Search This Blog

TAZKIRAH JUMAAT #23 : RENUNGAN MASA TUA

"RENUNGAN MASA TUA"

1. Sisα hίdυρ semakin pendek:
» yg boleh kita makan, makanlah;
» yg boleh kita pakai, pakailah;
» yg ingin kita beli, belilah;
» kalau masih mampu memberi, berilah;
» masih mampu berbagi, berbagilah.
Kerana semua yg ada tidak boleh kita bawa ke kubur. Jangan risau dengan ahli waris, Allah yang akan mengatur rezeki selagi mereka berusaha. Nikmatilah hίdυρ ini dengan pasangan kita selagi masih ada.

2. Sehari berlalu, umur berkurang sehari. Bila kita lewati hari ini dengan berbahagia, kita sangat beruntung, berbuat baiklah; selalu mengucap syukur, kerana kita tidak tahu bila kita akan dipanggil 'pergi'.

3. Waktu cepat berlalu, hidup itu sangat singkat dan susah. Dalam sekejap kita memasuki masa tua, itu PASTI ! 

4. Bila membandingkan ke atas, kita akan selalu merasa kurang; membandingkan ke bawah, kita merasa lebih; bila kita mampu merasa cukup dan mensyukuri apa yang kita punya, kita pasti bahagia. 
Bersyukurlah dengan apa yg kita ada. Manfaatkan ia sebaiknya. 

5. Harta, kekayaan, pangkat, kedudukan, kehormatan - semua itu hanyalah sementara, hanya pinjaman. 
Yang terbaik dan terpenting adalah Perilaku Yg Baik, sentiasa membantu orang, tidak berbuat hal2 tercela, mengawal  diri. 
Jangan menyakiti hati orang lain kerana karma itu ada ... dan yang terpenting melatih diri agar selalu sihat zahir dan batin. Ini kerana KESIHATAN adalah KEKAYAAN kita dan modal utama menikmati kebahagiaan hίdυρ ini.

6. Kasih ibubapa  kepada anak2 tidak ada batasnya !!!.
Kasih anak2 terhadap ibubapa jelas batasnya. 
Sedarlah! tatkala  anak sakit, hati ibubapa  terhiris; 
tapi tatkala ibubapa sakit, anak cuma menengok dan bertanya2 ala kadar ...
Anak2 memakai wang orang tua sudah seperti keharusan, tetapi orang tua memakai wang anak semacam pasti tidak berlaku!!! 
Oleh itu CUKUPILAH diri sendiri dan berikanlah pada anak seBIJAKSANA mungkin.

7. Rumah ibubapa  adalah rumah anak, tetapi rumah anak belum tentu jadi rumah ibubapanya. Ibubapa selalu memberikan anak2 tanpa batas ...  tetapi tidak semua anak akan berbakti kepada ibu bapa. SELAMAT MENITI HARI TUA


Aku berdoa.....  
 Muliakanlah yang membaca pesan ini
 Lapangkanlah hatinya
 Bahagiakanlah keluarganya, dan 
 Luaskan rezekinya seluas lautan yang Engkau ciptakan
 Mudahkan segala urusannya 
 Kabulkan cita-citanya 
 Jauhkan dari segala Penyakit, Fitnah, Prasangka 
    Keji, Berkata Kasar, dan Mungkar 
 Jauhkan dari segala Musibah 
 Serta terimalah semua amal ibadahnya, dan 
 Kelak jadikanlah dia sebagai penghuni Syurga-MU.
  

8 comments:

  1. Nice sharing... Moga kita sentiasa bersedia kerana kita umat akhir zaman...

    ReplyDelete
  2. Amin... sayangilah kedua dua ibu bapa kita...

    ReplyDelete
  3. Betul tu sis..

    ReplyDelete
  4. Sayangilah ibu bapa kita..tanpa mereka kita bukan siapa2...

    Salam singgah dan follow sini :)

    ReplyDelete
  5. Moga kita sentiasa jadi anak yg soleh solehah..

    ReplyDelete
  6. Aminn..Amin..Ya Rabbal Alamin...Sayangi kedua ibu bapa kita...

    ReplyDelete
  7. Amin... sedih baca ttg hal anak2 pd ibu bapa. Semoga kita semua brjaya mnjadi anak soleh cemerlang dunia n akhirat

    zinziemeewah

    ReplyDelete