Search This Blog

Ujian Siren Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional


Dimaklumkan bahawa Met Malaysia akan melaksanakan pengujian siren Pusat Operasi Cuaca dan Geofizik Nasional pada hari ini, 5 April 2016 (Selasa), bermula pada jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang di kawasan berikut:

1) Kuala Perlis, Perlis
2) Kuala Teriang, Langkawi, Kedah
3) Pantai Chenang, Langkawi, Kedah


Penduduk di kawasan sekitar dinasihatkan agar tidak cemas dengan bunyi siren tersebut kerana ia merupakan satu latihan sahaja. MetMalaysia akan memaklumkan jika terdapat sebarang pindaan. Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-79678066.

Soooo ... Kengkawan yang berada di tempat-tempat di atas harap-harap alert eak .... Jangan terkejut plak nanti ... Kang dengar bunyi siren berterabur plak lari nyer ... Jangan panik eak kengkawan ....

No comments:

Post a Comment