Bahan-bahan:
- 500g udang
- 10 cili padi
- 2 inci kunyit hidup
- 1 cawan santan pekat
- 1 batang serai
- Garam
- Air
- Minyak masak
- Daun kunyit (dihiris)
Cara-cara:
1. Kisar cili padi dan kunyit hidup.
2. Panaskan minyak dan tumis pes cili padi dan kunyit hidup.
3. Masukkan santan dan serai, dan kacau sentiasa.
4. Tambah air jika perlu.
5. Masukkan udang dan biarkan sehingga masak.
6. Masukkan garam dan kacau.
7. Tabur dengan hirisan daun kunyit dan hidang.
Simpan jangan tak simpan segala macam resepi nih ... Nanti berguna di kala tak tau nak masak apa ... Tambahan nak masuk bulan puasa nie ... Semua lauk nak rasa di tekak ... Simpan ... Masak nyer tak tau lah bila ... Ekekekek ...
Amboi sedapnya. Ni sellau bulan puasa mak selalu masak untuk sahur. Emm sedapnyaaaaaa
ReplyDelete