Search This Blog

Pelan Catuan Air Dihentikan Bermula Khamis 1 Mei

Alhamdulillah sesangat ... Walaupun catuan air tak lama mana tapi rase sangat ler susah nyer ... Dengan anak seramai empat orang, sah-sah ler kain baju menimbun nak basuh, baju mak bapak lagi ... Tu baru bab kain ... Pinggan mangkuk dalam sinki pun bertingkek-tingkek ... Tu belom lagi masuk bab kebersihan diri ... Buang air kecil & air besar, bebudak nih mana ler reti nak menahan kejap ker, kalau mak bapak nie leh ler control skit ... 

**************************

Pengagihan air berjadual atau catuan air yang telah dilaksanakan secara berperingkat di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya sejak Februari lalu akan dihentikan serentak di semua kawasan terlibat mulai 1 Mei ini.

is atau selewat-lewatnya Jumaat bagi kawasan bertekanan rendah.

Keputusan ini dibuat dalam Mesyuarat Pelan Catuan Bekalan Air Negeri Selangor pada Isnin yang disertai Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) serta syarikat-syarikat konsesi.

Kerajaan Negeri telah memaklumkan keputusan ini kepada Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS)  untuk dipatuhi dan memastikan pengguna mendapat bekalan air seperti sediakala.

Kerajaan Negeri berpendapat tidak perlu menunggu empangan mencapai takungan 50 peratus kerana yakin usaha keras yang telah dilaksanakan seperti mengepam air kolam selain hujan berterusan di kawasan tadahan air akan meningkatkan lagi paras empangan.

Justeru itu, Kerajaan Negeri dan pihak-pihak yang terlibat seperti LUAS, SPAN serta JPS akan terus memantau setiap hari perkembangan ini untuk memastikan paras empangan terus meningkat dan keputusan membatalkan perintah catuan ini akan dikaji dari semasa ke semasa.

Saya juga telah menulis surat kepada Menteri Pertahanan, Y.B Dato Seri Hishamuddin Hussein pada 29 April bagi mendapatkan sokongan dan kebenaran Kerajaan Malaysia  untuk Kerajaan Negeri menggunakan kepakaran Thailand menjalankan pembenihan awan menggunakan kaedah Ejectable Flare Rack.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi,  terdapat sekatan untuk melakukan teknik ini kerana dipercayai mempunyai unsur-unsur yang mungkin memberi kesan kepada isu keselamatan negara.

Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri terus memperhebatkan usaha-usaha untuk menambah bekalan air terutama sebagai persediaan menghadapi musim kering yang panjang yang dijangka  bermula akhir Mei hingga September.

JPS telah membekalkan 10 buah pam air yang digunakan untuk mengepam air dari kolam dan hilir sungai ke Sungai Selangor.

Peruntukan sejumlah RM10 juta disediakan oleh Kerajaan Negeri untuk membeli pam dan pembinaan intrastruktur bagi melakukan kerja-kerja pengepaman ini.

Pam-pam ini juga akan digunakan untuk mengepam air sungai yang berlebihan ke kolam takungan sebagai persiapan awal dan akan dipam semula ke sungai apabila musim kering. Dengan kaedah ini, pelepasan air daripada empangan akan lebih terkawal dan tempoh untuk empangan mencapai tahap kritikal dapat dilanjutkan antara 5 hingga 6 bulan.

Kerajaan Negeri juga akan meningkatkan kawalan keselamatan di kolam-kolam takungan dan menjadikan sekitar kawasan ini sebagai kawasan larangan khas.

Kolam-kolam sumber air alternatif ini telah pun dikenalpasti LUAS sejak tahun 2009 lagi. Malah, pemantauan berkala dilakukan ke atas kolam-kolam ini melalui pensampelan yang dijalankan pada tahun 2011, 2012 dan juga 2013.

Hasil pensampelan menunjukkan tiada unsur kimia dan logam berat yang ditemui dan kualiti air kolam-kolam ini mematuhi parameter yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.


Kerajaan Negeri memberi jaminan akan sentiasa menjaga keselamatan pengguna dan akan memberi maklumat penuh sekiranya terdapat keraguan terhadap penggunaan air kolam tersebut.

Kerajaan Negeri merayu agar semua rakyat mengamalkan penggunaan air terawat secara berhemah dengan menggunakan air hujan bagi aktiviti luar seperti membasuh kereta atau menyiram pokok.

Y.A.B  TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR 
30 APRIL 2014


***************************************************************************

7 comments:

  1. alhamdulillah.... kalau betul, suka sgt.... anak ramai kan susah juga air takde ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, suka sangat ... Harap2 xde dah catu2 nie ...

      Delete
  2. Alhamdulillah, suka sangat2 ni...

    ReplyDelete
  3. ingatkan harini still takde air lagi, tapi tiba2 air dah ada balik. Alhamdulillah. syukur sangat~ ^^

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah,segala kemelut da selesai...lama x singgah sini...btw,URL da btukar:b3autyfullmaria.blogspot.com...

    ReplyDelete
  5. Semoga catuan air ni benar-benar berakhir. Susah rasanya kalau takda air. Banyak urusan di rumah tergendala apatah lagi kalau ada anak-anak kecil. Sehari tak membasuh, mengemas rumah dan keluar masuk bilik air, memang tensionlah rasanya!

    ReplyDelete