Search This Blog

Kisah Pengantin Perempuan Menemui Allah Ketika Sujud

Image result for Kisah Pengantin Perempuan Menemui Allah Ketika Sujud


Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya 

Ini merupakan sebuah kisah bagaimana seorang mujahadah yang meninggal dunia pada hari perkahwinannya dalam keadaan sujud dalam solat! Subhanallah! Sesungguhnya mendahulukan Allah dalam apa kerja lain yang sedang dilakukan adalah lebih afdhal. Semoga kita sentiasa berada dalam limpah rahmat Allah SWT. InsyaAllah. Mari kita susuri kisah yang hebat ini.

Selepas melaksanakan Solat Maghrib, dia mulakan make-up pada wajahnya, memakai pakaian pengantin putih yang cantik, mempersiapkan dirinya untuk majlis perkahwinannya sendiri, kemudian dia terdengar azan ‘Isyak dan menyedari bahawa wuduknya telah terbatal. Lalu dia berkata kepada ibunya: “Mak, saya perlu ambil wuduk dulu dan solat ‘Isyak “


Ibunya terkejut: “Apa kamu gila?!! Tetamu sedang menunggu, untuk melihat kamu! Bagaimana dengan make-up? ! Nanti habis dirosakkan oleh air.”

Tambah ibunya lagi: “Sebagai ibu, mak tak izinkan kamu solat sekarang! Wallahi… jika kamu ambil wuduk sekarang, mak akan tetap memarahi kamu.”

Anak perempuannya menjawab: “Wallahi… saya tidak akan pergi dari sini sehingga saya melakukan solat! Ibu sepatutnya tahu bahawa tidak ada ketaatan kepada mana-mana makhluk agar menderhaka kepada Maha Pencipta.!!”

Ibunya berkata: “Apa kata tetamu nanti jika kamu muncul dalam majlis perkahwinan sendiri tanpa make-up?! Tentu nampak hodoh atau tidak cantik di mata mereka! Mereka pasti akan mentertawakan kamu! “

Sambil tersenyum, anak perempuan itu bertanya: “Adakah ibu bimbang kerana saya tidak cantik di mata mereka? Bagaimana pula dengan Maha Pencipta saya? Saya bimbang kerana, jika saya terlepas solat saya, saya tidak lagi cantik di mata-Nya “

Dia mula berwuduk, dan semua make-up pada wajah telah hilang, tetapi dia tidak peduli.

Kemudian dia, di waktu sedang dalam keadaan pengantin, memulakan solat itu dan pada masa dia turun untuk sujud, dia tidak sedar bahawa ia akan menjadi satu sujud yang terakhir!

Ya! Beliau meninggal dunia ketika dalam sujud! Pengakhiran yang besar bagi Muslimah yang berkeras untuk mentaati Tuhannya! Ramai antara mereka yang mendengar cerita ini begitu tersentuh!!

Beliau mengutamakan Allah dan ketaatan kepadaNya sebagai yang pertama dalam keutamaan hidup beliau, jadi pengakhiran terbaik yang dianugerahkan oleh Allah pada mana-mana umat Islam yang layak memilikinya!

Dia mahu menjadi lebih dekat kepada-Nya, maka Allah mengambil nyawanya pada saat di mana umat Islam berada paling dekat kepada-Nya! SubhanAllah!

Dia tidak peduli jika dia tidak indah di mata makhluk, asalkan dia cantik pada Maha Pencipta!

Wahai saudari Muslimah, bayangkan jika anda berada di tempat itu! Apa yang anda akan lakukan? Apa yang anda akan pilih: pujian manusia atau Maha Pencipta?

Wahai sekelian insan! Adakah kita ada jaminan bahawa kita akan hidup untuk minit seterusnya? Jam? Atau bulan?!! Tiada siapa tahu apabila saat mereka akan datang? Atau bila kita akan bertemu malaikat Maut? Jadi, adakah kita bersedia untuk saat itu?

