Search This Blog

Tadi tikam ... Semalam tembak ... Kelmarin sumbat ...

Korang rase tak ape yang aku rase ...
Ngeri nengok berita minggu nih ... Ape nak jadi lah agak nyer ...
Tiga hari berturut-turut ...
Semakin ramai yang sakit mental nyer ...
Takut woo ...

Tadi ...
Seorang budak penghantar barang tiba-tiba mengamuk lalu menikam dua orang sehingga mati sementara dua lagi cedera dalam satu kejadian di sini pada Khamis.

Insiden yang berlaku pada pukul 11.20 pagi itu bermula apabila suspek yang berusia 26 tahun itu menghantar rokok di beberapa buah kedai di Stesen Terminal LRT Gombak.

Semalam ...
Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, Norazita, 37, ditembak di muka oleh seorang pengawal keselamatan berusia 37 selepas beliau membuka pintu bilik kebal bersama empat rakan setugasnya.

Sementara itu, rakaman video selama 32 saat tentang kejadian itu tersebar dalam laman Facebook hari ini. Ia menunjukkan Rozita, berbaju kurung merah dan dan seorang rakannya, baru saja membuka pintu bilik kebal itu apabila dia tiba-tiba rebah selepas satu tembakan dilepaskan dari arah belakang kamera televisyen litar tertutup (CCTV) di bank berkenaan.

Kelmarin ...
Mayat Tim ditemui disumbat di dalam sebuah beg pakaian berwarna hijau, dicampakkan di tepi jalan di Klang, Selangor. 

Nauzubillah mintak dijauhkan dari mende-mende yang tak elok nih ...
Salam Takziah buat semua yang terlibat ... 
Buat kengkawan hati2 di mana jua anda berada ...

1 comment:

  1. nyawa jadi tak berharga..semua berlagak jadi algojo...:(

    ReplyDelete