Search This Blog

TIGA GADIS DIBUNUH DI PUTRAJAYA


SEBARAN MAKLUMAT TIGA GADIS DIBUNUH DI PUTRAJAYA TIDAK BENAR
Penyebaran maklumat berhubung dakwaan kononnya berlaku pembunuhan terhadap tiga gadis di belukar Presint 15, Taman Rimba, Putrajaya adalah TIDAK BENAR.
Hasil semakan yang dibuat menunjukkan tiada sebarang maklumat dan laporan polis diterima setakat ini.
Walau bagaimanapun, orang ramai khususnya mereka yang keluar bersendirian dinasihatkan supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling.
Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang penyebaran maklumat yang tidak sahih yang boleh menggangu gugat ketenteraman awam.
Tindakan penyebaran maklumat tersebut boleh didakwa di bawah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.
ACP DATIN ASMAWATI BINTI AHMAD 
PEN. KETUA URUS SETIA KPN (KOMUNIKASI KORPORAT)
BUKIT AMAN.

4 comments:

  1. Macamana pulak berani buat berita palsu macam ni kan Hani.. walaubagaimana pun kita kena berhati2 sekarang ni.. tak boleh keluar seorang diri..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa memula baca tu terkejut jugak ... Tak paham lah nape orang sukebuat berita palsu nie ??? Walaumacam manapun kita kena sentiasa berhati-hati ...

      Delete
  2. walaupun maklumat palsu, kita masih kena hati-hati.. apa-apa pun boleh jadi zaman sekarang ni.. huhu takut

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak sangat jenayah kejam sekarang nih ... Rase tak selamat sangat kalau sensorang tu ...

      Delete