Search This Blog

Bunga Merah Punya ...

Layannzzz ...

Khamis, TV9, 8.30 mlm ... Drama yang melibatkan pelbagai  mainan emosi yang melibatkan percintaan, persahabatan dan kehidupan ...

Kisah mereka bermula apabila Merah yang dijaga oleh Tok Baen semenjak usia 3 tahun telah menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh seseorang di depan rumahnya. Tok Baen mengasuh bayi perempuan itu dan diberinya nama Bunga. Kehadiran Bunga merubah semula kemurungan Merah menjadi ceria. Merah sangat menyayangi Bunga.  Kedegilan Merah yang tidak mahu ke sekolah dan tidak mahu dimarahi lagi oleh Tok Baen telah menyebabkan Merah lari daripada rumah dan tidak pernah kembali. Setelah melarikan diri dan meningkat dewasa, Merah mula mengenali Itam dan mereka mencari rezeki sebagai penghibur jalanan.  Merah dan kawan-kawannya sering berkunjung ke kopitiam milik Pakcu. Pakcu sudah menganggap mereka bertiga seperti anak sendiri.  Hampir setiap hari juga mereka bertiga akan menghiburkan para pelanggan yang hadir ke kopitam Pakcu dengan petikan gitar dan nyanyian mereka. Tanpa diketahui Merah, Bunga rupanya menyewa bilik yang terdapat di atas kopitiam milik Pakcu. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Pak Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya. Tetapi adakah Merah mengenali siapa Bunga yang sebenarnya dan dapatkah Bunga menunaikan amanat Tok Baen?

Aku suka lagu dia ... Sampaikan Rindu Ku

Published with Blogger-droid v2.0.10

35 weeks

Most physical development is complete - BabyCenter

So, kira nyer kalau aku terbersalin awal ok lah coz semua nyer dah lengkap ... Risau jugak nih ... Kita nanti kan report base on check-up Isnin; 1 April minggu depan ... Harap-harap ok semua nyer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Irma Hasmie Selamat Melahirkan Anak Pertama ...

Irma telah selamat melahirkan anak pertamanya pada pukul 8.51 pagi tadi ... Irma melahirkan baby lelaki seberat 3.93 kg ...
Comel nyer ... Peh nie giliran Fasha Sanda lak ... Peh tu baru aku lak kut ...
Semoga dipermudahkan segala urusan ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Sebenarnya, Saya Isteri Dia Didramakan ...

Diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama nih akan ditayangkan di slot drama TV3 Zehra bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam. Tak sabar lak rase nyer, coz aku ada novel nih n memang best pun ...

Karya Zura Asyfar ini adalah kisah perkahwinan paksarela demi menjaga maruah keluarga.

Drama nih akan dibarisi pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul),
Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).

Sebenarnya, Saya Isteri Dia ...

Meh ler tengok ramai2 ... Mana lagi best, drama ker novel eakk ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Segalanya Mungkin - Nieya Jalies

Dah seminggu aku habis baca novel nih ... Cuma xde masa nak review ... Bagi aku novel nih best jugak ... Okeylah bagi seorang penulis baru ... Novel nih berkisahkan tentang perkahwinan yang terpaksa ... Kira macam paksa rela lah coz mengikut cakap ibubapa ... Bila dah kahwin tu memula tak suka, benci, menyampah ... Lelama, eeehhh jatuh cinta plak ... Bagi aku kisah macam nih dah banyak dinovelkan ... Cuma jalan cerita nye lain lah skit ... Antara novel yang aku ada n kisah nyer lebih kurang :- Sebenarnya, Saya Isteri Dia & Takdir Itu Milik Aku ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bahan Bacaan ...

Haa ... Nie lah bahan bacaan terbaru ... Tak tau bila nak start ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berhujung Minggu di Pusrawi ...

Mak ngan Abah masuk hospital ... Suspek keracunan makanan ... Cirit-birit n muntah-muntah ... Mungkin sebab dah berumur lambat ler skit nak sembuh ... Setakat entry nih ditulis pun masih di Wad Kecemasan ...

