Search This Blog

Selamat Hari Ibu




**********

Janganlah kamu memaksa isteri kamu bercantik2 d rumah selagi mana ketika dia di dapur berhempas pulas menumbuk sambal, blender bawang, menyiang ikan,mencincang daging.. sedangkan kamu duduk di depan tv menonton televisyen. Dia tidur lewat sebab tidurkan anakmu, bangun seawal pagi untuk membuat susu, setiap hari begitu sehingga wajahnya lesu dan bawah matanya hitam lebam membiru. Kamu hanya sekadar mengatakan isterimu tak pandai menjaga wajah dan menghilangkan selera kamu. Dia menahan bebanan 9 bulan dalam perut, meronta kesakitan untuk melahirkan anakmu, punggung melebar, perut berparut. Kamu hanya tahu menyuruhnya menjaga badan semula sedangkan kamu yang tak pernah mengandung pun perut boroi macam baru lepas telan seekor lembu. Sama2 lah membantu dalam urusan keluarga. Biar dia boleh cantik untukmu. Andai dulu dia dipandang cantik sebagai anak dara, kini apalah salahnya kamu pandang dia cantik selayaknya seorang ibu. Yang menjadikan mereka cantik adalah pandangan matamu. Kadang2 mereka dah cantik tetapi kamu yang tak mahu memandangnya begitu.

Hargailah isteri kamu
Selamat Hari Ibu
Mei 2015

~ Fedtri Yahya ~

4 comments:

  1. Jemput join segmen :) http://qasehqudwah.blogspot.com/2015/05/segmen-selamat-hari-lahir-by-nisa.html

    ReplyDelete
  2. Memang banyak pengorbanan seorang ibu...

    ReplyDelete
  3. Ibu, segala pengorbanannya tak pernah diminta balasan. segala penat lelahnya tak pernah diminta imbuhan. Cukuplah sekadar anak2 menghargainya. Rindu mak kat kg T_T

    ReplyDelete
  4. Ibu, segala pengorbanannya tak pernah diminta balasan. segala penat lelahnya tak pernah diminta imbuhan. Cukuplah sekadar anak2 menghargainya. Rindu mak kat kg T_T

    ReplyDelete