Search This Blog

Bintang Mencari Bintang (BMB)

Achey

Peserta Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah dinobatkan sebagai Juara program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) pada konsert akhir program realiti itu yang diadakan secara langsung di Stadium Malawati di sini Ahad.

Dengan kemenangan itu, anak didik Harun Salim Bachik berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM200,000 berserta trofi.

Tempat kedua pula dimenangi oleh anak didik Afdlin Shauki iaitu kumpulan Bocik (Muhamad Fadzlie Mohd Nizam dan Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan) dengan menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000 beserta trofi.

Manakala kumpulan Titan (Fazlisham Mat Hussin dan Azizul Ammar Abu Hassan), iaitu anak didik Sabri Yunus mendapat tempat ketiga dengan membawa pulang wang tunai sebanyak RM60,000.

Tempat keempat iaitu kumpulan Tapaw (Mod Shah Rizal Sulaiman dan Khairul Faiz Sulaiman), anak didik Faizal Ismail mendapat RM30,000 beserta trofi.

Pada malam kemuncak itu, Bocik, Achay, Tapaw dan Titan dikehendaki membuat dua persembahan iaitu secara solo dan bergandingan dengan sifu masing-masing yang merangkumi tiga minit sketsa komedi dan dua minit nyanyian.

Tirai pembukaan konsert akhir BMB dimulakan dengan peserta yang sudah tersingkir iaitu Bowl, Ajo, Awok, Kelawak, Tocai, Gegau, Xoxo dan Big Too dengan mempersembahkan lagu tema BMB serta lagu Goyang Inul bersama One Nation Emcees.
Dalam pada itu pelawak Datuk Jamali Shadat, Mat Sentol dan Hamid Gurkha turut membuat penampilan istimewa sebelum keputusan pemenang diumumkan.

Format pemarkahan dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu 50 peratus(%) daripada juri profesional, 30% daripada undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20% daripada juri awam.

Program ini dihoskan oleh Adibah Noor manakala jurinya dibarisi Fauziah Ahmad Daud dab A.R Badul serta Ajai.

Sumber

** Aku layan jer coz Big Boss n bebudak nih layan ...

No comments:

Post a Comment