Pernahkah anda mengalami peristiwa-peristiwa yang boleh dikatakan agak pelik.? Tetapi mungkin anda akan mengabaikan peristiwa itu bagi menyedapkan hati atau anda takut untuk memikirkan hal-hal yang mistik ini. Kisah yang akan saya ceritakan sebentar lagi adalah satu kisah yang benar-benar berlaku ke atas kawan saya.
Kisah ini berlaku kira-kira 3 tahun yang lepas. Ketika itu Roslan (bukan nama sebenar) terpaksa pulang ke kampung kerana emaknya telah dimasukkan ke hospital. Roslan tiba di hospital kira-kira jam 11 malam setelah meredah perjalanan yang jauh dari Kuala Lumpur.
Setelah melihat keadaan ibunya, Roslan meminta izin daripada ahli keluarganya yang lain untuk balik berehat kerana letih memandu. Perjalanan dari hospital ke rumah ibunya kira-kira 20 km. Ketika itu jam menunjukkan pukul 12.45 malam. Sambil ditemani lagu daripada siaran radio kegemarannya, Roslan menyalakan sebatang rokok dan terus memandu membelah kegelapan malam. Ketika itu jalanraya agak lengang mungkin kerana malam sudah agak larut. Sepanjang perjalanan, Roslan teringat kisah-kisah seram yang berlaku di jalan yang ditempuhinya ini. Tapi kerana keletihan yang amat sangat, Roslan teruskan juga perjalanan dan berharap tiada kejadian yang menyeramkan berlaku ke atas dirinya.
Ketika kereta Roslan merentasi satu kawasan bukit yang terkenal dengan peristiwa-peristiwa ganjilnya, tiba-tiba meremang bulu romanya. Menurut kata orang-orang tua, bila bulu roma meremang maknanya ada sesuatu makhluk halus yang menghampiri kita.

Roslan tenang menghadapi kejadian itu sambil berdoa agar dijauhkan daripada gangguan-gangguan tersebut. Kawasan bukit itu semakin jauh ditinggalkan dan Roslan bersyukur kerana tiada perkara ganjil yang menimpa dirinya. Tetapi Roslan tersilap, kejadian sebentar tadi merupakan permulaan bagi kejadian yang tak mungkin dilupakan bagi dirinya.
Roslan selamat tiba di rumah ibunya kira-kira jam 1.05 pagi. Rumah ibunya kosong kerana semua ahli keluarganya menemani ibunya di hospital. Roslan keluar daripada kereta dan memerhatikan keadaan sekeliling yang agak gelap. Roslan mencari kunci yang ditinggalkan bapanya di bawah alas kaki. Sambil teraba-raba, Roslan mendengar bunyi sesuatu berjalan di atas bumbung.
"Ah, mungkin kucing agaknya." bisik Roslan di dalam hati.
Roslan membuka pintu dan menghidupkan lampu. Roslan kemudian pergi semula ke keretanya dan mengambil beg pakaian yang diletakkan di dalam bonet kereta. Tanpa berlengah-lengah Roslan masuk ke dalam rumah dan meletakkan begnya di dalam bilik.
Maka bermulalah kejadian ganjil ke atas diri Roslan. Setelah meletakkan begnya didalam bilik, Roslan ke dapur untuk mendapatkan segelas air. Ketika kembali dari dapur, Roslan dapati beg pakaiannya berada di depan pintu bilik.
"Eh, macammana beg ni ada kat pintu pulak.?" Roslan kehairanan.
" Hmm...mungkin aku terlupa nak masukkan kat dalam bilik."
Roslan mengangkat semula beg tersebut kedalam bilik dan mengeluarkan kain pelikat yang dibawanya. Kemudian dia terus ke bilik air untuk mencuci muka. Bila selesai Roslan terus kebilik dan alangkah terkejutnya kerana didapati beg pakaiannya telah berada diatas meja diruang tamu pula. "Ish..tak boleh jadi ni." Roslan segera mengangkat semula begnya dan meletakkannya di dalam almari bilik. Kemudian Roslan berbaring di atas katil sambil memikirkan kejadian sebentar tadi.
Tiba-tiba Roslan teringat yang dia hendak mengecas semula telefon bimbitnya. Dia bergegas ke almari beg nya untuk mengeluarkan 'charger' telefon bimbitnya. "Haaa...???! !!" Roslan panik seketika kerana didapati begnya tiada didalam almari. Roslan bergegas keluar dan mendapati begnya berada di atas sofa rumahnya dengan 'charger' nya terletak diatas meja. Tanpa berlengah-lengah lagi dengan baki-baki semangat yang masih ada, Roslan melaungkan azan sekuat hati dan serentak dengan itu Roslan mendengar bunyi sesuatu berlari di dalam rumah dan melanggar dinding dapurnya.

Kemudian disusuli bunyi ketawa yang semakin hilang. Tubuh Roslan mengigil seketika kerana tidak menyangka kejadian seperti ini berlaku keatas dirinya. Kemudian dia mengambil begnya semula lalu bawa ke dalam bilik dan diletakkan di sebelahnya. Roslan tidak dapat melelapkan mata kerana kejadian sebentar tadi.
Roslan masih memikirkan apakah yang mengganggunya sebentar tadi. Dari manakah datangnya 'benda' itu. Sehingga kini persoalan itu masih belum terjawab.... .

No comments:
Post a Comment