Search This Blog

Seniman S.Shamsuddin Meninggal Dunia ...

Inna Lillahi wa inna ilaihi raji'un ...

SHAH ALAM - Pelakon komedi Singapura seniman S.Shamsuddin meninggal dunia jam 10.56 pagi tadi.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Bukit Batok Avenue, Jurong, Singapura.

Berita sedih ini dimaklumkan anak allahyarham, Noredah S. Shamsuddin.

Pelakon komedi era P.Ramlee ini antaranya terkenal menerusi filem Bujang Lapok, Ali Baba Bujang Lapok, Nujum Pak Belalang, Seniman Bujang Lapok dan Penyamun Tarbus.

Sumber

Published with Blogger-droid v2.0.10

No comments:

Post a Comment