Semoga cepat sembuh ... Semoga dipermudahkan segala urusan ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Wahai Mereka Yang Memimpin

Saban hari kunanti,
Munculnya ia tidak kupasti,
Diriku masih mencari,
Apakah kumasih bermimpi?
Dunia yang penuh dengan pancaroba.
Dunia saya, dunia anda.
Destinasi kita sama.
Biarpun perjalanan kita berbeza.
Kita berpandukan dengan cara yang sama.
Terpulang ke atas diri kita.
Apakah kita hendak menghayatinya.
Ataupun kita sudah jauh,
jauh bersama mereka yang berpaling daripada-Nya.
Siapakah kita?
Kenal entah tidak.
Segelintir sahaja yang berkemahuan.
Berusaha mencari asal usulnya.
Mengingati.
Tidak melupainya tatkala ujian mendatang.
Datangnya ia.
Nikmat tidak tertadah tangan.
Dijadikannya, penggelap hati.
Hilang entah ke mana.
Laluan yang lurus ke arah-Nya.
Sia-sia sudah.
Ke manakah mereka pergi?
Menjadi tunjang yang tidak berisi.
Akar hanya menurut.
Daun-daun luruh ditiup angin.
Kami menuruti.
Mata dikaburi.
Wahai mereka yang berkuasa!
Salah caturan kami merana.
Maruah agama terkena.
Kalian sedarkah?
Keadaan anak-anak yang tak kemana.
Tujuan tiada.
Hilang akal dibawa dunia.
Sedarkah kalian?
Tanggungjawab bukan permainan.
Amanah jangan digadai.
Membentuk pemuda, menjadi keutamaan.
Kenali Allah, kenali agama.
Kami merayu! Kami merintih!
Sedarkah kalian?
Kami sudah terkandas.
Sedarkah kalian?
Senang di atas.
Pasti susah dikemudian hari.
Di manakah konsep Islam yang ditunggu oleh kami? Mengapa liberal yang menjadi pilihan? Tidak takutkah? Tidak takutkah azab Allah yang pasti? Jangan sekali-kali dicabar kuasa-Nya.
Hari demi hari, saya menunggu untuk munculnya seorang pemimpin yang dapat memimpin ummah zaman ini. Lihat sahaja di sekeliling. Perpecahan berlaku tanpa kita sedari. Ramai sudah yang tergelincir dari landasan yang sebenar. Keutamaan memegang al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan utama semakin dilupakan dari sehari ke sehari. Undang-undang dunia pula diangkat menjadi undang-undang pentadbiran.
Hampir setiap kali saya bersua dengan masyarakat Islam di luar sana, sebut sahaja nama Malaysia, layanan terbaik akan diberikan kepada kita. Pujian demi pujian datang dari lidah mereka. Mengatakan bahawa negara kita adalah contoh negara Islam yang terbaik zaman ini. Senyuman mudah terukir di bibir, tetapi hati berkelakuan sebaliknya. Layakkah kita untuk mendapat pujian seperti itu?
Lihat sahaja anak-anak muda masa kini. Mereka ini yang bakal mentadbir negara kelak. Sering kali saya berfikir, apakah ada dalam kalangan anak-anak muda Islam pada masa kini, ada yang akan bangkit lalu memimpin kami? Dan mengubah apa yang sepatutnya, menuju ke jalan yang benar. Saya takut, di mana berkemungkinan satu hari nanti, mereka yang bukan beragama Islam yang akan memimpin dan mentadbir. Malah, kedudukan kita sudah terumbang-ambing, dan boleh jatuh pada bila-bila masa. Dek arus pemodenan, kemewahan dunia, kekuasan dan pangkat, yang lemah semakin ditindas, yang alpa bermaharajalela.
Saya kira, jika bukan sekarang untuk kita berubah, bila lagi? Jangan disangka esok masih ada peluang.
Tidak akan ada Islam jika tiada jemaah, tidak akan ada jemaah jika tiada pemimpin, dan tiada pemimpin jika tiada ketaatan.
Dan semestinya, ketaatan itu perlu datang daripada ummah kepada pemimpin-pemimpin yang memperjuang agama yang tercinta di samping memperjuangkan negara. Rentetan itu, terbentuklah yang satu jemaah, yakni jemaah Islam yang bersama-sama memperjuangkan agama!
Sumber : iluvislam.com
Published with Blogger-droid v2.0.10

Hak Seorang Anak


Untuk panduan/peringatan buat  diri sendiri ...

