Search This Blog

HARGA MINYAK MULAI 27 APRIL 2017 - 3 MEI 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai  27 APRIL 2017 - 3 MEI 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬇ turun 6 sen (RM2.21 seliter)
RON97 : ⬇ turun 5 sen (RM2.49 seliter)
DIESEL : ⬇ turun 7 sen (RM2.14 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Haaaa .... Turun dah ... Terima kasih semua ... Harap-harap harga bahan mentah pun ikut ler turun ... Yerrr idak ....

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽


Wany Hasrita - Menahan Rindu



Sejenak Ku Termenung,
Awan Pun Mulai Murung,
Tiada Siulan-siulan Burung-burung,
Menemani Hariku Menemani Sepiku,
Tersiksa Angkara Menanggung Rindu.
Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini.
Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu.
Oh Angin Kau Kirimkan Kalimah Kasihku,
Agar Dapat Ku Dengari Kalamnya Berbunyi,
Biarpun Sekadar Cuma Memujuk Hati,
Akan Ku Terus Berdiri Hadapi Semua Ini,
Oh Hati Kau Sedarilah Kenyataan Ini,
Agar Dapat Ku Gagahi Dan Terus Berdiri.
Biarlah Ku Bersendirian,
Terkurung Dalam Kenangan Silamku,
Biarlah Aku Menahan Rindu,
Menahan Rindu.
********************
Selamat berhibur eak kengkawan ... Nie semua sebab Usop Mentor Milinea 2017 ... Sebab dia lah aku tepek lagu nie kat blog aku nih ...


NIQREES HYDROGEL | KEMPEN LOVE YOUR SKIN

YANG PERTAMA SEUMPAMANYA

Produk Pertama Seumpamanya di dalam bentuk HYDROGEL dan mengunakan ekstrak buah Kigelia Africana yang mana ia dapat memberi kesan pantas seawal kali pertama penggunaan.

Apa Yang Niqrees Boleh Bantu
—-------------------------------------
🌟 Merawat masalah kulit berjerawat kronik
🌟 Menghilangkan jeragat
🌟 Menghilangkan parut-parut lama
🌟 Mengembalikan kelembapan yang neutral pada kulit
🌟 Mengurangkan kedutan dan lebam bawah mata
🌟 Anti penuaan yang terbaik
🌟 Menutup masalah pori terbuka
🌟 Memberi keanjalan dan ketegangan kulit yang berterusan 
🌟 Wajah lebih cerah dan berseri
🌟 Mengatasi masalah kulit berminyak
🌟 Merawat masalah kegatalan kulit akibat kulit sensitif atau salah makan
🌟 Membantu menyembuhkan luka-luka dengan cepat
🌟 Sangat sesuai untuk kegunaan semua jenis kulit, dari bayi hingga dewasa

NIQREES FIRMING AND LIFTING HYDRO GEL adalah satu produk yang diformulasikan menggunakan bahan asas terbaharu iaitu dalam bentuk HYDRO GEL yang mana ia memberikan kadar penyerapan yang lebih tinggi serta memberikan keselesaan semasa pemakaian berbanding dengan cream atau serum.

HYDROGEL ... Mengapa produk menggunakan hydrogel dikatakan lebih bagus ????

HYDRO GEL adalah gel tidak berwarna yang mengandungi nutrien-nutrien yang mana ia memberikan kadar penyerapan yang lebih tinggi serta memberikan keselesaan semasa pemakaian berbanding dengan cream atau serum.

Selain tu, yang pasti, penggunaan hydrogel membuatkan sesuatu produk itu tidak melekit ... Senang nak guna dan sangat selesa bagi yang ingin menggunakan alatan mekap ...

Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit dan usia kerana diperbuat dari mineral semulajadi dan bebas dari bahan kimia.

TESTIMONI 

Jom skodeng mereka-mereka yang dah menggunakan Niqrees Hydrogel ...








Haaaa...  Teruja tak???
Mesti lah teruja kan... Tengok dia orang tu semakin dipandang semakin cantik manis... Flawless kata bebudak sekarang... 

PROMOSI

Hehehe... 
Nie gambar toke nyer ...

KEMPEN LOVE YOUR SKIN


SEMENANJUNG : RM78 (free poslaju)
SABAH/SARAWAK : RM83 (free poslaju)

Setiap pembelian FREE C2M Coffee Scrub.

Jika Puan/Tuan BERMINAT Dengan Tawaran Promosi Ini, Segera Hubungi Stokis Platinum -
Nor Asfa - 013-2536936
(Wasap untuk tindakan yang lebih pantas)
Facebook 

#NiqreesHydrogel
#NorAsfa

SENI DARIPADA GARAM

Sedang aku melayan Mentor Milenia 2017... Sambil sambil tu dok skroll sana skroll sini... Maka terjumpa sesuatu yang menarik... 

