Dicatat Kebaikan Sejumlah Mukmin & Mukminat Yang Didoakan Keampunan
عن عبادة بن الصامت ، قال : سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول مَنِ اسْتَغْفَرَ لِلْمُؤْمِنِيْنَ وَالْمُؤْمِنَاتِ كَتَبَ اللهُ لَهُ بِكُلِّ مُؤْمِنٍ وَمُؤْمِنَةٍ حَسَنَةً
“Siapa yang beritighfar (meminta ampunan) untuk orang-orang beriman laki-laki dan perempuan maka Allah akan mencatat kebaikan untuknya sebanyak kaum muminin dan mukminat.”(HR. al-Thabrani No : 2019) .
Pengajaran:
1. Antara tuntutan iman adalah kewajipan memelihara ukhuwah sesama Mukmin.
2. Satu daripada tanda ukhuwah dan mencintai saudara Mukmin yang lain ialah saling mendoakan kebaikan.
3. Antara doa yang dititip ialah permohonan keampunan kepada sesama Mukmin. Berharap agar Allah memberikan ampunan atas dosa-dosa mereka dengan dihilangkan dosa tersebut dari mereka.
Antara lafaz doa keampunan untuk mukmin yang lain:
رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آَمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ
“Ya Tuhan kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dahulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang”.” (QS. Al-Hasy: 10)
4. Orang yang mendoakan keampunan saudaranya, nescaya dia akan mendapat kebaikan sejumlah mukmin dan mukminat yang ada.
Jom kita doakan sahabat-sahabat kita agar kita juga mendapat kebaikkan sebanyak bilangan orang mukmin yang kita doakan keampunan.
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...
Tq untuk entri ni :) Niat berkongsi untuk kebaikan itu sudah bagus awak. Insyallah, semoga kita sama-sama amalkan perkara ni :)
ReplyDelete