*************************
'Hak', hanya tiga huruf namun memberi makna yang sangat besar.
Jika salah percaturan, kita akan disoal di akhirat kelak berkaitan soal  hak ini.
Hak ini bukan sahaja diharuskan malahan wajib dilaksanakan oleh  setiap ibu bapa. Mungkin ramai yang sudah tahu, tapi apa salahnya kalau kita ambil tahu sekali lagi.
Saya percaya kita semua bakal menjadi ibu dan bapa suatu hari nanti. Jadi sedikit sebanyak kita kenalah tahu berkenaan hak anak.
Saya mohon untuk tidak persoalkan apa yang telah ibu dan bapa kita lakukan (mungkin tidak menepati apa yang kita mahu, jika kita ada alternatif lain untuk menjadi lebih baik, ikutlah yang baik itu) jadi kita praktikkan kepada bakal anak-anak kita. insyaallah..
Sabda Rasulullah saw :
" Di antara tanggungjawab ibu bapa terhadap anaknya ada tiga iaitu pertama memberikan nama yang baik , kedua, mengajarkan tulisan (ilmu dan adab ) dan ketiga mengahwinkan apabila telah baligh".
01. Berikan nama yang baik kepada anak-anak. Berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh seorang pengkaji Jepun (Dr. Masaru Emoto) telah melakukan ujikaji terhadap molekul-molekul air. Apabila didekatkan kalimah-kalimah yang baik kepada molekul-molekul air tersebut maka molekul-molekul yang terhasil adalah sangat cantik manakala apabila didekatkan molekul-molekul air dengan kata-kata yang tidak elok atau kata-kata kesat maka molekul-molekul air tadi berubah menjadi sangat buruk dan hodoh. Ini menunjukkan bahawa tindak balas molekul air terhadap kalimah-kalimah yang baik adalah positif dan sebaliknya.
Badan kita kita juga terdiri daripada 70% air (darah). Secara logiknya apabila kita memberi nama yang baik kepada anak-anak diambah pula dengan asuhan yang yang mengikut acuan Islam maka insyaAllah, anak-anak yang didik akan menjadi pejuang di jalan ALLAH. 
02. Adalah tanggungjawab ibu bapa untuk mengajarkan ilmu dan adab kepada anak-anak. Ilmu, maksudnya di sini ibu bapa memberi pendidikan kepada anak-anak (fardu ain dan fardu kifayah).
Sekarang ni pun, kerajaan telah menetapkan supaya setiap anak yang berusia 7 tahun di hantar ke sekolah rendah.
Bagi ibu bapa yang ingkar boleh dikenakan hukuman penjara atau denda sehingga RM 5000 (Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Noh Omar pada ketika itu tahun 2006).
Bukan sikit denda yang dikenakan, nilainya boleh buat bayaran permulaan untuk membeli kereta.
Adab pula merujuk kepada perbuatan yang baik berhubung dengan percakapan, perbuatan mahupun amalan.
Adab juga boleh diertikan sebagai akhlak mulia atau baik. Akhlak yang baik adalah bukti kukuh keluarga yang mulia.
 Sabda Rasullullah
 "Sesungguhnya seseorang kamu yang mengajar adab kepada anaknya adalah lebih baik baginya daripada beliau bersedekah setengah gantang setiap hari."
03. Mengahwinkan anak apabila telah baligh. Bila ibu bapa mendapat si anak sudah cukup syarat untuk bergelar isteri atau suami maka si ibu dan bapa bolehlah mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang sekufu yang dinilai dari 4 perkara iaitu agamanya, keturunannya, rupanya dan hartanya.
Baru-baru ni dalam perbualan telefon dengan seorang sahabat. Biasalah di kala usia sudah melangkah ke alam awal dewasa persoalan nikah kahwin ini tidak lari dari topik perbualan.
Kata beliau, 4 perkara yang menjadi penetuan pemilihan jodoh adalah rupa, harta, keturunan dan agama. Dalam zaman serba canggih dan dunia tanpa sempadan hari ini.
Rupa, yang kurang cantik boleh menjadi cantik. Yang kurang handsome boleh menjadi handsome kerana begitu banyak produk kecantikan yang dijual di pasaran.
Harta, harta boleh dicari dengan kepesatan teknologi dan ilmu. Banyak perniagaan yang boleh diceburi jika mahu apatah lagi kini banyak peluang-peluang perniagaan yang muncul bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Tambahan pula 9/10 pintu rezeki adalah daripada berniaga.
Keturunan, keturunan atau nasab yang ada pada hari ini sudah banyak yang bercampur-baur. Yang berketurunan Syed mahupun Sharifah juga sudah banyak yang berkahwin dengan orang biasa, yang kerabat diraja juga dah banyak yang berkahwin dengan rakyat jelata.
Agama, jadi yang tinggal hanyalah AGAMA yang menjadi kayu ukur dalam pemilihan pasangan.
Oleh itu, ibu dan bapa wajib mengahwinkan anak mereka dengan pasangan yang tepat.
Rasulullah saw pernah bersabda yang maksudnya:
"Sesiapa yang mengahwinkan akan perempuannya dengan lelaki yang fasik maka sebenarnya dia telah memutuskan silaturrahim dengan anaknya."
Rasulullah saw bersabda lagi:
"Jika datang kepada kamu pinangan daripada seseorang lelaki yang kamu redha terhadapnya agama dan akhlaknya, hendaklah kamu terima. Kalau kamu menolaknya, padahnya adalah fitnah dan kerosakan di muka bumi."
Hadis ini lebih merujuk kepada anak gadis, namun kepada si lelaki janganlah kamu menjadi lelaki yang fasik itu.
Namun kita sebagai seorang anak pasti ini yang kita mahukan.
Wahai ayah dan ibuku,
Berikan daku makanan daripada sumber yang halal.
Sihatkan dan suburkan tubuhku dengan beridah bersama
Hindari daku daripada segala bahaya terutama azab neraka
Awasi kecenderunganku agar selari dengan syariat
Pastikan ilmu fardhu ain daku sempurna
Dorongilah daku agar memiliki akhlak yang terpuji
Nasihatilah daku dalam menjauhi sifat yang keji
Tanamkan rasa bertuhan dan kehambaan di dalam hatiku
Suburkan kecintaanku kepada Allah
Didiklah daku dengan sunnah Rasullullah
Bimbinglah daku dengan ajaran Islam yang lengkap dan sempurna
Latih dan Jadikan daku Pejuang Kebenaran
Ingatkan daku peranan sebagai khalifah Allah SWT di dunia
Doakan daku semoga menjadi anak yang soleh dan solehah.
Doakan semoga kita akhirnya berjumpa lagi di Syurga Allah.
*************************
Semoga memberi manfaat ...
"Ya Allah, aku berjanji kepadaMu, anak ini akan ku didiknya menjadi seorang insan yang beriman dan bertakwa kepadaMu ya Allah. Insya,Allah. Itu janjiku padaMu!!
Published with Blogger-droid v2.0.10

