Search This Blog

HARGA MINYAK MULAI 30 NOVEMBER 2017 - 6 DISEMBER 2017


⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 30 NOVEMBER 2017 - 6 DISEMBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yg berikut :

RON95 : === (RM2.30 seliter)
RON97 : === (RM2.58 seliter)
DIESEL :⬆ 2 sen (RM2.25 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Ada yang menaik dan ada yang kekal nampak nyer minggu nie...  Nak buat apa pun xboleh... Jangan stress tau,  layan kan aje...

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua... Jom gie jalan-jalan cari makan... 
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Klik untuk menampung harga minyak, terima kasih pada yang membantu... 

Minyak Naik Harga? 

Chill...

PETRONAS Nak Bagi Korang 3X Mata Ganjaran Kad Mesra Ni! Dapatkan juga T-shirt Edisi Terhad 4x World Champions! 

BIG BAD WOLF


Diskaun Sampai 95%, Big Bad Wolf Bakal Buat Cuti Sekolah Anak Lebih Enjoy! 

‘Ulat buku’, berita baik untuk korang! Sila alert acara paling ditunggu-tunggu setiap tahun, pameran dan jualan buku terbesar Big Bad Wolf kini kembali lagi.

Bermula 7 pagi pada 8 Disember hingga 11:59 malam, 18 Disember 2017. Kat mana? Macam biasalah MIECC, The Mines tempat paling strategik dan disukai ramai!

Untuk maklumat lanjut :

KISAH SI PENAPIS AIR

Aku nak cite kisah yang berlaku pada tengahari 20 November 2017 ... Tengahari biasalah tengah sibuk nak urus anak-anak ke sekolah ... Biasa nyer pintu masa nih memang tak bertutup, baik grill ataupun pintu papan tu ... Anak-anak tengah sibuk keluar masuk untuk ke sekolah ... Sebaik kebetulan hari tu aku tutup grill sahaja ... 

Dalam zaman sekarang nih, macam-macam jenis orang wujud di muka bumi nih ...  Susah betul nak ber"husnuzon" dengan semua orang ... Tengahari tu aku didatangi seorang wanita bertudung, pada pandangan mata aku, masih muda lagi ... Kata nyer nak pasang penapis air ... Produk baru kata nyer ... Nak test dalam seminggu, nak tengok  keberkesanan produk... Ada perubahan atau tidak ke atas kualiti air di rumah...

Lepas seminggu, kalau suka boleh teruskan ... Mungkin dengan sekian-sekian bayaran... Kalau tak mo, boleh cabut balik tanpa sebarang bayaran dikenakan ... Aku nih cuak sungguh ... Takut dengan bermacam-macam kejadian di sekeliling... So, aku dengan cepat jer cakap xmo... x berminat... Ada pamplet disediakan, tapi aku tak berminat nak ambik @ takut ... Cakap pun dari jauh jer ... Budak tu pun macam "Alaaa Kak, kenapa tak nak ?" ... Dia macam pelik sebab aku tak nak cuba, tak mo ambik pamplet... Free kot ... Pasang tak payah bayar, cabut balik pun xpayah bayar ... 

Aku memikirkan kalau aku setuju nak test kompem kena bagi dia masuk untuk segala mak nenek... Eeee, memang tak lah ...Kompem bukan dia yang pasang kot... Kompem yang sado-sado akan masuk rumah @ kawasan rumah ... Oh! Memang tidak lah ... Maaf yer  mana-mana salesman @ salesgirl yang menjual memang aku tak bukak... Makcik jual kepek pun aku cakap dari jauh jer ...

Aku tak amik pamplet yang disediakan, tapi yang aku perasan gambar penapis tu lebih kurang macam nie lah ...

Korang pernah tak kena cam nie ? Korang bagi masuk rumah ker ? Korang pernah test ker produk penapis air cam tu ? Ada ker datang kawasan rumah korang ? 

