“Apa  nak jadi dengan kau ni  Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau  degil sangat ni? Tak  boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak  menyusahkan aku?”, marah  ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab  sepatah apapun. “Kau tu dah  besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau  ulang ambil SPM, tapi kau  asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut  macam Angah dengan Alang tu.  Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat  orang hah?”, leter ibu lagi. 
   
Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu.
   
Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata.
   
Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. ”
   
Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan.
   
“Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?”
   
Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya.
  
Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya.
   
Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu.
   
Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah.
   
Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga.
   
Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu.. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ.
   
Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu.
   
Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka..
   
” Ibu..ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu.
   
Sementara Along di sebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” ” Eh jangan, nanti dulu. Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya..’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la.
   
Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan.
   
Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya.. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya.
   
Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz.. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit. .” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju.
   
Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh.
   
Fariz hanya mengangguk senyum.

Hari  semakin lewat. Jarum  pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah  tiba, kelihatan Angah dan  Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka  sedang rancak berbual dengan  ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah  mereka seketika kemudian menuju  ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali  kerana sejak pulang dari sekolah  petang tadi dia belum makan lagi.  Penutup makanan diselak. Syukur masih  ada sisa lauk-pauk yang ibu masak  tadi bersama sepinggan nasi di atas  meja. Tanpa berlengah dia terus  makan sambil ditemani Si Tomei, kucing  kesayangan arwah ayahnya. “Baru  nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi  kat luar tu?”, soalan ibu yang  bernada sindir itu tiba-tiba  membantutkannya daripada menghabiskan sisa  makanan di dalam pinggan.  “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak,  bila lapar nak balik rumah!”,  leter ibu lagi. 
Along  hanya diam. Dia terus  berusaha mengukir senyum dan membuat muka  selamber seperti tidak ada  apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan  Alang menghampirinya di meja  makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang  masih memandang ke arahnya  seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk  tau. Suka buat ibu susah  hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan  pengetua tu.” Marah Angah,  adik perempuannya yang sedang belajar di  MRSM. Along mendiamkan diri.. 
Diikutkan  hati, mahu saja dia  menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat  kelibat ibu yang masih di  situ, dia mengambil jalan untuk membisu  sahaja.. 
“Along!  Kalau tak suka  belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang  berfaedah daripada  menghabiskan duit ibu”, sampuk Alang, adik lelakinya  yang menuntut di  sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya  benar-benar tercabar.  Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka  semua. Dia tahu, pasti ibu  mengadu pada mereka. Along mengangkat  mukanya memandang wajah ibu. Wajah  tua si ibu masam mencuka. Along  tidak tahan lagi. Dia segera mencuci  tangan dan meluru ke biliknya.
Perasaannya  jadi kacau.  Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan  memikirkan  kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu  akan  semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan  tinggalkan  rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti  sekolah selama  seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu  selesai solat  subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg  sekolah berisi  pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan  selamat. 
Dia  sekadar menyelitkan nota  buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti  program sekolah berkhemah di  hutan selama seminggu. Niatnya sekadar  mahu mencari ketenangan selama  beberapa hari justeru dia terpaksa  berbohong agar ibu tidak bimbang  dengan tindakannya itu. 
Along  menunggang motorsikalnya  terus ke Pusat Bandar untuk mencari  pekerjaan. Nasib menyebelahinya,  tengah hari itu, dia diterima bekerja  dengan Abang Joe sebagai pembantu  di bengkel membaiki motorsikal dengan  upah lima belas ringgit sehari,  dia sudah rasa bersyukur dan gembira. 
Gembira  kerana tidak lama  lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini  hari ke empat Along  keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah  memikirkan apa yang  dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu  dengan Along. 
Entah  mengapa hati keibuannya  agak tersentuh setiap kali terpandang bilik  Along. Tetapi kerinduan dan  kerisauan itu terubat apabila melihat gurau  senda anak-anaknya yang  lain.
Seperti  selalu, Along bekerja  keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap  Abang Joe yang baik dan  kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya  yang luka. Abang Joe baik.  Dia banyak membantu Along antaranya  menumpangkan Along di rumahnya  dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya  kau jangan marah k!”, soal Abang  Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati  nasi bungkus tengah hari itu.  “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?”  Along kehairanan. 
“Sebenarnya,  kau lari dari  rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi  yang disuap ke  dalam mulut tersembur keluar Matanya juga  kemerah-merahan menahan  sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe  segera menghulurkan air.  “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan  parents?” Tanya Abang Joe lagi  cuba menduga. Soalan Abang Joe itu  benar-benar membuatkan hati Along  sebak. Along mendiamkan diri. Dia  terus menyuap nasi ke dalam mulut dan  mengunyah perlahan. Dia cuba  menundukkan mukanya cuba menahan perasaan  sedih. “Azam, kau ada  cita-cita tak….ataupun impian ker…?” Abang Joe  mengubah topik setelah  melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan  soalannya tadi. ” Ada ”  jawab Along pendek “Kau nak jadi apa besar  nanti? Jurutera? Doktor?  Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku….atau….”  Along  menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak  mati  dalam pangkuan ibu saya.”  Jawab Along disusuli ketawanya. 