Check-up 33weeks

Seperti biasa pagi nih kena gie check-up untuk minggu yang ke-33. Sebelum ke hospital hantar bebudak sekolah dulu. Hantar Danial ke Sekolah Agama, dia ada exam Bahasa Arab n jawi hari nie ... Peh tu hantar Fatiha gie Tadika lak ... Senget-senget muka, maklum ler cuti lama, sakit mata minggu lepas. Peh tu meneruskan perjalanan ke hospital, walaupun x jauh mana tapi kete banyak, biasalah KL ... Patients lak ramai, lama gak menunggu giliran ... Result gula tadi ok, dah turun to 4.2 ... Alhamdulillah ... Berkesan jugak cara berpantang aku tu ... Hasil tunjuk ajar adik ipar aku ... Hehehe ... Berat baby dah 2kg, so far nampak ok ... Wallahhua'lam ... Harap2 xde ape2 yang serius berlaku ... Dr. kate kemungkinan waterbag boleh pecah or kemungkinan bersalin awal tu ada ... Baby plak masih boleh berenang-renang kat dalam nih (floating) ...

Ya Allah Ya Tuhanku ... Semoga dipermudahkan segala urusan hamba Mu ini ...

Ermmm ... Nak buh nama ape eak ? Cadangan2 ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Hasil Rembatan ...


