Search This Blog

Doakan Untuk Abang Long & Abang Ngah


  
Assalamualaikum & Salam sejahtera semua. Seperti yang semua tahu mulai minggu depan dan minggu-minggu seterusnya akan berlansung peperiksaan-peperiksaan besar bagi pelajar-pelajar di Malaysia. Bermulalah UPSR, UPKK, PSRA, PT3, SPM,  STPM dan sebagainya. Abang Long akan menduduki PT3 manakala Abang Ngah akan menduduki UPSR & PSRA. Doakan kejayaan dunia akhirat mereka berdua dan juga semua pelajar yang lain. Semoga beroleh kejayaan cemerlang. Insyaallah. 

Ya Allah, Ya Tuhan Kami, 

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik dan hidayah Mu ya Allah.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

 Ikhlaskan hati anak-anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah. Semata-mata kerana Mu ya Allah.

Ya Allah,

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan UPSR, PSRA, PT3, SPM dan peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah anak-anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah.

Ya Allah,

Peliharalah kesihatan anak-anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.

Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti. Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak-anak kami. Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan.

Ya Allah,

Berilah keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak-anak kami. Mudah-mudahan dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak-anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak-anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat mazmumah dalam diri mereka.

Ya Allah, jadikanlah anak-anak kami seorang pemimpin di kalangan orang yang bertakwa.

Ya Allah,

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak-anak kami sahaja, tetapi apa yang kami doakan ini juga untuk anak-anak sahabat ku ya Allah. Berikanlah mereka kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat.

Ya Allah,

Sesungguhnya, anak kami inilah harapan kami. Kami mahu mereka berjaya ya Allah. Kami mahu mereka mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh dan solehah ya Allah. Yang menyejukkan mata kami memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah hati mereka untuk melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke syurga Mu ya Allah.

Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan-amalan yang membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara yang tidak berfaedah ya Allah.

Ya Allah,

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami. Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Segmen bloglist Oct & Nov'18 by zzzyy.blogspot.com



Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
30 September 2018

Hadiah :
Masuk Bloglist

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ... 

SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY


INCONE TAMBAHAN,  JOM JOIN

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN UPSR 2018

Hai kengkawan. Minggu depan akan bermula lah Peperiksaan UPSR 2018 di seluruh negara. So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar. Actually semalam lagi dah start UPSR tapi utk SJKT & SJKC. 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah.

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa
5. Berdoa dan bertawakal
Kepada para Ibu atau bapa pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.


3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.



Insyaallah ... 
Allah tu kan Maha Mengasihani ...

Semoga dilapangkan dada dan diterangkan hati untuk menjawab peperiksaan nanti ...

Good Luck !!!

SELAMAT HARI LAHIR BIGBOSS



Ya Allah, panjangkan lah umur suamiku, agar dapat kami bersama-sama mendidik Anugerah dari-Mu,  meniti usia tua bersama ... Ya Allah, berikanlah nikmat kesihatan yang baik untuknya agar dia dapat mencari rezeki buat kami sekeluarga; melindungi kami sekeluarga ... Ya Allah, Kekalkanlah HATInya hanya buatku hingga ke Jannah; lindungilah suamiku daripada segala tipu muslihat dunia ini ... Amin ...

Ya Allah bagi Mu segala kepujian dan kesyukuran sebagaimana layak untuk Mu dengan kebesaran kekuasaanMu dan kemulian wajahMu dan ketinggian kemulianMu yang bilamana Engkau menjadikan dia sebagai suamiku …


Ya Allah Engkau jadikanlah dia penyejuk mataku dan pembantu untuk aku mentaati Mu … Ya Allah Engkau jadikanlah aku sebagai penenang untuknya dan penasihat yang diberkati … Ya Allah Engkau kasihkan aku kepadanya dan kasihkanya kepada aku … Dan rezekikan kami zuriat yang soleh@solehah yang menjadi kebaikan kepada agama dan dunia …

Ya Allah tutupilah keburukanku padanya dan tutupilah keburukannya kepada ku … Dan perlihatkanlah kepadaku kebaikannya dan redhakan aku apa yang telah Kamu beri kepadaku dan berkati aku padanya … Ya Allah permudahkanlah ia bagi ku dan permudahkan urusanku bersamanya dan jauhikanlah aku keburukannya ... Jadikanlah aku berpuashati dengannya dan dia berpuashati denganku … Ya Allah berikanlah petunjuk kepadanya sebagaimana yang Engkau kehendaki dan redha …

Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...
Ya Allah perkenankanlah ...

