Search This Blog
WORDLESS WEDNESDAY - 146 | TITIAN CINTA
Patahnya Sebelah Sayap
OST DHIA SOFEA - MERINDUKANMU - D'MASIV
LIRIK LAGU MERINDUKANMU - D'MASIV
Saat aku tertawa diatas semua
Dhia Sofea
Mengisahkan Dhia Sofea (Amyra Rosli) mula mencari siapakah ibu dan bapa kandungnya selepas mendapat tahu dia hanyalah anak angkat kepada Mak Yam (Norlia Ghani). 23 tahun yang lepas, Dhia diserahkan oleh pasangan muda yang tidak dikenali oleh Mak Yam. Wanita itu berkelubung dan tidak kelihatan wajahnya. Lelaki itu pula memberi RM500 kepada Mak Yam untuk menjaga bayi itu dan mereka berdua tidak pernah kembali selepas itu.
Mak Yam membesarkan Dhia seperti anak kandungnya. Din (Syafiq Kyle), seorang anak yatim paitu juga menumpang kasih Mak Yam. Din menyimpan perasaan terhadap Dhia tetapi dia tidak meluahkan isi hatinya apabila Dhia pulang ke kampung bersama teman lelakinya, JJ (Fadlan Hazim). Dhia hanya mempunyai seutas rantai berhuruf M yang dipakai sewaktu bayi dijadikan sebagai bukti sehinggalah dia terjumpa sekeping gambar lama di rumah JJ ketika hadir ke parti hari jadinya. Dhia terkejut apabila JJ memberitahunya bahawa wanita itu ialah ibunya, Lorena (Maria Farida).
Dhia meminta izin daripada Mak Yam untuk tinggal di rumah makciknya, Cik Non (Raja Ema) di Kuala Lumpur. Dhia mencari alasan untuk mendekati Lorena. Apabila Dhia mendapat peluang untuk bertanya Lorena tentang loket rantai itu, Lorena tidak mengaku. Dhia mula putus asa tetapi JJ memujuknya dan berjanji akan menolongnya. Dhia terharu dan terus mencari bukti-bukti.
Lorena mula resah dan dia telah berjumpa dengan kawan baiknya, Dolly (Sharifah Haslinda). Lorena juga tidak mahu kerjaya suaminya, Mahadi (Dato’ Eizlan Yusof) tercalar. Dolly mula merancang sesuatu untuk menghapuskan Dhia supaya rahsia tersebut tidak terbongkar. Berjayakah Dhia menemui siapakah ibu bapa kandungnya? Apakah rahsia yang disimpan oleh Lorena dan Dolly?
Cinta Jangan Pergi ...
Aku tengah layan drama nih ... Antara sebab nyer pelakon2 nyer aku suka ... Antara pelakon yang membintangi drama ini ialah Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Nadiya Nisaa, Josiah Hogan, Bil Azali, Esma Daniel, Ramona Zam Zam, Aleza Shadan dan Kartina Ayoob ...
Sinopsis
Mengisahkan perjanjian manis dua kekasih sehidup semati namun siapa sangka dalam sekelip mata, takdir bakal merubah segalanya. Lea Soraya dan Kalil, dua insan yang tidak pernah bertemu mula menjalin cinta secara tidak sengaja bertembung dalam perjalanan ke Paris. Takdir bagaikan sengaja terus menemukan mereka apabila sekali lagi mereka ke destinasi dan mempunyai tujuan yang sama untuk menjelajah ke seluruh Eropah seorang diri. Mulanya Lea kurang menyenangi kehadiran Kalil yang kelihatan seperti cuba untuk meraih perhatiannya. Tetapi setelah saling mengenali dan menghabiskan masa bersama, bibit-bibit cinta mula terbit di hati dan mereka mula mengikat janji. Kalil akan membuktikan cintanya bukan hanya untuk semusim dan cintanya hanya untuk Lea. Namun siapa sangka, dalam sekelip mata segala yang dirancang berubah tanpa diduga. Dua hati yang bersumpah setia terpisah apabila satu insiden tidak diingini menimpa Kalil.
Saksikan drama Cinta Jangan Pergi pada setiap Sabtu dan Ahad, jam 8.30 malam bermula 6 April 2013.
Layanzzz ...
Bunga Merah Punya ...
Layannzzz ...
Khamis, TV9, 8.30 mlm ... Drama yang melibatkan pelbagai mainan emosi yang melibatkan percintaan, persahabatan dan kehidupan ...
Kisah mereka bermula apabila Merah yang dijaga oleh Tok Baen semenjak usia 3 tahun telah menemui seorang bayi perempuan yang ditinggalkan oleh seseorang di depan rumahnya. Tok Baen mengasuh bayi perempuan itu dan diberinya nama Bunga. Kehadiran Bunga merubah semula kemurungan Merah menjadi ceria. Merah sangat menyayangi Bunga. Kedegilan Merah yang tidak mahu ke sekolah dan tidak mahu dimarahi lagi oleh Tok Baen telah menyebabkan Merah lari daripada rumah dan tidak pernah kembali. Setelah melarikan diri dan meningkat dewasa, Merah mula mengenali Itam dan mereka mencari rezeki sebagai penghibur jalanan. Merah dan kawan-kawannya sering berkunjung ke kopitiam milik Pakcu. Pakcu sudah menganggap mereka bertiga seperti anak sendiri. Hampir setiap hari juga mereka bertiga akan menghiburkan para pelanggan yang hadir ke kopitam Pakcu dengan petikan gitar dan nyanyian mereka. Tanpa diketahui Merah, Bunga rupanya menyewa bilik yang terdapat di atas kopitiam milik Pakcu. Setiap pagi juga Bunga akan sarapan di kopitiam Pak Cu sambil mendengar petikan gitar dan nyanyian dari Merah dan kawan-kawannya. Tetapi adakah Merah mengenali siapa Bunga yang sebenarnya dan dapatkah Bunga menunaikan amanat Tok Baen?