Lepas sarapan kat luar pagi tadi, tak tau nak ke mana ... Last2 sampai lagi kat Wangsa Walk ... Apa lagi, ke Popular lah kami anak beranak ... Gambar kat atas tu hasil rembatan aku kali nih ... Kalau ikutkan banyak jugak novel2 lain yang menarik, tapi kena lah pikir anak2 jugak ... Dia orang pun merembat sorang satu ... Big Boss pun sama ... Huhuhu ...
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bahagia Yang Diredhai-Nya ...

Hidup bererti ujian. Namun, ia bukan penamat kehidupan. Panjatkan doa kepada-Nya. Mohon jadikan setiap ujian sebagai pencetus semangat untuk terus mara mencapai bahagia yang diredhai-Nya

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahat Datu 3

Genjatan Senjata Di Tolak Malaysia!!

Baru tadi Sultan Sulu, Jamalul Kiram III mengumumkan bersetuju untuk "Letak Senjata". Namun dikhabarkan pihak Keselamatan Malaysia telah menolak "genjatan senjata" tersebut kerana Malaysia bukan berada dalam situasi berperang dengan penceroboh dari Sulu. Pasukan Keselamatan kita hanya mempertahankan kedaulatan Negara Malaysia!

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menegaskan tawaran gencatan senjata pengganas Sulu tidak diterima kerajaan Malaysia kecuali semua mereka menyerah diri tanpa syarat.

"Jangan percaya dengan tawaran gencatan senjata oleh Jamalul Kiram. Demi kepentingan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia, hapuskan dulu semua militan," - Dalam tweet terbaru beliau!

Dalam pada itu, Berbagai pihak mendakwa bahawa gencatan senjata penceroboh tajaan Jamalulul Kiram III hanya helah dan tipu muslihat, kumpulan itu, untuk menyusun strategi menyerang balas pasukan keselamatan negara.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Panggil Aku Kiah ...


Aku pinjam novel nih daripada adik aku ... Dah lama keluar dah novel nih, tahun lepas lagi, tapi aku x sure bulan berapa ... Kisah pasal perbezaan darjat menjadikan pegangan hidup manusia semakin rapuh ... Namun begitu tak ada manusia yang bebas dari kesilapan dan dosa ... Dari kesilapan, manusia boleh berubah  menjadi lebih baik. Insyaallah ...
"Hidup ini bagaikan roda, tak selamanya kita mendabik di atas ... "
Published with Blogger-droid v2.0.10

Bila Allah Sentuh Hati Dengan HidayahNya

 Untuk panduan/peringatan buat  diri sendiri ...
 
*************************
 
Hidayah itu adalah milik Allah Yang Maha Kuasa. Hanya Dia yang mempunyai kuasa veto berhak memilih siapa sahaja hambaNya untuk diberikan hidayah, berjalan dijalan Islam yang sebenar. Bersyukurlah dengan sepenuh hati milikNya itu andai terasa diri sudah diberi hidayah dariNya. Tiada siapa yang dapat merasainya kecuali dirinya yang telah dipilih Allah itu. Subbhanallah, hebatnya Dia.

Allah, segala pujian hanya untukMu. Tidak puas memuji Dia. Syukur tidak terhingga. Alhamdulillah ya Allah. Andai aku antara orang yang telah dipilihNya, berilah aku kekuatan untuk meneruskan perjalanan ini. Pastinya pahit, namun kaki harus terus melangkah. Pujian hanya untukNya lagi, Tuhan Yang Maha Hebat. Melihat insan-insan sekeliling yang telah diketuk hatinya dengan hidayahMu. Allah..Allah..Allah.. Andai dulu dia seorang yang panas baran, sekarang seperti telah menjadi insan lain. andai dulu dia seorang yang tidak menjaga solat, sekarang menjadi gelisah jika terlewat melakukan solat. Andai dulu dia merempit, sekarang dia telah bergelar ustaz, memberi ceramah di masjid-masjid.. Subhanallah.. Hebatnya Allah... Hebat hidayahNya.. Hanya dengan setitis hidayah, mampu mengubah seseorang menjadi orang yang berbeza... *sebak*

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang telah Engkau kurniakan nikmat kepada mereka; bukan jalan orang-orang yang dimurkai dan bukan jalan orang-orang yang sesat.
(Surah al-Fatihah, Ayat 6-7).

