Search This Blog

GST Untuk Prabayar Bagi 2016

Image result for Prabayar dan GST

Prabayar dan GST tak dapat dipisahkan ... Isu HOT GST ... Sape yang kena ??? Sape yang untung ??? Sape yang dapat manfaat ... Betul lah rakyat didahulukan ... Letih dah nak layan isu GST nie sebenar nyer ... Rase semua mende nak dikaut ... Disuruh nyer buat dua tiga kerje ... Kuar plak isu tak leh niaga kat FB ... Kebangangan apekah ini ??? Jom bace ape depa kate ... Layannzzz ...


1. Apakah mekanisme baharu bagi pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk perkhidmatan prabayar yang akan bermula pada 1 Januari 2016?

Di bawah mekanisme baharu untuk pelaksanaan GST untuk perkhidmatan prabayar, pengguna akan menerima rebat untuk perkhidmatan prabayar yang dikenakan GST, ini bermaksud pengguna akan menerima nilai kredit yang bersamaan dengan harga baucar prabayar. Sebagai contoh, pengguna akan menerima RM10 nilai kredit untuk baucar yang dibeli dengan harga RM10.

2. Siapa yang layak untuk menerima rebat GST untuk perkhidmatan prabayar?
Hanya pengguna warganegara Malaysia yang mendaftar menggunakan Mykad atau kad askar/polis yang akan menerima rebat GST untuk tempoh setahun (1) ini.


3. Bagaimana GST dikenakan pada pengguna menggunakan mekanisme baharu ini ?
GST hanya akan dikenakan pada pengguna sebaik sahaja pengguna menambah nilai. Dalam tempoh 24 jam, jumlah GST yang dikenakan akan dibayar balik kepada akaun prabayar pengguna sebagai rebat GST. Sebagai contoh, apabila pengguna menambah nilai sebanyak RM10, pengguna tersebut akan menerima kredit bernilai RM9.43 dan RM0.57 (6%) akan dipotong sebagai GST. Kemudian, pengguna akan menerima kembali RM0.57 sebagai rebat dalam tempoh 24jam.


4. Bilakah mekanisme baharu ini akan berkuatkuasa?
Mekanisme baharu ini akan berkuatkuasa bermula 1 Januari 2016 sehingga 31 Disember 2016.


5. Adakah rebat GST untuk pengguna prabayar diberi setiap tahun?
Seperti yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri semasa pembentangan bajet 2016, rebat GST hanya diberikan untuk tahun 2016. Sebarang keputusan untuk melanjutkan tempoh rebat GST akan diberitahu kelak.


6. Mengapa hanya pengguna prabayar yang layak menerima rebat GST dan tidak termasuk pengguna pascabayar?
Sebab utama hanya pengguna prabayar yang menerima rebat GST adalah kerana keperihatinan kerajaan ingin membantu rakyat yang memerlukan seperti pelajar dan kumpulan B40 yang telah disenaraikan bawah “Rancangan Malaysia Kesebelas” (RMK11).
Kumpulan B40 merupakan kumpulan warganegara Malaysia yang berpendapatan purata di bawah RM2,537 dan terdapat seramai 2.7 juta warganegara Malaysia yang dikategorikan dalam kumpulan ini.

Berdasarkan Kaji Selidik Pengguna Telefon Bimbit 2014 yang dijalankan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), pengguna yang terdiri daripada golongan tanggungan seperti surirumah, pesara, pelajar dan penganggur mencatatkan jumlah tertinggi iaitu sebanyak 30.7% diikuti dengan mereka yang berpendapatan bawah RM1,000 iaitu sebanyak 17.4% dan mereka yang berpendapatan antara RM1,000-RM3,000 sebanyak 36.6%.


7. Perlukah saya mendaftar untuk menerima rebat GST untuk isian semula prabayar?
Pengguna tidak perlu mendaftar kerana rebat ini akan dikreditkan secara automatik kepada pengguna yang layak berdasarkan data senarai pendaftaran pengguna yang telah diberi semasa pembelian pakej prabayar.

Namun, pengguna dinasihatkan supaya mengesahkan ketepatan butiran pendaftaran dengan pembekal perkhidmatan mereka menjelang 1 Januari 2016 untuk memastikan mereka layak untuk menerima rebat tersebut.
Ianya juga penting untuk pengguna baharu mendaftar menggunakan Mykad atau kad askar/polis yang sah semasa pendaftaran prabayar.

8. Apabila saya mendaftar untuk pek SIM prabayar baharu, adakah saya akan dikenakan GST dan berapakah caj yang akan dikenakan?
Anda tidak akan dikenakan GST apabila anda mendaftar untuk nombor prabayar yang baharu kerana tiada yuran pendaftaran akan dikenakan. Bagaimanapun, sebanyak 6% caj GST akan dikenakan atas pembelian pek SIM prabayar di mana caj tersebut termasuk dalam harga pek SIM (termasuk cukai).


9. Berapakah harga pek SIM prabayar sekarang, setelah saya dikenakan GST?
Terdapat pelbagai pek SIM yang boleh didapati di pasaran, dan harganya berbeza mengikuti operator. Bagaimanapun, semua pek SIM prabayar akan dijual termasuk GST.


10. Apakah jenis produk dan perkhidmatan prabayar yang akan dikenakan GST?
Kesemua caj telekomunikasi adalah dikenakan GST kecuali caj perayauan yang merupakan perkhidmatan berkadar sifar (zero-rated services). Untuk pengguna warganegara Malaysia, GST akan dibayar balik semasa pengaktifan rebat GST. Bagi bukan warganegara Malaysia, mereka akan menerima pembayaran balik bagi penggunaan servis perayauan antarabangsa sahaja.


11. Bagaimana pula dengan perkhidmatan nilai tambah (VAS); adakah GST akan dikenakan jika saya melanggan perkhidmatan VAS?
Semua caj telekomunikasi termasuk VAS akan dikenakan GST kecuali caj perayauan yang merupakan perkhidmatan berkadar sifar.


12. Bermula 1 April hingga 31 Disember 2015, isian semula prabayar yang dijual adalah tidak termasuk GST (RM10.60 bagi nilai kredit RM10). Bagaimanakah isian semula prabayar dikendalikan bermula pada 1 Januari 2016? Adakah stok isian semula prabayar boleh dijual dengan harga tidak termasuk GST (RM10.60)?
Bermula 1 Januari 2016, baucar isian semula prabayar akan dijual pada harga asal (Contoh: RM10). Ini bermaksud pengguna akan menerima nilai kredit berharga RM10 semasa pembelian baucar isian semula RM10. GST akan dikenakan kepada pengguna sebaik sahaja pengguna menambah nilai kredit.

Dalam tempoh 24 jam, jumlah GST yang dikenakan akan dimasukkan kembali ke dalam akaun pengguna sebagai rebat GST. Selepas 1 Januari 2016, stok isian semula prabayar yang lama akan dijual pada harga asal (Contoh: RM10). Pembekal perkhidmatan diberi masa selama 15 hari untuk memastikan pengedar dan ejen mematuhi arahan.

2 comments: