Search This Blog

@ Win Coach! BabyIbu Shoppe Fans Giveaway!

@ Win Coach! BabyIbu Shoppe Fans Giveaway!

Tarikh Tamat :
28/5/2013-30/6/2013

Produk Kesukaan :

Baby Quilt

Suka sebab boleh guna untuk alas bermain, boleh juga guna untuk alas tidor ... Senang nak bawak semasa travel ... Pendek cite; pelbagai guna n mudah dibasuh ...

Blog BabyIbu
BabyIbu Shoppe
FB BayIbu Shoppe

Berminat ? Sila klik :
@ Win Coach! BabyIbu Shoppe Fans Giveaway!

Main sama-sama tau ...

Nie ler antara aktiviti cuti sekolah ... Kejap main kat dalam ... Kejap main kat luar ... Kejap elok jer ... Kejap gaduh ... Huru-hara ...

Meatball RM1 ...

Sape2 yang berkesempatan boleh ler ...
Errmm, best nyer lah ...
Dah ler best murah plak tu ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

23 hari ...

Hari nie Putra dah 23 hari ...
Berat dah 3.7kg ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Gantung Sampai Mati ...


[SH] SHAH ALAM - Bekas peguam N Pathmanabhan dan tiga pekerja ladangnya  dihukum gantung sampai mati selepas disabitkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, sebentar tadi, dengan kesalahan membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya, hampir tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan semua bukti dan bahan bukti yang dikemukakan di mahkamah sepanjang perbicaraan yang bermula pada 4 Julai 2011.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

Terima Seadanya ...

Jumpa kat blog kengkawan ... Sangat menarik ...
Ditujukan khas untuk orang2 yang berkenaan ...

****************

Jika kamu memancing ikan…. Setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil ikan itu…. Janganlah sesekali kamu LEPASKAN ia semula ke dalam air begitu saja…. Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ……..

Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPAN kepada seseorang…
Setelah dia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya….

Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja….
Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamu dan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatimu….

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh…. cukuplah sekadar KEPERLUANmu… Apabila sekali ia retak…. tentu sukar untuk kamu menampalnya semula…. Akhirnya ia dibuang….

Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi….
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, TERIMALAH seadanya…. Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA….

Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya…. akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.

Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya….

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi… yang kamu pasti baik untuk dirimu. Mengenyangkan. Berkhasiat. Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain..
Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.

Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan…..yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu. MENYAYANGIMU… MENGASIHIMU… Mengapa kamu berlengah, cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain. Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.
Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milikorang lain.. Kamu juga yang akan MENYESAL…

JANGAN TERLALU MENCARI KESEMPURNAAN

**************

Kita hanya manusia biasa yang x sempurna ...

Sumber : SINI

Published with Blogger-droid v2.0.10

Bengkel Membaiki Kenderaan ...

Iklan ...
Sesaje, tolong menambah pendapatan keluarga ...

********************

Sesiapa pengguna kereta yang tinggal berdekatan sri rampai (sekitar Kuala Lumpur @ Selangor), sila datang untuk service serta baikpulih kereta anda dengan harga berpatutan. Semua kereta boleh diservis atau dibaikpulih terutama kereta berjenama BMW.Mempunyai pengalaman bekerja membaiki BMW selama 16 tahun.

Sokongan orang-orang kita untuk peniaga-peniaga kita, Insya'Allah semua berjaya.

Hubungi : 
Dan - 0193001340,
Razlan - 0173892844

Terima Kasih ...
Rajin2 ler call "org tu" kalau ada masalah ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Selamat Hari Guru 2013 ...

Selamat  Hari Guru buat semua guru-guru di Malaysia ... Khas utk guru-guru ku di Tadika Kemas,  Gombak Setia, SRK Gombak 1, SM Convent Sentul, SM Tengku Ampuan Afzan, Kuantan, Pusat Asasi n Universit Malaya ...

Terima kasih guru yang telah mengajarku membaca, menulis, melukis, mewarna, mengira, mengajarku erti hidup dan mengajarku mengenal diri ... Terima kasih juga buat guru terawal – mak dan abah ... Tidak lupa juga para guru yang telah mendidik anak2 ku ...

Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ...
Terima kasih, Selamat  Hari Guru
Moga Allah merahmati segala usaha guru dan para pendidik….

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kabinet Baru ... Yeay ...

Perdana Menteri:
Mohd Najib Razak

Timbalan Perdana Menteri: 
Muhyiddin Mohd Yassin

Jabatan Perdana Menteri: 
Jamil Khir Baharom, 
Abdul Wahid Omar (senator berkuatkuasa 5 Jun), 
Idris Jala.  
Joseph Kurup.
Shahidan Kasim. 
Nancy Shukri.
Joseph Entulu. 
Paul Low (senator)

Timbalan Menteri di JPM:
Razali Ibrahim.
P Warthymoorty.

Menteri Kewangan I: 
Mohd Najib Razak

Menteri Menteri II: 
Ahmad Husni Hanadzlah

Timbalan Menteri Kewangan:
Ahmad Maslan.

Pelajaran Dan Pengajian Tinggi:
Menteri I:
Muhyiddin Mohd Yassin
Menteri II: 
Idris Jusoh

Timbalan Menteri:
Yap Kain Ching.
P Kamalnathan.

Menteri Pertahanan: 
Hishamuddin Hussein

Timbalan:
Rahim Bakeri.

Menteri Dalam Negeri:
Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan:
Wan Junaidi Datuk Jaafar.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industeri:
Mustapa Mohamed.

Timbalan:
Hamim Samuri.

Menteri Pengangkutan: 
(Dipangku Hishamuddin Hussein)

Menteri Pelancongan:
Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Timbalan:

Jesoph Salang Gandung.

Menteri Luar Negeri:
Anifah Aman.

Timbalan:
Hamzah Zainuddin.

Kementerian Kerja Raya:
Fadillah Jusof

Timbalan:
Rosnah Abdul Rasyid Sirin.

Menteri Kesihatan:
S Subramainian.

Timbalan:
Hilmy Yahaya.

Menteri Beliau dan Sukan:
Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Timbalan:
M Saravanan.

Menteri Sumber Manusia:
Richrd Riot.

Timbalan:
Ismail Abdul Mutalib.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehawal Pengguna:
Hassan Malik.

Timbalan:
Ahmad Bashah Mat Hanifah.

Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani:
Ismail Sabre Yaacob.

Timbalan:
Tajuddin Abdul Rahman.

Menteri Sains Teknologi dan Inovasi:
Ewon Ebin.

Timbalan:
Abu Bakar Mohamad Diah.

Menteri Alam Sekitar dan Sumber Asli:
G Palanivel.

Timbalan:

James Dawos Mamit.

Menteri Tenaga Air dan Teknologi Hijau
Maximus Ongkili.

Timbalan:

Mahadzir Khalid.

Menteri Pembangunan Wilayah dan Luar Bandar: 
Shafie Apdal

Timbalan:
Alexnder Nanta Linggi.

Menteri Perladangan dan Komoditi:
Douglas Uggah Emas.

Menteri Perumahan dan Kesejahtraan Bandar:
Abdul Rahman Dahlan.

Timbalan:
Halimah Saddiq.

Wilayah Persekutuan: 
Tengku Adnan Tengku Mansor.

Timbalan:
Logal Balamohan.

Menteri Komunikasi dan Multi Media:

Ahmad Shabery Chik.

Kementerian Pembangunan Wanita: 
Rohani Abdul Karim.

Timbalan:

Azizah Mohd Dom.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Day-10th, Putra Al Amin ...

Hari nih hari ke-10 ... Berat Muhammad Putra Al Amin dah naik 3.6kg ... Tali pusat pun dah tanggal semalam petang ... Alhamdulillah sihat walafiat ... Takde jaundis ... Comel cam Mak die ... Hensem cam Abang Ngah ... Hehehe ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Berdoalah ...


Ya Allah! Jika ada di kalangan kami org yg sedang sakit, berikanlah kesembuhan kpd mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg susah, bantukanlah segala urusan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg bersedih hati, maka berikanlah ketenangan & jln keluar bg permasalahan mereka,

Jika ada di kalangan kami org yg sgt berhajat dgn keperluannya, sampaikanlah hajat & cukupkanlah keperluannya. AMIN

Published with Blogger-droid v2.0.10

Teruji dengan Hati ...