Wahai muslimah! Apa yang anda pilih: bersantai tanpa hijab atau dirahmati Allah dengan memakai hijab?

Adakah kita bersedia untuk menemui Allah tanpa hijab?

[Diceritakan oleh Syeikh ‘Abdul Mohsen al Ahmad’, ia berlaku di Abha (Ibu Negeri Asir di Arab Saudi)]

*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...

Semoga bermanfaat buat kita semua ...


*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

TARIKH KEPUTUSAN UPSR & PT3 2017


Pengumuman:

*Keputusan UPSR*

23 November 2017
Hari Khamis
Jam 10.00 pagi

*Keputusan PT3*

14 Disember 2017
Hari Khamis
Jam 10.00 pagi


PERTANDINGAN PENULISAN KHUTBAH NEGERI SELANGOR 2017


Jabatan Agama Islam Selangor mempelawa orang awam untuk menyertai Pertandingan Penulisan Khutbah Jumaat 2017. 


Tarikh Tutup : 
10 November 2017

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS),
Bangunan Sultan Idris Shah,

Tingkat 1 Menara Selatan

No 2 Persiaran Masjid,
40676 Shah Alam Selangor
Tel: 03-5514 3600/3400 
Fax: 03-5510 3368

SELAMAT HARI LAHIR ABANG NGAH

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-11 DIUCAPKAN KEPADA PUTERA KE-2 KAMI MUHAMMAD DANIAL FATHULLAH B. SHAHDAN


Selamat Hari Lahir Abang Ngah ... Semoga sentiasa sihat n ceria selalu. Abang Ngah dah besar, kena jadi budak baik, dengar cakap ibubapa, jangan cepat marah, hormat orang tua, jangan degil ... Belajar rajin-rajin biar jadi orang pandai... Tahun depan UPSR, kena usaha lebih gigih lagi ... Yang paling penting Jangan Lupa Solat ...

Danial  n Burung Unta ... Berani jugak dia ... Memula jer takut ...

Ke mana-mana pun mesti nak membaca jugak ... Suratkhabar pun jadi ...


Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anakku dalam mendalami ilmu dunia dan akhirat.. Kau jadikanlah mereka anak-anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya.. menjaga kebajikan kedua ibu bapanya.. menjaga kebajikan mereka yang memerlukan.. tidak sombong dan pandai menjaga diri.. Amin ...

CPUV NUFFNANG #134 | CETAPHIL BABY


Haaa yang nie kisah awal bulan nie ... Alhamdulillah, masih kekal bersama #nuffnang ... Kali nie dapat kempen daripada Cetaphil Baby ...


Cetaphil memang terkenal dengan produk kesihatan kulit ... Berpengalaman selama lebih kurang 7 tahun ... So, kali mereka nak promosi produk penjagaan kulit untuk bayi ...

Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Kepada kengkawan yang nak buat duit tambahan... Nak cuba dapatkan kerja-kerja review produk... Korang boleh daftar kat sini... Jom try, tak rugi apa pun ...

>>>KLIK BANNER DI BAWAH<<<

Yang nie plak untuk ulat2 buku... 

Terima kasih #nuffnang
#cetaphil #cetaphilbaby
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct #kolaborasi

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

SABUN PENCUCI CHOMEL

Chomel Baby

Hai kengkawan ... Korang buat ape tu ? Nie nak tanya skit, korang pernah dengar tak pasal jenama kat atas tu ??? Aku pun sebenar nyer baru jer tau ...Meh sini aku nak cite skit ... Skit jer tak panjang pun ... Jom ler baca ...

Korang pun tau kan aku baru beranak kecik ari tu ... Laaa nie Janna dah nak masuk lima bulan ... Tapi aku nih masih menjaga ler kesensitifan Janna nih dengan persekitaran ... Aku masih menggunakan sabun khas untuk bayi ... Sabun cuci baju pun aku masih menggunakan yang memang khas untuk bayi ... Kalau pencuci yang biasa biasa nie banyak bahan kimia yang tak sesuai untuk bayi ...