Dalam diri setiap insan itu pasti ada terdetik niat ingin berubah. Ini kerana fitrah manusia adalah baik. Semua manusia inginkan kebaikan. Carilah hidayah Allah itu..



Benar, hidayah itu milik Allah, namun sebagai hamba kita tidak boleh hanya dengan menunggu hidayah itu datang. Usaha mencari hidayah itu perlu dilakukan!

Bagi yang telah diberi pertunjuk olehNya untuk berubah, teruskan istiQomah, insyaAllah Allah sentiasa bersama. Pahit dalam perjalanan adalah lumrah kerana mahar untuk ke syurga bukannya murah, ia perlukan mujahadah! dan mujahadah itu pahit, kerana syurga itu indah :) moga kita diberi tempat disana nanti, Ameen..

Usah merasa rebah andai ada yang cuba menjatuhkanmu. Itu mungkin salah satu ujian dari Allah. Ingatlah, orang beriman itu pasti akan sentiasa diuji imannya. Yakinlah akan janji Allah, kuatkan diri anda. Allah sentiasa bersama :)

Insan sekeliling, ibubapa, saudara mara, sahabat handai.. Andai ada insan di sekelilingmu yang telah kau sedari perubahan mereka, berilah sokongan. Jangan pula bekerjasama dengan syaitan laknatullah menjatuhkan mereka. Andai hati anda masih belum disentuh, berdoalah, letakkan sepenuh harapan kepada Allah, cari jalan untuk mendapat hidayahNya.

Perubahan bukan menyuruh kita berubah dengan mendadak, insyaAllah berubahlah sikit-sikit, dari sikit itulah ianya akan menjadi banyak. Mulalah dengan meninggalkan segala yang dilarang, melakukan segala yang dikehendaki, mendirikan solat lima waktu, bersedekah, membuat baik kepada yang muslim dan bukan muslim, menyibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat dan sering menghadiri majlis ilmu serta terus memohon doa kepada Allah agar diberikan hidayah, berdoa dan terus berdoa kepada Allah supaya diberi kekuatan untuk menepis segala hasutan syaitan dan godaannya.

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa-apa yang pada diri mereka "
QS 13:11

Marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari hidayahNya, moga Allah merahmati kita semua, Ameen ya Rabb.

Wallahua'lam.

Doa Apabila Berhadapan dengan Perkara Rumit dalam Rumah Tangga

Sahabat2 semua ... 
Doa nih boleh lah diamalkan jika menghadapi masalah rumah tangga ... 
Harap dapat membantu 

قَالَ رَبِّ احْكُمْ بِالْحَقِّ ۗ وَرَبُّنَا

الرَّحْمَٰنُ الْمُسْتَعَانُ عَلَىٰ مَا

تَصِفُونَ 

Qala rabbi ohkum bialhaqqi warabbuna alrrahmanu almustaAAanu AAala ma tasifoona

Maksudnya: 
“Wahai Tuhanku, hukumlah (antara kami dan mereka) dengan yang benar dan Tuhan kami yang Memberi Rahmat-Nya yang dipohonkan pertolongan-Nya terhadap apa yang kamu sifatkan itu.” 
(Surah al-Anbiya’ 21:112)

Amalan

Daripada Qatadah, beliau berkata bahawa Nabi Muhammad SAAW diajar oleh Allah s.w.t. agar berdoa dengan doa ini. Maksud doa ini ialah Baginda sentiasa berada pada pihak yang benar, sedangkan musuhnya sentiasa berada pada pihak yang salah. Maka Baginda diriwayatkan akan sentiasa membaca doa ini ketika bertemu musuh. (Tafsir Ibn Hatim)

Selain membaca doa ini ketika berhadapan dengan musuh, para suami dan isteri juga boleh mengamalkan doa ini ketika berhadapan dengan masalah atau kerumitan dalam rumah tangga seperti kehadiran orang ketiga yang cuba mengganggu gugat keharmonian rumah tangga. Berdoalah agar Allah s.w.t. mengikat hati-hati setiap pasangan agar sentiasa saling mencintai dan menyayangi. 

Dipetik daripada buku  Ustaz Zahazan Mohamed ,

Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari.