Bismillah...Dengan nama Allah yang Maha Melindungi, Berilah keberkatan dalam setiap langkah perjalanan dan kerja yang kami lakukan hari ini. Lindungi kami, anak-anak kami dan keluarga kami daripada segala bahaya dan penyakit. Engkau Maha Pemberi, berikan kami rezeki yang melimpah ruah melalui jalan yang disangka atau tidak disangka-sangka yang penuh barakah... Ya Allah... Yang telah menyatukanku dengan suami ku dengan ikatan yang sah, peliharalah dan suburkanlah cinta kami sebagai mana kami cinta padaMU dan RasulMu... Dan lindungilah cinta kami dari godaan syaitan.







SALAM AIDIL ADHA 2018


Esok kita seluruh umat Islam akan menyambut Aidil Adha ... Tak de persiapan ape2 pun ... Just guna baju raya lepas jer ... Buat semua ... Harap maaf atas salah dan silap terlanjur kata ... Kami beraya di sini jer ... Kepada sahabat2 yang pulang ke kampung halaman, hati-hati di jalanraya ...

Saat berderai jatuh titisan air mata suci IBRAHIM melihatkan keteguhan iman anaknya ISMAIL dikala itulah bermula sejarah agung ERTI SEBUAH PENGORBANAN ...
Semoga aku dan BigBoss berpeluang menjadi Tetamu Allah bersama-sama ...



Di sini saya kongsikan sedikit maklumat untuk ingatan kita bersama ...

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji ... Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah ... Merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia ... Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri ... Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban ... Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah ...

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. 

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Tahniah Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara


Alhamdulillah! Tahniah Pasukan Bola Sepak Bawah 23 Tahun Negara yang menang dengan mengejutkan Juara Bertahan Korea Selatan 2-1 dalam Perlawanan Bola Sepak Sukan Asia 2018 di Stadium Si Jalak Harupat, Bandung, Indonesia.

Dua gol menerusi Safawi Rasid meletakkan Malaysia ke Pusingan Suku Akhir dengan berbaki satu lagi perlawanan menentang Bahrain. Dalam perlawanan sebelumnya, Malaysia juga menang 3-1 ke atas Kyrgyzstan.

Malaysia mendahului pasukan lawan seawal minit ke-4 hasil jaringan Safawi Rasid. Selepas itu pasukan lawan menggandakan serangan namun gagal membolosi gawang Malaysia, sebaliknya Safawi Rasid sekali lagi bertindak cemerlang menggegarkan gawang Korea Selatan pada minit ke-45. Terkejut kerana ketinggalan, pasukan Korea Selatan meneruskan serangan. Pemain skuad Piala Dunia 2018 diturunkan. Gawang Malaysia akhirnya dibolosi pada minit ke-87. 

Tahniah juga buat jurulatih Datuk Ong Kim Swee!

#MalaysiaBoleh !

Segmen Bloglist Blog Nieyl


Jom kengkawan ... Sape-sape yang belom join, meh ler meramaikan dan memeriahkan suasana ... Klik banner kat atas jika berminat untuk turut serta ...

Tarikh Tamat :
19 Ogos 2018

Hadiah :
Masuk Bloglist

Jangan lupa singgah jalan-jalan kat Kisah Hidup Ku & Join segmen kat Jom Bercontest ... 

