Search This Blog

Sirrun


Aku tengah layannzzz cerita nih ... Cerita nie berjaya membuatkan aku benci dengan "Beto" ... Eee, geram sangat ... Berlagak macam baik sangat ... Hipokrit ... Penipu ...
_______________________________
Kisah Sirrun bermula dengan persahabatan dua insan iaitu Laila (Zarina) dan Surina (Anzalna) sejak umur mereka 5 tahun lagi. Mereka berkawan baik walaupun mempunyai perwatakan yang amat berbeza. Surina seorang yang sungguh cantik dan lemah-lembut. Ketika dia kecil, ibu bapanya tidak membenarkan dia bermain di luar kerana sakit asmanya yang teruk. Kawannya ketika itu hanyalah Laila seorang sahaja.
Masa telah berlalu dan Surina kini seorang peguam Syariah berjaya dan isteri kepada seorang jurutera bernama Zaid (Beto Kusyairy). Walaupun berjaya di dalam hidupnya, namun Surina tetap sedih kerana masih belum dikurniakan seorang anak.
Pelbagai cara telah mereka lakukan namun semuanya tidak pernah berjaya. Pada suatu hari, Zaid telah bertemu dengan Laila di Kerteh atas urusan kerja dan dengan tidak disangka, mereka pula telah jatuh cinta! Zaid telah pun memberitahu Laila bahawa dia telah berkahwin tetapi kerana beranggapan cinta itu buta, mereka telah berkahwin tanpa Laila mengetahui siapa isteri Zaid yang sebenarnya.
Kebahagiaan Laila dan Surina kini berada di tangan seorang lelaki. Apakah nasib dua insan yang pernah bergelar rakan baik ini?
Pelakon Sirrun  : Beto Kusyairy, Anzalna Nasir dan Zarina Zainoordin.
Sumber : http://www.ceritamaster.com/?m=1
_____________________________
Kalau korang nak layan cite nih boleh ler tengok TV9, setiap Isnin & Selasa, 8.30mlm ...
Published with Blogger-droid v2.0.9

No comments:

Post a Comment