AWAS !!!
Kawan-kawan aku kebanyakkan nyer semua suruh abaikan ... Kata nyer modus operandi nak menipu ... Memang ada kes yang akhir nyer merompak ... Ada pulak yang akhir nyer kena paksa beli ... Makna nyer kena bayar ... So, kengkawan semua ... Hati-hati jer lah ...

[BOOKCAFE] PERFECT 11.11

Sempena kedatangan 11 November 2017 nanti Bookcafe akan membuat tawaran diskaun untuk buku yang tidak pernah ditawarkan sebelum ini.




Banyak lagi sebenar nyer diskaun-diskaun yang ditawarkan... Cepat kengkawan ulat buku... Ambik kesempatan yang ada nih... Borong banyak-banyak terus hantar ke rumah uolls... 



APLIKASI BAS SMART SELANGOR SEDIA DIMUAT TURUN


Aplikasi Bas Smart Selangor, iaitu Selangor Intelligent Transport System (SITS), sudah boleh dimuat turun pengguna perkhidmatan itu bermula pada hari ini di Google App Store dan akan menemui pengguna di Apple Play Store tidak lama lagi.


Antara manfaat utama aplikasi tersebut bagi pengguna adalah ia memberi informasi kesemua lokasi 34 laluan Bas Smart Selangor kepada pengguna termasuk PJ City Bus.

SITS juga membolehkan para pengguna mengenalpasti perhentian terdekat di samping menyemak jangkaan waktu ketibaan bas seterusnya. Jadual bas juga akan dipaparkan untuk memudahkan pengguna.

Bas percuma Smart Selangor telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sejak tahun 2015, dan sehingga kini 100 buah Bas Smart Selangor sudah beroperasi dengan mencapai lebih 10 juta pengguna bas.

YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, berkata, aplikasi yang dilancarkan tersebut bertepatan dengan aspirasi Smart Selangor untuk memberi kemudahan serta menaiktaraf hidup rakyat dengan menggunakan teknologi sebagai asas sokongan.

“Salah satu isu utama yang dibangkitkan ketika kami mengkaji keperluan rakyat untuk Blueprint Smart Selangor adalah isu pengangkutan dan mobiliti, oleh itu selain melengkapkan Bas Smart Selangor dengan WiFi percuma serta kamera CCTV, kemudahan seperti aplikasi SITS ini diusahakan agar kami boleh membantu masyarakat dengan melengkapkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor”.   

Menurut Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, Dr Fahmi Ngah, “Aplikasi SITS yang sudah boleh dimuat turun ini berniat memudahkan para pengguna Bas Smart Selangor dengan mendapatkan maklumat terperinci perjalanan dan masa ketibaan bas,” 

“Jadi, pengguna boleh mengurus masa dan merancang perjalanan mereka dengan lebih bijak dan efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana-mana perhentian bas seperti sebelum ini,” ujarnya lagi.

Pada pengumuman Belanjawan Selangor 2018 oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 3 November yang lalu, beliau turut mengumumkan RM11 juta sebagai sebahagian projek Smart Selangor termasuklah pelaksanaan Projek Perhentian Bas Pintar.

#smartselangor #bassmartselangor #wargaselangorperlutahu #SITS

Sumber :
Group Wasap 

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN SPM 2017



Hai kengkawan ... Esok akan bermula lah Peperiksaan SPM di seluruh negara ... So "MakCik" (tua nyer aku) mengambil kesempatan ini mengucapkan Semoga Berjaya Dengan Cemerlang  kepada semua pelajar-pelajar ... Bagi mereka2 yg terlibat ngan banjir tu,  jangan hilang mood periksa plak... Sentiasa alert dengan situasi semasa dan update dengan pengumuman yang dibuat oleh pihak berkuasa... 
Sebelum korang nak gie peksa tu kenalah ...

1. Semak jadual 
2. Siapkan peralatan alat tulis
3. Tidur rehat secukupnya
4. Sebelum nak gie amek peksa tu jangan lupa minta restu ibubapa ....
5. Berdoa dan bertawakal



Kepada para Ibu atau Bapa pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul - 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah - 100x.



