Search This Blog

PROGRAM JALINAN MESRA TAHUN 6 2018

Alhamdulillah... Dapat menghadirkan diri dalam Program Jalinan Mesra Tahun 6 2018... Program ini diadakan oleh pihak sekolah untuk memberi maklumat awal mengenai mata pelajaran UPSR... Rase nyer ramai yang dah tahu pasal peperiksaan nih akan ditukarkan kepada PPSR... Takde perubahan yang mendadak cuma depa nak anak-anak nih bukan lah mengejar A semata-mata... Nak jugak anak-anak nih bersosial... Bukan maksud nyer terlibat dengan benda-benda yang tak berfaedah tu,  tapi bercampur gaul dengan rakan-rakan,  guru dan masyarakat... Program nih jugak dijalankan untuk menanamkan rasa tanggungjawab ibubapa untuk membantu bersama-sama guru bagi meningkatkan prestasi anak-anak nih... 

Program dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan guru besar... 
Ikrar pun dilafazkan... 
Harap2 istiqamah eak Abang Ngah... Lepas tu pelbagai penerangan daripada guru-guru... 


Barisan guru-guru tahun 6 2018

Selepas sesi berkenalan,  guru-guru membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dirangka untuk tahun 6... Taklimat Psikometrik,  Taklimat PAFA, Taklimat Format Kertas Peperiksaan... Gigih cikgu2 nak memastikan anak2 murid berjaya... 

Insyaallah dengan kerjasama semua pihak anak-anak, ibubapa dan cikgu-cikgu, pasti kejayaan cemerlang dicapai... 

3 comments:

  1. Wah! awal sekolah ni buat ya.
    Sekolah anak Mrs. A belum lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'ah... Agak awal, tp mmg selalu pun cam tu... Macam2 aktiviti untuk bebudak tu...

      Delete