(Solusi 40: Misteri Poligami)

Published with Blogger-droid v2.0.10

Lahad Datu 2 ...

Senarai 6 Anggota Polis yang Terkorban di Kampung Sri Jaya Simunul

1. Supt Ibrahim bin Lebar

2. L/Kpl Mohd Azrul bin Tukiran

3. ASP Micheal Padel

4. Sjn/D Baharin bin Hamit

5. Sjn Abd Aziz bin Sarikun

6. Kpl/S Salam bin Togiran

Al-Fatihah & Salam Takziah ...

Lahad Datu - Al-Fatihah

Published with Blogger-droid v2.0.10

Menutup Aurat Itu Seksi?!

Apabila menyebut tentang menutup aurat, maka si penyebut biasa dikaitkan dengan gelaran ustaz, orang alim, orang agama dan sebagainya. Ia seolah menjadi satu frasa yang khusus untuk orang alim sahaja seolah-olah menyebut tentang sesuatu yang diajar didalam agama itu milik orang alim dan bukannya orang Islam.

Aurat dan seksi adalah dua perkataan yang mempunyai banyak hubungan dalam kebanyakan artikel dan penulisan seluruh dunia. Menyebut tentang aurat, pastinya perkataan seksi adalah lawan baginya. Begitu juga apabila menyebut tentang seksi, sudah pasti ia adalah perkara yang membuka aurat. Saya tidak boleh menafikan perkara tersebut. Itulah adalah perkara yang sekian lama bermain di benak semua orang.

Tapi pernahkah anda terfikir bahawa menutup aurat itu seksi? Bagaimana pula menutup aurat boleh menjadi seksi? Bukankah menutup aurat itu bererti menghilang status seksi?
Disinilah ingin saya sampaikan satu skop pandangan seksi terhadap mereka yang menutup aurat dan sebenarnya seksi inilah yang banyak menarik perhatian ramai lelaki tidak kira sama ada mereka mempunyai iman atau lelaki dari golongan 'buaya darat'.
Didalam kajian psikologi, lelaki sebenarnya mempunyai nafsu fantasi lebih kepada wanita yang menutup tubuh berbanding yang membuka dan mendedahkan aurat. Mengapa ia terjadi sedemikian?


Ini adalah kerana sesuatu yang sukar dilihat,tersembunyi atau diperolehi adalah sesuatu yang berharga. Kerana itu kebanyakan blog atau web yang menggunakan topik wanita muslim bertelanjang sering mendapat respon daripada lelaki bukan Islam dari seluruh dunia. Tetapi selalu yang dipaparkan ialah gambar daripada model yang berpakaian ala Islam kerana hakikatnya wanita muslim sejati tidak akan berbuat demikian.

Cuba kita singkap betapa komuniti yang sudah tegar dan agak biasa dengan situasi wanita yang membuka aurat menganggap wanita muslim mempunyai aset yang bernilai kerana menyimpan keindahan kecantikan fizikalnya hanya kepada yang berhak.

Ia sebenarnya adalah konsep nilai yang ada pada amalan itu sehingga amalan menutup aurat yang samasekali berlawanan dengan seksi itu, dianggap seksi pada kelasnya yang tersendiri.

Lelaki barat atau bukan Islam sebenarnya manusia biasa seperti lelaki Islam. Mereka punyai nafsu dan perasaan. Nafsu mungkin menyeronokkan mereka melihat gadis-gadis mereka berpakaian seksi tetapi jauh di sudut hati ada perasaan cemburu bila gadis yang sudah menjadi kekasih atau isteri dipuji orang kerana keseksiannya.

Konsep Islamophobia sebenarnya banyak menutup mulut lelaki bukan Islam di seluruh dunia mengakui bahawa wanita muslim adalah wanita yang paling seksi di dunia. Ini adalah kerana amalan menutup aurat itu begitu istimewa kepada pemilik wanita itu iaitu suaminya kerana hanya dia seorang yang berhak menikmati keseksian isterinya.

Sedar atau tidak, seksi yang ditafsirkan pada mata kepala sedia ada adalah hanya satu perkara yang menarik perhatian berasaskan nafsu. Berbeza dengan seksi dalam ertikata Islam iaitu menarik perhatian seorang lelaki kepada perempuan itu dalam ertikata yang lebih meluas meliputi maruah, ketaatan, kesungguhan memelihara aurat, memelihara kecantikan untuk hanya yang berhak dan sebagainya.