Semoga calon SPM 2017 yang akan menduduki peperiksaan pada esok hari dapat menjawab soalan dengan tenang dan didoakan semoga beroleh kejayaan dengan cemerlang... Insyaallah ... Allah tu kan Maha Mengasihani ...

DOA-DOA UNTUK MEMUSNAHKAN SEL-SEL KANSER.


Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

So,  kat bawah ada beberapa amalan yang aku dapat daripada group wasap... Sure korang ada yang dah tahu... Aku letak kat blog supaya senang aku nak rujuk nanti... Penyakit kanser nih dah makin popular kan sekarang... Selain daripada rawatan di hospital,  boleh jugak diamalkan rawatan Islam ini... Semoga bermanfaat untuk semua... 


Lapan surah ini diamalkan dan dibaca untuk memusnahkan sel-sel barah kanser... Jika pesakit dapat membacanya lagi baik... Kalau tak terdaya atau kurang baik bacaannya maka boleh minta suami, ayah, ibu atau orang lain bacakan... 

Selok-eloknya sebelum memulakan bacaan surah dibawah :

1. Istighfar 10x. 
2. Salawat Nabi 10x. 
3. Al-Fatihah 1x.


Sediakan sebotol @ secukupnya air yang bersih lagi suci dan setiap kali habis surah dibaca, ditiupkan kepada air.

Pesakit dinasihat minum air bacaan tiap-tiap hari dan sapu/mandi pada anggota yang kena barah kanser... InsyaAllah kerana sakit dan sembuh semua kekuasaanNya.


1. Surah Al Maidah (Ayat 82-91). 
2. Surah Al Araf (Ayat 70-81). 
3. Surah Ar Ra'd (Ayat 16-28). 
4. Surah Al Anbiyaa' (Ayat 38-50). 
5. Surah Asy Syu'ara (Ayat185-227)
6. Surah Az Zummar (Ayat 42-52). 
7. Surah Ghafir (Ayat 67-77). 
8. Surah Az Zukhruf (Ayat 52-70).


Kepada pembaca tolong sebarkan kepada ahli keluarga dan saudara yang sedang mengidap penyakit kanser...

Semoga dengan menolong mereka yang sakit, akan juga mendapat pahala dari bacaannya serta pahala kerana menolong sesama hamba yang benar-benar memerlukan pertolongan dan penyembuhan dari-Nya...

Amin.  Semoga bermanfaat buat semua kengkawan dan sedara-mara...

HARGA MINYAK 2 NOVEMBER 2017 - 8 NOVEMBER 2017

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Mulai 2 NOVEMBER 2017 - 8 NOVEMBER 2017, harga runcit Petrol dan Diesel adalah seperti yang berikut :

RON95 : ⬆ naik 4 sen (RM2.24 seliter)
RON97 : ⬆ naik 4 sen (RM2.54 seliter)
DIESEL :  ⬆ naik 4 sen (RM2.17 seliter)

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

Yehaaa... Menaik nampak nyer minggu nih...  Jangan stress tau,  layan kan aje... Nak wat cam ner, minyak kena isi jugak... 

Amboiii... Amboiii... Amboiii...

Haaa... Marah... Marah...
Rilex... Senyum jer...
Jangan marah2, nanti cepat tua...
Muahahaha...
🤔🤔🤔

⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽⛽

KAKI KOMEN OKTOBER 2017 #KISAHHIDUPKU ...


Alhamdulillah  ... Sedar tak sedar kita dah pun memasuki bulan ke sebelas tahun 2017 ... Nampak nyer dah masuk fasa terakhir untuk tahun nie ... Dah nak habis dah 2017 nie... Bersyukur sangat kerana masih diberi peluang bersama-sama dengan orang yang aku sayang... Bersyukur juga kerana masih diberi kesempatan untuk memperbaiki segala kelemahan diri...
Dah tu... Dah tu... Jom kita tengok plak kaki komen blog nie bagi bulan Oktober 2017 ... Meriah sangat uolls... Ada yang lama, kekal maintain gituuu... Ada juga yang baru, selamat berkenalan... Apa lagi jom skodeng blog hebat depa plak sambil-sambil tinggal jejak ...