Memang menakjubkan hasil seni nya... Selama nie yang aku biasa tengok depa nie guna pasir jer... Tapi kali nie artis nie guna garam plak... Hebat... Memang menakjubkan kannn... 

Jom skodeng... 





So,  apa kata korang??? 

URI BAWAH, TEKANAN DARAH TINGGI

Sumber Google

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kengkawan semua... Mesti ramai yang berjalan-jalan hujung minggu nih,  maklum ler cuti lama skit... 

Aku tak ke mana kot... Penat dah nak jalan jauh... Takut pun yer jugak... Mak pun bising dah... 

Kali nie aku nak cite pasal hasil check up di Hospital Selayang lanjutan dari kes uri bawah ari tu... Boleh baca kisah nyer kat 30 MINGGU YANG MACAM2...

Selesai anak2 ke sekolah pagi Rabu ari tu, aku & BigBoss bergegas ke Hospital... Tak ketinggalan jugak Putra,  nak ikot jer ke mana aku pergi... Sampai kat hospital memang susah ler nak cari parking... Sebaik baik naik "katak hijau" tu boleh ler naik tepi mana2 yg boleh parking... Selesai masalah... Tapi aku ler hongeh nak jalan jauh... 

Kalau dah kat luar penuh, kat dalam lagi ker sebu... Huwaaa... Sabar menunggu giliran sehinggalah nama aku dipanggil untuk ujian biasa ibu mengandung; Ambik berat,  ujian air kencing & tekanan darah... Dalam hati nih berdebar-debar dah... Takut kes uri bawah nyer pasal lah... Semua nyer ok,  kecuali bp plak tinggi... Maka bising lah misi,  bahaya tau kalau bp tinggi nih... Aku kena rehat jap dan tenang-tenang jer... Bacaan kedua bp aku diambil dan bacaan aku masih tinggi... So,  misi2 baik hati nih suh aku masuk dalam rehat kat dalam,  tak lama lepas tu terus Dr panggil... Kalau ikutkan rase nyer blom sampai giliran aku lagi rase nyer... 

Mak lagi berdebar-debar lah aku... Peksa sana... Peksa sini... Tanya itu ini... Lepas tu kena baring nak scan perut... Huwaaa,  takut nyer,  macam-macam dah aku baca... Scan punye scan... Atas bawah kiri dan kanan... "Alhamdulillah, uri awak dah bergerak ke atas... Kepala baby kat bawah... Tapi belum turun lagi... Air ketuban pun cukup... Berat baby ngan usia selaras..." kata Dr... Ya Allah,  perasaan aku masa tu,  tak terkata... Allah Maha Berkuasa... Syukur sangat... 

Tapi Dr nak suh aku masuk wad jugak sebab bp aku masih tinggi... Bahaya untuk aku dan kandungan... Huwaaa... Tak mo aku cakap,  gelak jer Dr tu... Maka aku kena ke Dewan Bersalin untuk monitor bp aku... Aku ingatkan kejap, rupa nyer berzaman... Dari pagi sampai ke petang aku kat spital... Macam2 kes aku tengok kat Dewan Bersalin tu... Serammmm plak... 


Dah selesai monitor bp tu... Yang mana dah ok... Berzaman plak nak menunggu report Dr... Nak tunggu dulu result darah dan air kencing dulu... Kesian kat BigBoss & Putra... Jenuh depa menunggu... Sampai tido-tido kat surau... 

Akhirnya... Laporan Dr pun keluar,  aku tak perlu masuk wad... Tapi seharian lah aku bersepau kat spital tu... Bp dah ok, cuma aku kena amik tekanan bp selang sehari untuk monitor... Oklah kan... Tapiiii Dr detect kencing pulak berkuman... Adoiii laa... Dr cakap memang biasa cam tu... Just ambik antibiotik jer... Dun worry kengkawan...
Sediakan jer hadiah nyer... 😉😉😉

Sekarang kandungan dah 34w ++ ... Dah dekat dah kan... Harap akan ok lah lepas-lepas nie... Haisshhh, macam-macam kannn... Kengkawan semua tolong doakan saya eak... Semoga dipermudahkan segala urusan... Sihat ibu dan baby...

Ppsssttt... Baby laki ker pompuan? 
Korang rase? 
Teka lah... Teka lah... 

SODA HERBS

Kengkawan ada yang tengah ganti puasa? Boleh lah try berbuka nanti dengan minuman soda herbs 'Refreshing' ni! Memang menyegarkan! Aku dah pernah cuba dulu, tapi kakak aku yang buat... 

