Mampu memadam amarah dengan istighfar
🎀 Mampu menghapus dendam dengan maaf.

🌸Selamat Hari Wanita🌸
😃😃😃

HAPPY BIRTHDAY TO ME


Pejam celik pejam celik dah 41 tahun aku bernafas di atas bumi milik Allah swt ... Alhamdulillah kerana masih bernafas untuk bersama orang-orang yang aku sayang terutama keluarga aku ... Syukur masih diberikan kesihatan yang baik untuk menjalani kehidupan ini ... 

Alhamdulilah masih dipanjangkan usia untuk memperbaiki apa yg lemah pada aku ... Doakan agar aku sentiasa meletakkan peraturan Allah dalam kehidupan ini ... 

Semoga Allah memberkati kehidupan aku di dunia dan akhirat ... Semoga dapat menjadi isteri yang solehah :-p dan ibu yang baik untuk anak-anak ... Juga anak yang baik buat kedua ibubapa... Pada semua terima kasih kerana sudi menjadi kawan ...

Ahahaha ...

Duhai diri ... Ingatlah saban waktu kematian semakin rapat menjengah ... Tingkatkan amal seiring bertingkatnya umur ... Insyaallah ...

😝😱😱😱😝
Woiiittt... 
Dah tua lah... 
😅😭😭😭😅