Kali nie saya nak kongsikan kisah yang diceritakan oleh seorang ustaz... Aku dapat nih dari group wasap...
Ustaz, apa jadi kalau kita TAK REDHA atas kesalahan orang lain yang orang tu buat pada kita?"
Jawapan ustaz ringkas ja,
tapi agak menyentap jiwa :
"Jika dua ekor kambing bergaduh sekalipun, di Akhirat kelak akan ditanya oleh Allah."
Jika kita tak redha,
Tak maafkan orang lain,
Kita akan LEWAT
MENITI TITIAN SIRAT.
Ia akan MELEWATKAN
AMALAN KITA DIHISAB.
Mahu ke?
SEBAB Allah nak kita selesaikan dulu kes kita ni dengan orang-orang yang kita tak redha tu. Sorang-sorang akan datang menghadap kita minta maaf. Nak ke?
Sedangkan, semua orang sepatutnya berlumba-lumba mahu segera ke SYURGA. Kita asyik berfikir lagi nak meredhai ke tak, mengampunkan ke tak.
Sekarang, tanya balik pada diri sendiri, berbangga ke kita dengan prinsip "Merangkak la korang cari aku di Padang Mahsyar nanti..!"
Sebab, bukan dia yang tertangguh masuk ke Syurga, malahan kita juga.
Urusan kesalahan dia tu biarlah Allah selayaknya membalas.
Biarlah Allah menghakimi.
Biarlah dia ditanya dihadapan Allah kelak.
Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita.
Kita akan lebih tenang.
Inshaa Allah.
*Maaf ... Kebanyakan entry ilmiah agama saya perolehi dari pelbagai sumber ... Rasa nak simpan dan nak kongsi dengan kawan-kawan ... Kebanyakkan nyer dari group wasap ... Saya jarang menulis entry ilmiah agama kerana saya rasa saya tak layak menulis dalam bidang tu ... Saya tak mahir dalam bidang tu nanti orang cakap ajaran sesat plak ... Hadis palsu ... Huhuhu ... Maaf ...
Semoga bermanfaat buat kita semua ...
*HIDUP INI TERLALU SINGKAT UTK MEMBENCI SESAMA SENDIRI. SAYA MEMOHON MAAF KEPADA ANDA SEMUA ANDAI BERLAKU SALAH SILAP YANG SENGAJA @ TAK DISENGAJAKAN. SAYA JUGA MAAFKAN SEGALA KESILAPAN ANDA SEMUA DENGAN SAYA. 😉😉😉*
nice sharing
ReplyDeleteTerima kasih... Semoga bermanfaat buat kita semua...
Delete"Memaafkan orang lain takkan dapat membaiki masa silam, tapi akan memperbaiki masa hadapan kita".
ReplyDeleteSiqah suka ayat di atas. Benar hani. Biarlah kita maafkan orang lain walaupun hati sakit setiap kali ingat kesalahannya. Kita akan lebih tenang di masa akan datang :)
Ada juga situasi yang agak susah nak maafkan... Mesti tertanya-tanya kenapa dia buat aku macam tu...
Deletea aa betul tu sis... Allah akan tundakan kita daripada masuk syurga sehingga org yg kita tak maafkan atau org tak maafkan kita itu tak dimaafi dan memaafkan...
ReplyDeleteNauzubillah ...
DeleteSemoga kita semua saling memaafkan..
ReplyDeleteKannn ... Sentiasa memaafkan, bukan tunggu Raya jer...
Delete