So, hari nie aku tepek ler resepi nyer... Gabungan pelbagai bahan seperti daun pudina, serai, asam boi, dan laici menghasilkan perisa yang cukup unik dan menarik! Cara penyediaannya pun amat ringkas dan mudah, dan boleh juga dihidangkan di bulan Ramadan nanti! Buat satu jag besar terus senang... Boleh ramai-ramai merasa... 


Bahan-bahan:


- Daun pudina 

- Serai 

- Lemon 

- Asam boi 

- Laici 
- Ais krim soda 
- Ais 

Cara-cara:
1. Titikkan serai dan masukkan ke dalam bekas minuman. 
2. Hiris lemon dan masukkan ke dalam bekas minuman. 
3. Masukkan daun pudina, dan tumbuk sedikit. 
4. Masukkan asam boi, laici, ais, dan ais krim soda. Gaul. 
5. Siap untuk dihidang!

NUJUM PAK BELALANG


Nujum Pak Belalang 

Nujum Masai: Jika tuan bijaksana, marilah jawab soalan hamba.

Pak Belalang: Silakan Nujum Masai.

Nujum Masai: Ada sebuah masalah, 1 banyak-banyak, 2 sikit-sikit, 3 kadang-kadang, 4 jarang-jarang? Apakah itu?

Pak Belalang: Minyak!!!! 

Nujum Masai: Sebab!!!! 

Pak Belalang: 
1. Banyakkk ... Ertinya bulan ni sahaja, banyak kali minyak naik ...
2. Sikit-sikit ... Ertinya sikit-sikit dia naik ...
3. Jarang-Jarang ... Ertinya jarang-jarang kita dengar minyak turun ...
4. Kadang-kadang ... Ertinya kadang-kadang kita dapat merasa minyak murah ...

😀😀😀

#CopyPaste 

HARGA MINYAK MULAI 20 APRIL 2017 - 26 APRIL 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai  20 April 2017 - 26 April 2017. Harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 3 sen (RM2.27 seliter)
RON97 : ⬆ naik 2 sen (RM2.54 seliter)
DIESEL : ⬆ naik 5 sen (RM2.21 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Tu dia... Naik lagi minggu nih... Sabar no kengkawan... Teruskan senyum... Sampai masa yang sesuai nanti kita pilih lah yang lain plak...

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽


TUISYEN ONLINE PERCUMA


Kerajaan Selangor telah melancarkan tuisyen online percuma untuk pelajar-pelajar Tingkatan 5. Anda perlu log masuk ke laman web berkenaan untuk mendapatkan tuisyen percuma. 

PAKEJ YANG DITAWARKAN

TAZKIRAH JUMAAT #71 | KIAMAT PASTI DATANG


Peringatan Untuk Kita Semua
____________________________


بِيسمِ اللَّÙ‡ِ الرَّحمَÙ†ِ الرَّØ­ِيم 


Kepada kengkawan yang ingin menonton siri Halaqah TV9 2016 "Kiamat Pasti Datang" sebanyak 30 episod, berikut senarai link untuk panduan semua. 

Aku dapat link-link nie daripada group wasap... Aku pun tak sempat tengok semua lagi, tu yang aku tepek kat sini... Terima kasih pada kengkawan yang sudi berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat... 













12. Ep 12 - Konspirasi pergolakan semenanjung Arab! https://www.facebook.com/VideoIslamik/videos/2202311013326842/






















Jangan lupa share !! :)

Jangan meremehkan amal sekecil apa pun kerana kita tidak tahu pahala mana yang akan memasukkan kita ke dalam  syurga... Wallahualam...

HARGA MINYAK MULAI 13 APRIL 2017 - 19 APRIL 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai  13 April 2017 - 19 April 2017. Harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 8 sen (RM2.24 seliter)
RON97 : ⬆ naik 9 sen (RM2.52 seliter)
DIESEL : ⬆ naik 8 sen (RM2.16 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Tu dia... Semua naik minggu nih... Sabar no kengkawan... Teruskan senyum... Sampai masa yang sesuai nanti kita pilih lah yang lain plak...

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

WORDLESS WEDNESDAY - 140 | ENERGY CUBE MILO


Terobek Sesangat

Cerita bersiri... Semua orang suka tengok kan... Aku pun suka jugak... Sejak dulu lagi dah memang suka tengok... 

Haaa... Kat bawah nie antara yang aku layan dulu-dulu... Ada tak yang geng ngan aku... Nie cerita lama eak adik oiiii... Mesti ada yang tak tau... 


The A Team


The A-Team is an American action-adventure television series that ran on NBC from 1983 to 1987 about members of a fictitious former United States Army Special Forces unit. The members, after being court-martialed "for a crime they didn't commit", escaped from military prison and, while still on the run, worked as soldiers of fortune. The series was created by Stephen J. Cannell and Frank Lupo. A feature film based on the series was released by 20th Century Fox in June 2010.


