Selamat Menyambut Hari Jururawat (12 Mei 2016) kepada semua jururawat di seluruh Malaysia - "Nurses A Force of Change: Care Effective, Cost Effective"
Hari Jururawat Antarabangsa ialah sambutan tahunan yang diadakan pada setiap 12 Mei untuk menghargai sumbangan para jururawat terhadap masyarakat. Idea tentang sambutan hari ini pertama kali muncul pada tahun 1953 apabila Dorothy Sutherland, seorang pegawai di Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Manusia Amerika Syarikat mencadangkan agar presiden Dwight D. Eisenhower mengisytiharkan "Hari Jururawat" Bagaimanapun sambutan rasmi yang pertama hanya mula diadakan oleh Majlis Jururawat Antarabangsa (MJA) pada tahun 1965.
Pada bulan Januari 1974, keputusan telah dibuat untuk mengadakan sambutan pada 12 Mei sempena ulang tahun kelahiran Florence Nightingale yang dianggap pengasas kejururawatan moden. Setiap tahun, MJA menyedia dan mengedarkan kit Hari jururawat antarabangsa yang mengandungi bahan pendidikan dan maklumat awam untuk kegunaan jururawat.
Rufaida binti Saad ada merupakan jururawat pertama dalam sejarah Islam ... Barat dan eropah pada zaman kegemilangannya mengagumi semangat dan kecekalan Florence Nightingale, dikenali sebagai pencetus dan pelopor kejururawatan era moden ... Dunia kurang mengenali Rufaida binti Saad (atau juga dikenali sebagai Rufaida Al-Aslamiya) sebagai jururawat Muslim yang muncul dalam era lebih awal daripada Florence Nightingale ...
Dunia Islam mengagumi Rufaida sebagai seorang jururawat Muslim terawal dan terkenal kerana kesungguhan dan komitmen beliau menguruskan hospital lapangan di beberapa peperangan besar pada zaman baginda Nabi sallalLahu alaihi wa Sallam ... Rufaida merupakan antara golongan awal menerima Islam di Madinah. Beliau merupakan keturunan bani Aslam dari puak Khazraj di Madinah dan yang paling awal menanti kehadiran baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam ke kota Madinah semasa hijrah Baginda ...
Rufaida adalah seorang pemimpin, penggerak yang menggerakkan sejumlah muslimah untuk merawat tentera-tentera yang cedera di medan perang ... Beliau dan muslimah lain juga mampu memberi motivasi dan menaikkan semangat jihad kepada kumpulan tentera muslimin ketika itu ... Dikisahkan semasa peperangan Khaibar, Rufaida bersama segerombolan muslimah hadir berjumpa Baginda sallalLahu alaihi wa Sallam meminta izin, “Wahai Pesuruh Allah, kami mahu keluar ke medan perang dan membantu kaum Muslimin dan merawati tentera-tentera yanh cedera di medan” ... Baginda Rasulullah sallalLahu alaihi wa Sallam mengizinkan mereka turut serta ...
Begitulah kisah Rufaida al-Aslamiya, serikandi Muslim dan diiktiraf sebagai seorang jururawat profesional pertama dalam sejarah Islam ...
Selamat Hari Jururawat buat semua jururawat yang berada di seluruh Malaysia ...
Thanks for everything ...
No comments:
Post a Comment