Search This Blog

CPUV Nuffnang #56 | uMobile Blogger Ambassador, CPUV Nuffnang #57 | Nando's Sedap Sangat Ke, CPUV Nuffnang #58 | Resort World Sentosa, CPUV Nuffnang #59 | OLDTOWN White Coffee, CPUV Nuffnang #60 | Shell Helix 'Love My Engine'

Alhamdulillah ... Rezeki di bulan Ramadhan ... Sebenar nyer cam nak merajuk dah ngan #nuffnang nie ...






Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 


Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

Kes Ditutup ...


Alhamdulillah ... Khamis ari tu Danial ada check up kat Hospital Selayang ... Sesape yang ikuti Kisah Danial mesti tau kenapa ...


Selepas kisah yang menakutkan aku tu berlaku ... Tak de lagi kejadian-kejadian yang tak diingini berlaku ... Cuma Danial perlu mengulangi check up di hospital mengikut yang telah ditetapkan ...



Spek mata yang dibuat pun dah hilang ... Tak tau mana pergi ... Gagal dikenalpasti ... Hilang ingatan jap ...



Alhamdulillah jugak doktor dah tutup kes Danial ... So, lepas nie tak payah ulang lagi temujanji macam selalu ... Tak perlu lagi ke hospital ... Harap-harap lepas nie tak kan berulang lagi ...



IBU sayang Abang Ngah ... IBU sayang semua anak-anak IBU ...




Ya Allah, Kau terangilah hati anak-anak ini dalam mendalami ilmu dunia & akhirat ... Kau jadikanlah mereka anak yang soleh dan solehah, yang menjaga solat dan agamanya ... Yang menjaga kebajikan kedua ibu bapanya ... Yang menjaga kebajikan mereka yang memerlukan ... Tidak sombong dan pandai menjaga diri ... Amiinnn ...

Wordless Wednesday - 71 | MARHABAN YA RAMADHAN




SALAM RAMADHAN 1436H | 2015M


Assalamualaikum semua ... 
Dikesempatan ini nak ucapkan "Selamat Berpuasa" kepada semua ...

Harap2 semoga Ramadhan kali ni akan
lebih baik dari tahun2 yang lalu ...

Insyallah kita semua
akan mula berpuasa pada 18/6/2014 (Khamis)

Yang paling penting jgn lupa niat puasa yer!!!!!







Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu siangnya engkau sibuk berzikir ... Tentu engkau tak akan jemu melagukan syair rindu ... Mendayu ... merayu ... Kepada- NYA Tuhan yang satu ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu solatmu kau kerjakan di awal waktu ... Solat yang dikerjakan ... Sungguh khusyuk lagi tawadhu' ... Tubuh dan qalbu ... Bersatu memperhamba diri ... Menghadap Rabbul Jalil .. Menangisi kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya wamamati lillahirabbil 'alamin"
[sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam]


Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tidak akan kau sia siakan walau sesaat yang berlalu ... Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja ... Di setiap kesempatan juga masa yang terluang ... Alunan Al-Quran bakal kau dendang ... Bakal kau syairkan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu malammu engkau sibukkan dengan ... Bertarawih ... Berqiamullail ... Bertahajjud ... Mengadu ... Merintih ... Meminta belas kasih ...
"Sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurga-MU tapi aku juga tidak sanggup untuk ke neraka-MU"

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu dirimu tak akan melupakan mereka yang tersayang ...

Mari kita meriahkan Ramadhan ... Kita buru ... Kita cari ... Suatu malam idaman ... Yang lebih baik dari seribu bulan ...

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir ... Tentu engkau bakal menyediakan batin dan zahir ... Mempersiap diri ... rohani dan jasmani ... Menanti-nanti jemputan Izrail ... Di kiri dan kanan ... Lorong-lorong redha Ar-Rahman ...

Duhai Ilahi ...

Andai ini Ramadhan terakhir buat kami ... Jadikanlah ia Ramadhan paling bererti ... paling berseri ... Menerangi kegelapan hati kami ... Menyeru ke jalan menuju redha serta kasih sayangMu Ya Ilahi ... Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti ...

Namun sahabat semua ... Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui ... Apakah Ramadhan ini merupakan yang terakhir kali bagi dirinya ... Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah berusaha ... bersedia ... meminta belas-NYA ...

Wahai tuhan ku tak layak kesyurgamu namun tak pula aku sanggup ke  Nerakamu ... Kami lah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah  jadikan lah kami hamba2 Mu yang bertaqwa ... Ampunkan dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua  ibubapa kami, dosa-dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah  meninggal dunia"
Amin.....
Andai benar ini Ramadhan terakhir buat saya ...
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN YANG PERNAH SAYA LAKUKAN


Jom Tambah Ilmu :

Jika Hati ...