I Dream Of Jeannie


I Dream of Jeannie is an American fantasy and comedy sitcom starring Barbara Eden as a 2,000-year-old genie and Larry Hagman as an astronaut who becomes her master, with whom she falls in love and whom she eventually marries. Produced by Screen Gems, the show originally aired from September 18, 1965 to May 26, 1970 with new episodes, and through September 1970 with season repeats, on NBC. The show ran for five seasons and produced 139 episodes.


Super Gran


Super Gran is a 1980s children's television programme, about a grandmother with super powers. The show was adapted by Jenny McDade from books written by Forrest Wilson and was produced by Tyne Tees Television for Children's ITV. The title character was played by Gudrun Ure, with Iain Cuthbertson as her nemesis, The Scunner Campbell.
Two series, each consisting of 13 episodes, were produced, alongside a Christmas special. All episodes have been released by Network DVD. The show inspired two computer games.


Mac Gyver 


MacGyver is an American action-adventure television series created by Lee David Zlotoff. The show ran for seven seasons on ABC in the United States and various other networks abroad from 1985 to 1992. The show follows secret agent Angus MacGyver, played by Richard Dean Anderson, who works as a troubleshooter for the fictional Phoenix Foundation in Los Angeles and as an agent for a fictional United States government agency, the Department of External Services (DXS). Educated as a scientist in Physics at Western Tech ("Hell Week"), MacGyver served in the U.S. Army as a Bomb Team Technician/EOD during the Vietnam War ("Countdown"). Resourceful and possessing an encyclopedic knowledge of the physical sciences, he solves complex problems by making things out of ordinary objects, along with his ever-present Swiss Army knife. He favors non-violent resolutions and prefers not to handle a gun.

Aku wikipedia kan ajer... Ada tak yang layan cite nih dulu...??? Banyak lagi kot sebenar nyer,  tapi tak ingat dah... 

HARI KARNIVAL SKGS 2017

Cerita hujung minggu lepas ... Sekolah bebudak nie ada kan Hari Karnival SKGS 2017 ... Senang cite zaman aku dulu panggil hari kantin jer, sama cam aku sekolah dulu-dulu ... Best lah untuk bebudak nie ... Bagi aku agak bosan sebab lebih kurang jer aktiviti nyer seperti tahun tahun lepas ... Tapi tu lah kan tak leh nak salah kan sape-sape ... Tugas sebagai guru tu dah jenuh dah,  nie nak kena fikir plak pasal aktiviti-aktiviti lain... 

Seperti biasa banyak booth dibuka ... Ade roller blade, rumah hantu, main belon, mini zoo dan beberapa gerai jual barang- barang permainan ... Cikgu-cikgu pula menjual makanan dan minuman di kantin ... Sistem kupon digunakan sepenuh nyer ...

Bebudak nie bersemangat sungguh nak gie ... Tido malam pun awal ... Bangun pun senang ... Mandi pun cepat ... Maklum ler  ler nak perabihhh duit ... Abang Ngah terlibat dengan permainan gendang bagi mengiringi persembahan silat...  BigBoss tak de plak, lagi naik hantu lah depa ... Aku plak menguatkan semangat dan kudrat dengan perut yang semakin maju ke depan... Huhuhu ...

Jom skodeng gambar nyer ... 



Menunggu giliran nak masuk rumah belon... 


Fatiha ngan Putra masuk rumah belon lagi tahun nie... RM5 seorang...


Suka lah budak nie...


Tu dia... Kakak sampai bawah dulu... Dah tak takut dah Si Putra tu...


Naik lagi berulang kali... Sampai lah diarahkan keluar...


Gembira sangat lah tu... Sudah semakin berani...


Masuk mini zoo plak...  Pada pemerhatian aku macam jenis binatang yang sama seperti tahun lepas burung, ular,  kambing,  arnab dan lain-lain ... Tapi tak perasan plak memang binatang yang sama atau yang lain...


Ada penyanyi jemputan... 


Tapi aku tak pasti sape... Kate nyer nyanyi lagu nasyid... 

Dah selesai menggembirakan hati masing-masing...  Maka masuk lah waktu mengisi perut masing-masing... Macam-macam jenis ada,  nak ngan tak nak jer... Tapi ada makanan yang agak mahal bagi bebudak, mungkin target nyer adalah mak bapak budak... 

Lepas selesai semua,  aku suruh ler Putra ngan Fatiha balik ngan Abang Long... Ok jer dia orang sebab masing-masing dah dapat habuan...  Aku stay kat sekolah, ingatkan nak tengok Abang Ngah main gendang... Tunggu punya tunggu sekali cancel... Memang hampeh,  kesian kat bebudak tu panas, maklum ler berbaju melayu hitam... 

Sekian, wassalam... 

#harikarnival
#skgs