So, ari tu aku terberkenan nak cuba pencuci daripada jenama Chomel ... Aku guna sabun pencuci pakaian (1 liter) dan sabun pencuci breast pump dan botol ( 1/2 liter) ... Pencuci nie memang sesuai lah untuk Janna ... Sabun nie amat sesuai untuk mereka yang berkulit sensitif ... Mencuci kotoran degil dengan kadar pH yang rendah ... Tidak akan menyebabkan alahan pada bayi ... Walaupun bebas bau tetapi cucian tetap bersih dan lembut ... Sesuai untuk cucian tangan dan juga mesin basuh ...



AWARDS & CERTIFICATIONS

As we’ve mentioned before, we don’t compromise when it comes to the safety, integrity and effectiveness of our products – our certifications and approvals are proof of that. Here are some which we’re most proud of attaining.

Chomel - Terminologically Tested
Chomel - Hypoallergenic
Kalau korang nak tau lebih lanjut lagi pasal produk nih, skodeng ler website Chomel ... Boleh order terus kat situ ...














CPUV NUFFNANG #133 | COSTA CRUISE - AZIE'S KITCHEN


Kisah benar di penghujung September lepas ... Aku masih dapat cpuv daripada #nuffnang ... Alhamdulillah, dalam pada kedekut tu dapat ler jugak ... Kali nie dapat kempen daripada Costa Cruise - Azie's Kitchen ... 


Kempen nie menceritakan kisah Puan Azie bercuti dengan pelayaran cruise ... Nampak amat menyeronokkan ... Korang leh gie skodeng kat blog   ... Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh layari laman web Costa Victoria di SINI dan klik di SINI untuk mendapatkan detail itineri. 

Kengkawan kalau ada terserempak iklan  menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku dan Jom Bercontest boleh ler klik... Untuk mereka yang berminat jer tau... Tiada paksaan, tak mo pun xpe lah... Sob... Sob... Sob... 

Kepada kengkawan yang nak buat duit tambahan... Nak cuba dapatkan kerja-kerja review produk... Korang boleh daftar kat sini... Jom try, tak rugi apa pun ...

>>>KLIK BANNER DI BAWAH<<<

Yang nie plak untuk ulat2 buku... 

Terima kasih #nuffnang
#costacruise #aziekitchen
#kisahhidupku #jombercontest
#reviewproduct #kolaborasi

Terima kasih kengkawan ...
Alhamdulillah ...

Adakah Si Manja Anda Mendapat Pemakanan Yang Diperlukannya?


Sebagai seorang Ibu, sudah pasti korang mahukan anak korang membesar dengan mendapat khasiat yang secukupnya bagi membantu pertumbuhan mereka. Kerana itulah, korang pun mencipta pelbagai pemakanan riang dan ceria, jika itu yang diperlukan untuk memastikan si manja mendapat khasiat yang sepatutnya. Macam-macam cara korang buat contoh nya dengan menghias hidangan mengikut pelbagai tema menggunakan makanan berkhasiat. Korang jugak boleh tambahkan keriangan khasiat 100%* kepada si manja korang sewaktu hidangan harian dengan Sustagen.



SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN PT3 2017

Asalamualaikum.


Kepada saudara - saudara dan sahabat-sahabat yang anaknya akan menduduki Ujian PT3 yang bermula hari ini 09/10 hingga 12/10, marilah kita doakan anak2 kita semua dapat menjawab soalan-soalan dengan TENANG, LANCAR, TEPAT & CEMERLANG. 

Amiin...

Marilah kita berdoa....

. *بِسْمِ  ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم* 

ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكzَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞امين

*بِسۡـــــــــمِ اللَّــــــــــهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ*
 اَلْحَمْد ُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ
 وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلىَ
  أَشْرَفِ اْلأَنْبِيَاءِ uوَالْمُرْسَلِيْن
 وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعين

*Ya Allah,*Minggu ini adalah minggu anak2 kami menduduki peperiksaan PT3, Kami mohon kepada Mu ya ALLAH, bantulah anak anak kami dalam peperiksaan yang mereka hadapi  YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Peliharalah kesihatan anak anak di hari peperiksaan. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan.

