Search This Blog

GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR


KENYATAAN MEDIA
(2 MAC 2015 / 11 JAMADIL AWAL 1436H)
KERAJAAN NEGERI NAFI GANGGUAN BEKALAN AIR SELAMA 36 JAM DI SELANGOR

Kerajaan Negeri Selangor menyangkal dakwaan berlaku gangguan air selama 36 jam di seluruh Selangor seperti yang tersebar menerusi aplikasi WhatsApp.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Zaidy Abdul Talib, berkata ada pihak tidak bertanggungjawab cuba menyebarkan maklumat palsu dengan niat menimbulkan panik dalam kalangan pengguna.

Maklumat yang tersebar  menerusi aplikasi Whatsapp itu sama sekali tidak benar.

Pihak Kerajaan Negeri menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan orang awam khususnya pengguna di Selangor.

Pengguna disaran melayari laman sesawang SYABAS iaitu  HYPERLINK http://www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat terkini.

Pihak Kerajaan Negeri Selangor amat kesal diatas insiden yang berlaku dan berharap agar para pengguna Whatsapp meneliti dahulu maklumat yang diterima sebelum membuat sebaran kepada umum.
Sekian terima kasih.


Y.B. ZAIDY BIN ABDUL TALIB 
Pengerusi 
Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Pemodenan Pertanian dan Industri Asas Tani. Negeri Selangor

2 comments:

  1. Ntahnya! Baru jap kakak aida post dlm wassap famili pasal ni. Saje org itu nak buat kacau bilau :-(

    ReplyDelete