Setiap yang berlaku pasti banyak hikmah yang terselindung. Hikmah itu bukan datang selepas kita diuji. Ia hadir dalam masa yang tidak pernah kita duga. Walau kita rasa kesakitan tetapi bila
kita ada Rasa bertuhan itulah yang akan menjadi panduan buat kita. Hidup ini untuk di uji bukan hidup ini utk lari dari ujian. Kita hamba Allah yang layak dan seharusnya mampu untuk menerima ujian itu.

Terkadang kita rasa tidak mampu dan berputus asa bahkan bagai tiada harapan lagi untuk meneruskan kehidupan. Langkah
kian payah, nafas kian susah, jiwa kian resah hati kian parah. Itu hanyalah di dalam kawalan kita. Kita mampu mengawalnya. Bisik pada diri.. “ia datang dari Tuhan dan pasti akan ada kesembuhan.”  Andai ada insan di sekeliling kita yang menjadi alat untuk kesakitan kita redhalah..hadapilah dengan penuh keredaan kerana mereka adalah lorong kita meraih pahala juga mendidik jiwa. Jangan sesekali terluka dengan sikap mereka kerana kita sudah punya jiwa yang mampu mengawal segala molekul rasa yang ada di dalam diri kita.

Payah tetapi bukan susah. Sakit tetapi tidak akan berjangkit. Penat tetapi tidak akan menjadikan kita tenat! Walau apa yang datang di dalam hidup kita. Yakinlah bahawa kita layak untuk di uji dan
menerima ujian. Tuhan sengaja mengaturkan kita dengan pelbagai ragam manusia. Di situ kita membina ukhwah kita menyelami erti mawaddah andai tersingkap mazmumah anggaplah ia sebagai rencah bukan padah!

Walau tinggi mana kedudukan kita, walau kaya mana pun kita tetapi harus kita tahu bahawa Tuhan kita maha Agung, Tuhan kita maha kaya. Kita berada di dalam dunianya. Sebagai peminjam dan nanti kita harus memulangkannya kembali kepada NYA. Setiap apa yang ada di bumi ini hanyalah pinjaman dari NYA termasuklah diri kita ini. Gunakanlah ia sebaik
mungkin jangan sesekali kita menyalahgunakannya.

Ujian kehidupan terkadang membuat kita lemah, sampai ada yang rebah juga ada yang tidak mampu untuk bangkit. Menukar gelap menjadi cahaya, menukar hiba menjadi bahagia, membuang duka menjadi suka. Setiap jalan yang kita pilih dan lalui ini pasti akan ada ujian. Bersiap siagalah
wahai diri. Kuatkan iman, kuatkan hati juga kuatkan emosi. Kejarlah cita-citamu!

Sumber : Secangkirbicara


Published with Blogger-droid v2.0.10

Secara Rasmi ...

Muhammad Putra Al Amin b. Shahdan ...
04/05/2013, 7.44mlm ...
Boy ...
3.19kg ...

Alhamdulillah ...

Kronologi 4/5/2013 ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kronologi 4/5/2013 ...

Seperti yang telah diarahkan, aku dikehendaki ke hospital pada 3/5/2013 ... Seawal pagi telah bertolak ke hospital ... Terus ke dewan bersalin ... Aku ingat kan sekejap jer ... Tapi mak aii lama gile ... Orang yang nak beranak pun ramai giler tambah lak yang mengurus nyer Dr. Pelatih yang kalut tapi cun ... Huhuhu ... Akhir nyer dapat masuk wad dalam pukul 6 lebih ... Sebelum tu sempat lagi aku gie minum2 kat cafe dengan Big Boss ... Siap pakai kain pink hospital lagi ... Bila dah dlm wad ada ler Dr. datang tgk ... Since dah nak malam Dr. suh rehat jer ... Esok baru masuk ubat untuk bersalin ... Ngeri siot ...

4/5/2013 ...