*YA ALLAH,*
Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

*YA ALLAH,*
Berilah keputusan cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah- mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan solehah dan menghampiri diri mereka kepada mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang di dunia dan di akhirat, kami mohon kepada Mu Kau perbaiki akhlak anak anak kami.

*Ya ALLAH,*
kami tidak mampu mengawasi anak anak kami setiap waktu YA ALLAH, kami serahkan anak anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami YA ALLAH. Gerakkanlah hati mereka untuk mereka berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat yang Engkau murkai.
Jauhilah mereka daripada melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah.

*YA ALLAH,*
Tetapkan hati mereka untuk menunaikan solat dan jangan Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah YA ALLAH.

*YA ALLAH,*
Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak anak jiran jiran dan sahabat kami YA ALLAH. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat YA ALLAH.

*YA ALLAH*
Perkenankanlah doa kami ini.

   رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَاِنْ لمَ ْتَغْفِرْلَنَاوَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّا مِنَ اْلخَاسِرِيْنَ.
   رَبَّنَا اغْفِرْلَنَا وَِلاِخْوَانِنَا اَّلذِيْنَ سَبَقُوْنَ بِاْلاِيْمَانِِ وَلاَ تَجْعَلْ فِى قُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ آمَنُوْا رَبَّنَا اِنَّكَ رَؤُوْفٌ رَحِيْمٌ. 
   رَبَّنَا آتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَاْبَ النَّارِِ.
   رََََبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا اِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ اْلعَلِيْمُ وَتُبْ عَلَيْنَا اِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ. 
   وَصَلَّى اللهُ عَلىَ سَيِِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. 
   سُبْحَانَ رَبِِّكَ رَبِِّ اْلعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ 
   وَسَلاَمٌ عَلَى اْلُمرْسَلِيْنَ وَاْلحَمْدُ لِلهِ رَبِِّ اْلعَالَمِيْنَ.

 امين يا رب العالمين.

JADUAL PEPERIKSAAN PT3 2017
(UJIAN BERTULIS)





Semoga semua nyer berjaya dengan cemerlang ... Anak2 saya tahun depan ... UPSR & PT3 ... Harap-harap tak de lah perubahan drastik dalam format peperiksaan ...

[CONTEST] PERCUMA 12 PACK DIAPERS SELAMA 12 BULAN

PERCUMA 12 pack diapers untuk stok selama 12 bulan... Takkan percuma kotttt, kena lah buat tugasan skit...



Sape sini ada ANAK KECIL yang masih lagi pakai pampers.. angkat tangannn 🙋 🙋 🙋
Sebab ada yang nak bagi PERCUMA 12 packs diapers (Drypers, PetPet, MamyPoko, Huggies) untuk stok selama 12 bulan!
Woah 
Pemenang akan diumumkan pada 6 November 2017.
Keputusan adalah muktamad.
Berminat ??? Jom ler kita cuba ...

SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAYS


Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Hadiah yang ditawarkan...
Macam menarik jer... Best kan... Haaa, jangan lupa join tau... Klik banner kat atas tu... Jommm... Pantasss...


Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ... Kepada kengkawan yang nak buat duit tambahan... Nak cuba dapatkan kerja-kerja review produk... Korang boleh daftar kat sini... Jom try, tak rugi apa pun ...

>>KLIK BANNER DI BAWAH<<

Yang nie plak untuk ulat2 buku... 

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPKK 2017


Hai kengkawan ... Petang karang bermula lah Peperiksaan UPKK 2017 di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ...

Berikutan kes kecurian kertas soalan tempoh hari, nie aku letak jadual periksa yang baru ... Abaikan yang senget benget tu ...



Anak2 semua, sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...
1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Anak aku, Danial@Abang Ngah, anak sedara, Adib & Aliff akan menduduki peperiksaan nie petang kang... Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!