Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #24 : SEBELUM TIDUR

♭♫♪ Assalamualaikum ♭♫♪
Salam Jumaat semua ...
Rase cam nak kongsi ngan kengkawan ...
Jom tambah ilmu ...

EMPAT PERKARA SEBELUM TIDUR WALAU SESIBUK MANAPUN DENGAN TUGAS HARIAN


Rasulullah berpesan kepada Siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara iaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran.

2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat.

3. Sebelum para muslimin meredhai engkau.

4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah.

Sumber

Bertanya Siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulullah tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur, bacalah surah al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

"Bismillaahirrahmaa nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’ Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu kufuwan ahad’" (3x )
2. "Bacalah selawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat
“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad" ( 3x )

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meredhai engkau

“Astaghfirullaah hal 'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih" ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“Bismillaahirrahmaa nirrrahiim
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar"
( 3x )

Wallahua'lam ...
Saye x pasti akan kesahihan nyer ...
Kalau salah tolong beritahu yer ...
 آمِيّنْ

3 comments:

  1. Perkongsian yg baik..

    ReplyDelete
  2. Semua ni mudah jer untuk dapat pahala kan..tp payah dan susah bg setiap org nak buat..huhu. Bila time nak tidur terus tidur jer. mujur sempat baca doa tidur..hihi

    zinziemeewah

    ReplyDelete