2.  Nieyl
4.  Nora Karim
6.  Noor Azlan
7.  sis gee
8.  aizamia 3
10.  anak denesor

Tak lupa jugak buat silent readers (perasan cam ramai orang datang sini) ... Terima kasih bebanyak korang-korang ... Jom blogwalking blog-blog hebat di atas ...


Yang tak tersenarai jangan kecik hati plak ... Nie saje suke-suke ... Yang nak masuk senarai rajin-rajin berbicara ... Jangan ler sepi tanpa berita ...


Kepada kengkawan yang nak buat duit tambahan... Nak cuba dapatkan kerja-kerja review produk... Korang boleh daftar kat sini... Jom try, tak rugi apa pun ...

>>KLIK BANNER DI BAWAH<<

Yang nie plak untuk ulat2 buku... 

[ABU LAHAB] MUSUH UTAMA NABI MUHAMMAD SAW



Abu Lahab adalah musuh utama Nabi saw semasa baginda mula menyampaikan ajaran Islam. Pelbagai aniaya dan kejahatan telah dilakukan oleh Abu Lahab keatas Nabi saw dan sesiapa yang mengikuti ajaran Islam. Abu Lahab sungguh-sungguh bermusuhan dengan Nabi saw sehingga berusaha agar Nabi saw dibunuh.

Firman Allah, “Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan benar-benar binasa dia! Tidaklah berguna baginya hartanya dan apa yang dia usahakan. Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak (neraka). Dan (begitu pula isterinya, pembawa kayu bakar (penyebar fitnah). Di lehernya ada tali dari sabut yang dipintal.” (Al-Lahab: 1 – 5).

Abu Lahab adalah bapa saudara Nabi saw. Nama sebenar Abu Lahab ialah Abdul Uzza bin Abdul Mutalib. Abu Lahab adalah abang kepada ayahanda Nabi saw, Abdullah bin Abdul Mutalib.





Diriwayatkan bahwa Abbas bin Abdul Mutalib bermimpi bertemu Abu Lahab dan Abbas bertanya padanya, “bagaimana keadaan mu?”, Abu Lahab menjawab, “aku sedang disiksa, tetapi pada setiap hari isnin siksaan ke atas aku diringankan kerana pada hari kelahiran Muhammad saw., aku telah membebaskan hambaku Tsuwaibah kerana sangat gembira dengan kelahirannya”. (Sahih Bukhari no.4813)

Manusia yang zalim pun diberi keringanan siksaan kerana pernah gembira dengan kelahiran Nabi saw.


*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ... Semoga bermanfaat buat kita semua ...

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN  ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*

Yeaayyy, Dah Boleh Padam


WhatsApp akhirnya telah menambah satu fungsi yang sangat dinanti-nantikan penggunanya, *padam mesej yang tersalah hantar*!

Menerusi fungsi berkenaan, kalau kita tersilap menghantar mesej, kita boleh memadamkan mesej tersebut sebelum sempat dibaca oleh penerima dan mesej yang dipadam itu akan digantikan dengan “Mesej Ini Telah Dipadam”.

Menurut WhatsApp, korang dibolehkan memadam mesej yang dihantar dalam masa tempoh *7 minit SAHAJA.* Sekiranya mesej itu melebihi masa berkenaan, ia TIDAK boleh dipadamkan lagi. 

Untuk memadam mesej yang tersalah hantar itu, sentuh lama pada mesej, tekan tong sampah(fungsi delete), tetingkap akan terpapar, beberapa  pilihan diberi... Pilihlah dengan bijak... !


Pilih *Delete For Everyone* ... Mesej yang korang tersalah hantar tu akan dipadam... 


Tapi korang kena make sure dah update whatsapp, tipon korang dan tipon penerima... 

Sekian, terima kasih... Harap maklum... 

WORDLESS WEDNESDAY - 148 | BUAH APA ???