Search This Blog

APLIKASI BAS SMART SELANGOR SEDIA DIMUAT TURUN


Aplikasi Bas Smart Selangor, iaitu Selangor Intelligent Transport System (SITS), sudah boleh dimuat turun pengguna perkhidmatan itu bermula pada hari ini di Google App Store dan akan menemui pengguna di Apple Play Store tidak lama lagi.


Antara manfaat utama aplikasi tersebut bagi pengguna adalah ia memberi informasi kesemua lokasi 34 laluan Bas Smart Selangor kepada pengguna termasuk PJ City Bus.

SITS juga membolehkan para pengguna mengenalpasti perhentian terdekat di samping menyemak jangkaan waktu ketibaan bas seterusnya. Jadual bas juga akan dipaparkan untuk memudahkan pengguna.

Bas percuma Smart Selangor telah dilancarkan oleh YAB Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali sejak tahun 2015, dan sehingga kini 100 buah Bas Smart Selangor sudah beroperasi dengan mencapai lebih 10 juta pengguna bas.

YM Raja Shahreen Raja Othman, Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, berkata, aplikasi yang dilancarkan tersebut bertepatan dengan aspirasi Smart Selangor untuk memberi kemudahan serta menaiktaraf hidup rakyat dengan menggunakan teknologi sebagai asas sokongan.

“Salah satu isu utama yang dibangkitkan ketika kami mengkaji keperluan rakyat untuk Blueprint Smart Selangor adalah isu pengangkutan dan mobiliti, oleh itu selain melengkapkan Bas Smart Selangor dengan WiFi percuma serta kamera CCTV, kemudahan seperti aplikasi SITS ini diusahakan agar kami boleh membantu masyarakat dengan melengkapkan kemudahan yang disediakan oleh Kerajaan Negeri Selangor”.   

Menurut Timbalan Pengarah Smart Selangor Delivery Unit, Dr Fahmi Ngah, “Aplikasi SITS yang sudah boleh dimuat turun ini berniat memudahkan para pengguna Bas Smart Selangor dengan mendapatkan maklumat terperinci perjalanan dan masa ketibaan bas,” 

“Jadi, pengguna boleh mengurus masa dan merancang perjalanan mereka dengan lebih bijak dan efektif serta tidak perlu menunggu lama di mana-mana perhentian bas seperti sebelum ini,” ujarnya lagi.

Pada pengumuman Belanjawan Selangor 2018 oleh YAB Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali pada 3 November yang lalu, beliau turut mengumumkan RM11 juta sebagai sebahagian projek Smart Selangor termasuklah pelaksanaan Projek Perhentian Bas Pintar.

#smartselangor #bassmartselangor #wargaselangorperlutahu #SITS

Sumber :
Group Wasap 

3 comments:

  1. Bagusnya negeri selangor.. Membantu untuk rakyat menggunakan pengangkutan awam..

    ReplyDelete
  2. Saya tabek kerajaan Negeri Selangor yg mendahului kerajaan persekutuan dalm usaha memberi khidmat SMART BUS SELANGOR. Saya penuh yakin usaha ini TIDAK dapat ditandingi PUTRAJAYA - kecuali....
    Say sudah memuatturun aplikasi Bas Peduli Rakyat ini. Saya masih "bermain" dgn aplikasi ini unt memudahkan saya mengguna dlm masa terdekat.
    Saya mohon admin aplikasi untuk mengubah bahasa yg digunakan kepada BAHASA MELAYU sebagai langkah mendaulatkan Bahasa Kebangsaan semua Rakyat Malaysia. Saya yakin kita boleh mulakan dgn Negeri Selangor walaupun PUTRAJAYA masih memandang sepi atas isu Bahasa Kebangsaan ini.

    ReplyDelete
  3. Mohon pencerahan tentang bilangan bas SMART Selangor yg saya dapati dalam aplikasi real time tracking tu nampaknye HANYA tinggal satu bas KJ02 shj yg beroperasi pada petang ini 09 Nov 2017. Bila saya simak kedudukan basKJ01, dlm aplikasi, ia menunjukkan bas itu beroperasi di laluan lain!!

    ReplyDelete