Tiada bezanya tentang perempuan yang menutup aurat dan membuka aurat dari segi fizikal. Mereka tetap berambut, bertangan, mempunyai mata yang cantik, kulit yang tersendiri dan sebagainya. Kecantikan itu tetap sama, sama ada mereka menutup atau membuka aurat. Tetapi nilai itu yang membezakan mereka. Menutup aurat memang susah dan bukannya perkara mudah. Jauh di sudut hati wanita menutup aurat itu, ingin menayangkan kecantikan mereka kerana wanita seksi sering mendapat perhatian. Kerana itulah melawan nafsu dan keadaan itu adalah susah. Kerana itulah juga wanita menutup aurat itu sebenarnya melatih diri menjadi seorang yang sabar, berpendirian, tabah, bermaruah dan tekun kerana kesungguhan melaksanakan perintah Allah ini serta melawan kehendak nafsu sendiri dan nafsu orang lain.

Allah itu Maha Bijaksana. Apabila seorang gadis terlalu cetek pemikirannya mengeluarkan kenyataan sukar untuk menarik perhatian lelaki sekiranya berselubung berbanding memperlihatkan sedikit kecantikan wanita, maka mereka tidak dapat melihat, tarikan itu umpama gula yang menjemput semut. Habis gula semut pun hilang.

Berkasih-kasihan adalah perkara yang datang dengan tanggungjawab. Apabila tarikan yang diberi memperlihatkan tanggungjawab seorang wanita memelihara kecantikan diri dan agama, maka umpan itu ikannya ialah seorang lelaki yang mahukan pasangan yang bertanggungjawab menjaga maruah dan kecantikan keluarga.

Menutup aurat hakikatnya adalah iklan terbaik bagi wanita untuk memperoleh lelaki sedemikian rupa. Soal sikap adalah perkara kedua. Ada yang mengatakan tidak semua wanita membuka aurat itu jahat. Itu adalah hakikat yang benar.

Membuka aurat bukan menggambarkan seorang itu jahat kerana tidak kurang wanita yang menutup aurat yang berhati busuk. Itu adalah soal hati. Tetapi seorang wanita yang baik hati dan menutup aurat itu lebih dipandang mulia kerana mempunyai pakej yang lebih lengkap.

Sepertimana makanan yang terhidang di atas meja tidak bertudung saji, ada kemungkinan lalat datang menyinggah. Pada pandangan mata, mungkin makanan itu telah dicemari lalat. Berbeza dari makanan yang bertudung saji, akan memberikan lebih keyakinan kepada orang untuk menjamahnya.

Usahlah dibangkitkan persoalan adakah wanita menutup aurat itu semua baik, kerana hakikatnya mereka telah membuat kebaikan dengan mentaati perintah Allah.
Tanyalah diri, mengapa aku boleh berbuat baik kepada manusia tetapi sukar untuk berbuat baik kepada Tuhan. Samalah juga jika kita melanggar lampu merah di jalanraya.Bukan semua yang melanggar lampu itu jahat dan bukan semua yang mengikut peraturan itu baik. Namun melanggar peraturan itu tetap satu perkara yang salah. Wallahu'alam.

Lahat Datu - Al-Fatihah ...

Al-Fatihah diucapkan buat anggota yang terkorban dalam insiden di Lahad Datu ... Berikut adalah senarai anggota yang terkorban :

1. Inspektor 17992 Zulkifli B. Mamat (terkorban)

2. Koperal 113088 Sabarudin B. Daud (terkorban)

Semoga keluarga tabah dan sabar..

Published with Blogger-droid v2.0.10

Aurat Lelaki

Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
 
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.

Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?

Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.

Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.

Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.

Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?

Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.

Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.

Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.

Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.

Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas.
Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Pada pandangan penulis, cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam.

Dalam hal ini, alangkah baiknya bagi negeri-negeri yang di perintah oleh Pakatan Rakyat itu menjadi model menganjurkan sukan yang mempunyai konsep pakaian sukan Islam. Jika mereka berjaya, pasti dunia akan melihat dan lambat laun mereka akan mencontohinya.