Ya, memaafkan atau memberi maaf jelas bukan hal yang mudah. Berdamai dengan diri sendiri, keadaan, dan mereka yang menyakiti memang bukan perkara mudah...
Maaf sama ada dipohon atau diberi, adalah satu kewajipan. Memaafkan bukan bererti melupakan. Memaafkan bukan bermaksud memberi peluang. Memaafkan hanya menjadi petanda sesungguhnya kita hamba yg akur kepada-Nya, mengakui ketidaksempurnaan seseorang sebagai manusia dan muhasabah diri untuk menginsafi erti satu kesilapan yg disengaja mahu pun tidak disengaja.
Maafkanlah... walau silapnya sukar diterima. Maafkanlah... walau tak mampu nak berikan peluang seterusnya. Maafkanlah... agar tiada lagi sakit hati dan dendam membara, tiada lagi rasa tidak tenang dan tidak tenteram di dalam jiwa anda, dengan kehendak-Nya jua, insyaAllah. Allah SWT Maha Pengampun.
Hebatkah kita... Hanya seorang hamba hingga enggan memaafkan...? (",)
~Suzana Ghazali ~
memaafkan? yes susah.
ReplyDeletetapi tu la kan. persoalkan hani yg last tu...
kita ni hamba Nya aje, kan.
sedang kan Allah itu Maha Pengampun.