Seawal 4.30pg aku dikejutkan untuk check jantung baby ... Keadaan ok sumer nyer ... Dalam pukul 6.45pg Dr. datang untuk masuk kan ubat ... Berdebar-debar jugak coz tak tau ape akan jadi, memang akan rase sakit tapi bergantung pada diri masing2 ... Cepat or lambat nyer ... Masa Dr. masuk kan ubat tu x de ler rase ape2 ... Tak lama lepas tu rase sakit skit-skit cam senggugut tu ... Dalam pukul 10.00pg sakit dah rase lebih kerap, dalam selang masa 10minit ... Tapi masih leh bertahan ... Leh jalan-jalan dalam wad lagi, dari hujung sini sampai hujung sana ... Sambung tengok tv yg xde suara ... Hmmm ... Dlm tengahari tu Dr. dtg check lagi, cam ner perkembangan aku ... Dr. kate dah bukak dalam 4cm ... Sakit wehh Dr. check ... Masa nih aku minta kat Dr. ubat tahan sakit ... Tak lama lepas tu rase sakit lebih kerap, dalam selang masa 5 minit ... Dalam 3.30ptg tu Misi dtg cucuk ubat tahan sakit kat bontot ... Misi kate rase sakit still terasa tapi kita akan rase lebih relax n ngantuk skit ... So apelagi, layannzz tido ... Sambil2 tu layan msg ngan Along n Melati yang nak datang melawat ... Tengah relax-relax tu lebih kurang pukul 6.15ptg aku rasa ada mende meletup-letup dalam perut aku ... Peh tu aku rase ade cecair keluar, eh ! Aku terkencing ker ? Oh rupe2 nyer air ketuban pecah ... Tak lama lepas tu sakit yang teramat sangat, hanya orang yang beranak jer tahu sakit nyer cam ner ... Hilang mood nak makan n berborak ... Misi pun marah coz aku tak mo makan ... Takde tenaga nanti, kate Misi ... Aku pun layan sakit sambil pejam mata n baring mengereng ... Macam2 zikir dah baca ... Tak lama peh tu datang lak Misi nak bagi ubat berak, elok jer aku nak terlentang, aku rase nak meneran, Misi panggil Dr., ape yang aku dengar "dah fully, cepat bawak bilik bersalin" ... Berkejar-kejar lah Misi2 menolak katil aku ke bilik bersalin ... Big Boss pun ikut ... Aku masuk bilik bersalin tu lebih kurang pukul 7.20mlm ... Alhamdulillah tepat 7.44mlm lahir lah baby boy seberat 3.19kg ... Bertambah lagi ummat Nabi Muhammad s.a.w.  ... Sekian ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Nak kuar dah kot ...

Salam semua pembaca sekelian....
sekeudaranya entry ini saya dalam perjalanan ke hospital, baby nak kuar dah ... Oh Tidak ! Sebenar nya hari nie ada lah due date nyer ... So, atas sebab2 kesihatan hari nih kena pi hospital terus ... Eeee, takutlah pulak ... Ingin mengambil kesempatan kat sini untuk memohon maaf kepada semua yang sedang membaca. Samada yang mengenali saya hanya melalui online, kengkawan di alam nyata dan juga seluruh  ahli keluarga saya serta sanak saudara x kira kat mana jua ... Memohon maaf andai ada yang terkasar bahasa  atau terusik hati sepanjang perkongsian di alam maya @ realiti ini ... Minta maaf bebanyak ... Doakan semoga semua urusan dipermudahkan jangan dipersulitkan ... Semoga Segalanya Berjalan Lancar dengan KeHENDAKNYA ... Amin Amin Amin Yarobbalalamin ... Sekian ... Assalammualaikum ...

p/s :- Nak gie hospital dah nie ... Minta tolong war2kan eak ... Mohon maaf semua ...
Alamak ... Rugi nyer x dapat mengundi ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Penyokong Tegar ...

Huhuhu ...

Yang berkenaan jangan marah eak ...

Ini kalilah ...

UBAH ...

ABCD ...

ABU ...

Published with Blogger-droid v2.0.10

Kalau X Beranak ...

Untuk catatan @ makluman kengkawan n sedara mare due date saya 3/5/2013 ... So, semalam adalah check-up yang terakhir sebelum due date ... And, Dr. dah bagi arahan kalau x beranak2 jugak Jumaat, 3/5/2013, 8.00pg tu saya perlu terus ke hospital atas sebab2 kesihatan  ... Haisshh ... Bila lah agak nyer ...

Published with Blogger-droid v2.0.10