Aku suka lagu dia ... Sampaikan Rindu Ku
Sebenarnya, Saya Isteri Dia Didramakan ...
Diadaptasi daripada novel popular, Sebenarnya Saya Isteri Dia. Drama nih akan ditayangkan di slot drama TV3 Zehra bermula 29 Mac ini setiap Jumaat jam 9 malam. Tak sabar lak rase nyer, coz aku ada novel nih n memang best pun ...
Karya Zura Asyfar ini adalah kisah perkahwinan paksarela demi menjaga maruah keluarga.
Drama nih akan dibarisi pelakon popular seperti Tiz Zaqyah (Syaf), Izzue Islam (Firash/Chad), Qi Qushairi (Haqimy), Uqasha Senrose (Rania), Azlee Khairi (Raimy), Fezrul Khan (Farish), Mustapha Kamal (Datuk Fakhrul),
Wilma (Datin Farizah), dan Marisa Yasmin (Aida).
Sebenarnya, Saya Isteri Dia ...
Meh ler tengok ramai2 ... Mana lagi best, drama ker novel eakk ...
Melayu + Alien ...
Sirrun
Aku tengah layannzzz cerita nih ... Cerita nie berjaya membuatkan aku benci dengan "Beto" ... Eee, geram sangat ... Berlagak macam baik sangat ... Hipokrit ... Penipu ...
_______________________________
Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja.
Masa telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak.
Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?
Pelakon Sirrun : Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.
Sumber : http://www.ceritamaster.com/?m=1
_____________________________
Kalau korang nak layan cite nih boleh ler tengok TV9, setiap Isnin & Selasa, 8.30mlm ...
Laila Asyikin ...
Segalanya hanyalah mimpi indah yang membuaikan. Tidak disangka sama sekali kebahagiaan yang dikecapi hanyalah keasyikan yang memukau sehingga empunya diri tidak sedar bahawa dirinya telah dikhianati oleh suami tercinta. Kini, dia perlu bangkit dan berjuang untuk mempertahankan haknya walaupun perjuangan itu getir!
'Laila Asyikin', drama terbaru terbitan MIG Production untuk slot Samarinda TV3 telah bermula siarannya pada 1 Julai lalu, dan menemui penonton setiap hari Selasa hingga Khamis, jam 10.30malam.
Drama 16 episod ini diarahkan oleh Heykal Hanifah dan skripnya oleh Zarihah Hassan. Siri ini mengetengahkan bakat baru yang semakin menonjol, Nur Fathia Abdul Latiff sebagai watak utama iaitu Laila Asyikin serta dibantu oleh pelakon popular tanahair seperti Fahrin Ahmad, Irfan Roslan, Hamidah Wahab, Fadhil Dani, Hisham Ahmad Tajudin, Zain Ruffedge, Diana Amir, Nurzul Suphian dan Adeline Anthony Tsen.
Laila Asyikin (Nur Fathia Abdul Latiff) berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi tetapi memilih untuk tidak bekerja setelah berkahwin dengan Mikhail (Irfan Roslan). Namun Laila tetap mengambil tahu tentang urusan syarikat peninggalan arwah ayahnya, Datuk Shamsudin, iaitu United Holdings Berhad.
Mikhail pula dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif United Holdings atas wasiat arwah Datuk Shamsudin. Mikhail seorang yang gigih, penyayang dan bijak dalam urusan perniagaan, dan United Holdings berkembang maju di bawah pentadbirannya.
Perkahwinan Laila dan Mikhail kelihatan bahagia dengan kelahiran dua cahaya mata iaitu Laila Huda dan Laila Afifah. Namun, keharmonian kehidupan Laila dan anak-anak berkecai selepas Mikhail terlibat dalam kemalangan jalanraya. Lebih memeranjatkan apabila Sarah (Diana Amir) turut berada dalam kereta tersebut. Sarah meninggal dunia manakala Mikhail pula mengalami kecederaan dan koma selama tiga bulan.
Tanpa pengetahuan Laila, Mikhail telah mengahwini Sarah kerana bersimpati dengan kehidupannya yang miskin. Mereka mempunyai seorang anak lelaki, Irfan yang baru berusia tiga bulan. Enggan berdiam diri dan menyerah kalah, Laila mengambil tindakan segera. Dia mendapatkan hak penjagaan Irfan daripada keluarga Sarah.
Dia juga mengatur strategi untuk menyingkirkan sesiapa yang mahu menjatuhkan syarikatnya dengan sokongan sepenuhnya daripada pembantu khas Mikhail, Remy (Fahrin Ahmad). Kebijaksanaan dan ketabahan Laila menyebabkan Remy dalam diam menyimpan perasaan kepadanya.