SUSTAGEN SUPERMOM MONTHLY GIVEAWAY
INCONE TAMBAHAN,  JOM JOIN

Ada Belaan Kat Rumah Aku


Eeeee. Ada belaan kat rumah aku. Geram betul lah. Mengganggu aku dan bebudak nih jer. Boleh mendatangkan perbalahan. Dah ler ada dua ketul plak tu. Haisshhh. Jom tengok sebaik aku sempat ambik gambar makhluk dua ketul ni. 

Ni lah belaan baru bebudak ni. 

Nak bagi nama apa? Ada 2 ketul, jantina x diketahui. 

Dari minggu lepas duk ratib ngan aku nak beli kura-kura. Sebelum  sebelum nih depa dah bela ikan. Banyak kali jugak lah beli. Tapi tak tahan lama, cepat mati. So, aku tak bagi dah bela ikan. Laa ni depa tuntut menatang lain plak. 

Last last semalam beli jugak lah dua ketul nih. Aku suh kongsi adik-beradik. Kalau gaduh aku buang dua ketul nih nanti. Gembira lah mereka semua. Kita tengok berapa lama plak tahan. 

Haisshhh... 

DS NAJIB DIDAKWA


Pagi tadi Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada jam 8.25 pagi ini, sebelum pasukan pendakwaan memasukinya jam 8.40 pagi. Aku tengok siaran langsung kat tv jer... 

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, bakal diwakili oleh barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur pagi ini.

Pasukan pendakwaan:

1. Tommy Thomas
2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria
3. Manoj Kurup
4. Datuk Shuhaimi Ibrahim
5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar
6. Datuk Ishak Mohd Yusof
7. Donald Joseph Franklin
8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi
9. Budiman Lutfi Mohamed
10. Sulaiman Kho Kheng Fuei
11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul
12. Muhammad Izzat Fauzan

Pasukan peguam bela Najib:

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah
2. Harvinderjit Singh
3. Datuk Raj Krishnan
4. Farhan Read
5. Rahmat Hazlan
6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee
7. Syahirah Hanapiah

Lepas semua selesai, bila Peguam Negara nak buat sidang akhbar berlaku sedikit kekecohan. Mungkin oleh penyokong DS Najib. Mereka nak sidang akhbar dalam Bahasa Melayu. Bila dah kecoh-kecoh tu maka tak jadi ler. Aku tak tau ler lepas-lepas tu ada tak sidang akhbar, sebab lepas dah tertangguh jap tu aku pun meneruskan tugasan aku kat rumah seperti biasa. 


Online Gift Shop

Aku kan kalau bab nak memberi hadiah nih mesti pening... Tak tau nak bagi apa kat orang... Tambahan aku nie tak sekreatif mana pun... Masa plak terhad... 



Jenuh skodeng online gift shop malaysia ... Sebaik ler terjumpa dengan satu online shop nih yang best giler; creative gifts shop malaysia... 

Pelbagai jenis hadiah disediakan dan kita boleh memilih mengikut kesesuain... Yang best nyer kita boleh design sendiri apa yang kita nak letak kat hadiah yang istimewa tu... 



  


 
Berikut antara beberapa pilihan produk yang ada ... Banyak sangat pilihan korang boleh buat sesuaikan dengan sape korang nak bagi kejutan tu...

Cara nak uruskan pun tak susah sangat... Korang cuma perlu buat beberapa langkah mudah... 

1. Memula tu korang kena lah pilih produk mana yang korang nak; nak tshirt ker, nak bantal ker, nak cawan ker... 

2. Lepas tu korang kena lah upload design yang korang nak letak kat produk yang korang dah pilih tadi.

3. Bila dah selesai semua boleh lah korang membuat pesanan tersebut... 

Mudah kan... Aku dah cakap tadi senang sangat... Dalam aku duk skodeng sana sini nih... Aku dah terpikir-pikir nak order apa nanti... Tapi bagi aku biarlah rahsia dulu... Kalau dah dapat nanti baru ler aku cite kat korang... 

  • Nah aku belanja lagi beberapa maklumat menarik... Korang pasti teruja aihhh... 


If you are looking for best custom mug printing in malaysia, don’t forget to contact them.

Or if you have any upcoming birthday party and would like to impress your guest, photo booth in kl is your best entertainment.