Gambar Hiasan

Air Mata Tak Kan Menitis
Jika Hati Tak Terluka

Ketawa Tak Kan Wujud
Jika Hati Tak Terhibur

Rindu Tak Kan Hadir
Jika Hati Tak Menyayangi

Dan Sayang Tak Kan Berputik
Jika Hati Tak Mencintai

Pisang Sabah Pisang Sarawak, 
Telur ayam di telan biawak ...
Bukan niat nak ganggu awak, 
Cuma nak bagitau saya sayang kat awak ...

I miss you!

TAZKIRAH JUMAAT #34 | ISTERI LUAR BIASA



ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG BERUNTUNG!



--- Kaum ADAM dan HAWA, WAJIB Baca ---


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh.

Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan.

Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

Tuan syeikh tersenyum.

Isteri itu kehairanan.

Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung.

Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu.

ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi.


Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.

Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami.

Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.

Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH.

ALLAH akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun Tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.

Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah.

Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?

Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang WAJIB dijaga dengan baik.

Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan....

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?

Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.....

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti?

Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri.

Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH.

Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu..

Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.

Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho.

Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?
isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata. 

Dia menangis sebak.

Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH.

Aku kasihan kepada suamimu itu.

Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka.

Susah dan sukarnya menjadi seorang suami.

Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak.

Untungnya kalian para isteri.

Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.

Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.

Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.

WaLlahu a'lam
 — 

Kisah Buah Oren


Saje nak cerita kisah ari tu ... Aku dan anak2 teman uwan nyer shopping ... Walaupun pada mula nyer just nak beli kasut sekolah bebudak nie ... Tapi dah melarat-larat plak ... Singgah kedai buku lah ... Singgah 7eleven lah ... Singgah pasaraya lah ... Pompuan biasa lah kannn ...

Dah singgah banyak tempat maka banyak ler jugak hasil nyer ... KERAjaan pun dapat banyak hasil 6% GST ... Ehhh mengarut dah nie ... Mana kisah buah oren nyer nih ... Setelah selesai segala urusan berbondong-bondong lah kami balik ...


Kebetulan ari tu kami naik teksi jer ... Sebab semua2 yang gie shopping tu kaki bangku ... He he he ... Teksi memang banyak kat OTK nie ... Tunggu sekejap jer, kadang2 memang dah ada pun ...

Sampai kat umah, kami pun mengemas ler barang2 yang telah dibeli ... Bebudak pun ape lagi menerai ler buat ker sekian kali nyer kasut masing2 ... Tiba2 Mak aku panggil and tanya "Nie ada terambil buah oren Mak tak ?" ... "Laaa tak de plak, dah habis kemas dah" ... Hmmm ... Berfikir lah kami memerah otak mengulang kembali peristiwa siang tadi ... Kesimpulan nya, tinggal samada di bus stop or dalam teksi ... "Takpe lah Mak, nak buat cam ner, bukan rezeki kita lah tu" ... Kami pun redha jer lah ...

Sekali dah malam tu Mak call cakap  ada orang pulangkan buah oren tu ... Terkejut gak aku ... Tak sangka baik hati orang tu ... Rupa2 nyer buah oren tertinggal dalam teksi ... Ada pelanggan naik cakap kat pemandu teksi ... Selesai tugas pemandu teksi hantar balik buah oren ... Oh terharu sungguh aku dan Mak ... Dalam zaman GST6% nie masih ada insan berhati mulia ... Amanah dalam menggalas tugas ...

Aku doakan semoga pelanggan yang jumpa buah oren tu dan pemandu teksi yang pulangkan buah oren tu akan sentiasa di bawah rahmat Nya, sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan ... Ameennn ...





Wordless Wednesday - 69 | APA ?


KAKI KOMEN MEI 2015 #KISAHHIDUPKU ...



Haaa ... Nie lah kaki komen blog nie bagi bulan Mei 2015 ... Meriah nyer ... Ada yang baru ... Ada yang masih kekal ... 

Terima kasih ler kat korang semua ... Yang rajin datang singgah + komen kat blog aku nih ...


Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ...
Terima kasih bebanyak korang-korang ...
Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...
Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... 
Nie saje suke-suke ...

CPUV Nuffnang #55 | Glico Pocky


Alhamdulillah ... Ohh nampak nyer #nuffnang bermurah hati bagi awal kali nie ... Harap2 petanda bagus untuk bulan nie ...

Kengkawan kalau ada jumpa iklan cam nie menari-nari tergedik-gedik kat blog Kisah Hidup Ku & Jom Bercontest boleh ler klik untuk yang berminat jer tau ... Tiada paksaan, tak mo pun tak pe lah ... 
Sob ... Sob ... Sob ... 



Terima kasih #nuffnang ... 
Terima kasih kengkawan ... 
Alhamdulillah ... 

p/s :- pastikan yang halal !!!