We also welcomed any sponsorship to get sponsor for their event. Don’t miss out to grab this big opportunity by click here Sponsorship for Event “

SALAM AIDILFITRI 2018M/1439H


Selamat Hari Raya diucapkan kepada semua saudara-mara dan kawan-kawan tak kira di mana jua anda berada ... Ampun dan maaf dipinta andainya terkasar bahasa, tersilap bicara, terpinjam harta-benda, terumpat bila-bila; semoga dimaafkan ...

Semoga Syawal kali ini menjadi Syawal yang terindah buat kita semua ...

Maaf Zahir Batin dari kami sekeluarga ...

Dalam kita bergembira jangan lupa pada mereka-mereka yang telah tiada dan mereka-mereka yang teraniaya ...

#‎PrayForGaza‬
 #PrayForPalestine
#PrayForSyria
#PrayForQatar
#PrayForMalaysia
#MalaysiaSejahtera

Jadual Perlawanan Piala Dunia 2018



Perlawanan Pertama

14 Jun


11:00 PM
  Russia vs Saudi Arabia 


15 Jun



8:00 PM 
 Egypt vs Uruguay 

11:00 PM 
 Morocco vs Iran 


16 Jun

2:00 AM 
 Portugal vs Spain 

6:00 PM 
 France vs Australia 

9:00 PM 
 Argentina vs Iceland 

17 Jun

12:00 AM 
 Peru vs Denmark 

3:00 AM 
 Croatia vs Nigeria 

8:00 PM 
 Costa Rica vs Serbia 
11:00 PM 
 Germany vs Mexico 


18 Jun

2:00 AM 
 Brazil vs Switzerland 

8:00 PM 
 Sweden vs South Korea 

11:00 PM 
 Belgium vs Panama 

19 Jun

2:00 AM 
 Tunisia vs England 🏴󠁧󠁢󠁥

8:00 PM 
🇨🇴   Colombia vs Japan 

11:00 PM 
 Poland vs Senegal 

Perlawanan Kedua


20 Jun

2:00 AM 
 Russia vs Egypt 

8:00 PM 
 Portugal vs Morocco 

11:00 PM 
 Uruguay vs Saudi Arabia 

21 Jun

2:00 AM 
 Iran vs Spain 

8:00 PM 
 Denmark vs Australia 

11:00 PM 
 France vs Peru 

22 Jun

2:00 AM 
 Argentina vs Croatia 

8:00 PM 
 Brazil vs Costa Rica 

11:00 PM 
 Nigeria vs Iceland 

23 Jun

2:00 AM 
 Serbia vs Switzerland 

8:00 PM 
 Belgium vs Tunisia 

11:00 PM 
 South Korea vs Mexico 

24 Jun

2:00 AM 
 Germany vs Sweden 

8:00 PM 
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿England vs Panama 

11:00 PM 
 Japan vs Senega l

25 Jun

2:00 AM 
 Poland vs Colombia 


Perlawanan Ketiga


25 Jun

10:00 PM 
 Saudi Arabia vs Egypt 

10:00 PM 
 Uruguay vs Russia 


26 Jun

2:00 AM 
 Iran vs Portuga l

2:00 AM 
 Spain vs Morocco 

10:00 PM 
 Australia vs Peru 
10:00 PM 
 Denmark vs France 


27 Jun

2:00 AM 
 Nigeria vs Argentina 

2:00 AM 
 Iceland vs Croatia 

10:00 PM 
 South Korea vs Germany 
10:00 PM 
 Mexico vs Sweden 


28 Jun

2:00 AM 
 Switzerland vs Costa Rica 

2:00 AM 
 Serbia vs Brazil 

10:00 PM 
 Senegal vs Colombia 
10:00 PM 
 Japan vs Poland 


29 Jun

2:00 AM 
🏴󠁧󠁢󠁥󠁮󠁧󠁿England vs Belgium 

2:00 AM 
 Panama vs Tunisia 

*Maaf jika ada kesilapan dalam jadual di atas, akan dikemaskini dari masa ke semasa...