Abang  Joe melemparkan tulang  ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab  soalannya itu. ” Ala ,  gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa  ibu saya ke Mekah  dan….saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan  sahaja suaranya  namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. 
Abang  Joe tersenyum mendengar  jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana  mengenali seorang anak  yang begitu baik. Dia sendiri sudah  bertahun-tahun membuka bengkel itu  namun belum pernah ada cita-cita  mahu menghantar ibu ke Mekah.
Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. . 
Tidak  seperti selalu, petang  itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin  terkesan dengan soalan  Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari  ni, saya nak balik rumah  …terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa  hari ni”, ucap Along  sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe  yang sedang mencuci  tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana  akhirnya anak muda  itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. 
Sebelum  berlalu, Along memeluk  lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang  Joe terasa agak sebak  “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang  yang saya tinggal kat  rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang  Joe.” Kata Along lagi  “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau  suka ke rumah aku!?”,  soal Abang Joe. 
Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. 
Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. 
Abang  Joe, terima kasih banyak  ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik  abang. Tapi, saya doakan  perniagaan abang ni semakin maju.” 
Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh.
Berbekalkan  upahnya, Along  segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah  yang diidamkannya  itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke  tempat di mana  baju itu disangkut. ” Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu  mak kau ada  tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz  setelah  menyedari kedatangan sahabatnya itu Along hanya tersengeh  menampakkan  giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? 
Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” 
“Tak  pe lah, perkara dah  berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati  kalau dia dengar  tentang perkara ni”, terang Along dengan tenang. “Kau  jadi mangsa.  Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang  salah”, kata Fariz  lagi. 
“Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” 
“Zam..kau  ni…..” “Aku ok,  lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia  sedih dan ingat kisah  lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si  sahabat yang masih tidak  berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz.  Kau tolong balutkan ek,  jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta  Along sambil menyerahkan  sekeping kad berwarna merah jambu. “No  problem…tapi, mana kau dapat  duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin  tahu. 
“Aku  kerja kat bengkel Abang  Joe.. Jadi pembantu dia”, terang Along. “Abang  Joe mana ni?” “Yang buka  bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai  makan pakcik kantin kita  tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz  mengangguk . “Azam, kau  nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni  la…” balas Along. “Ooo  hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu  depan…” “Habis?. Kenapa  kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz  lagi. “Aku rasa hari ni je  yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. 
Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum.
Along  keluar daripada kedai.  Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak  sabar menunggu untuk  segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. 
Sambil  menunggang, Along  membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum  menerima hadiahnya itu.  Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. 
Tiba  di simpang hadapan lorong  masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang  cuba mengelak daripada  melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus  merempuh Along dari  depan yang tidak sempat mengelak. 
Akibat  perlanggaran yang kuat  itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan  mengalami hentakan yang kuat  di kepala dan belakangnya. Topi keledar  yang dipakai mengalami retakan  dan tercabut daripada kepalanya, Along  membuka matanya perlahan-lahan  dan terus mencari hadiah untuk si ibu  dan dengan sisa kudrat yang ada,  dia cuba mencapai hadiah yang  tercampak berhampirannya itu. Dia  menggenggam kuat cebisan kain dan kad  yang terburai dari kotak itu.  Darah semakin membuak-buak keluar dari  hidungnya. Kepalanya juga terasa  sangat berat, pandangannya  berpinar-pinar dan nafasnya semakin  tersekat-sekat. 
Dalam  keparahan itu, Along  melihat kelibat orang-orang yang sangat  dikenalinya sedang berlari ke  arahnya. Serta merta tubuhnya terus  dirangkul seorang wanita. Dia tahu,  wanita itu adalah ibunya. Terasa  bahagia sekali apabila dahinya dikucup  saat itu. Along gembira. Itu  kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat  mendengar suara Angah, Alang  dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun  tiada suara yang keluar dari  kerongkongnya saat itu. Along semakin  lemah. Namun, dia kuatkan  semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad  yang masih digenggamannya  itu. 
“Ha..hadiah….untuk…..ibu……….”   ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu   yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. 
Si  anak dipeluknya sambil  dicium berkali-kali. Air matanya merembes  keluar bagai tidak dapat  ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam.  Sebelum matanya tertutup  rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke  wajahnya. Akhirnya, Along  terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi  untuk selama-lamanya.
Selesai  upacara pengebumian,  si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama  Angah, Alang dan Atih.  Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan  yang hampir relai dari  beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu  bertompok darah yang  kering dibukanya lalu dibaca. ‘Buat ibu yang  sangat dikasihi,  ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along  melukakan hati  ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along  bu..Along janji  tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang  ibu selama-lamanya.  Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah  ini…..UNTUKMU IBU!’ Kad  itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik  mula berjurai membasahi  pipi. 
Begitu  juga perasaan yang  dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa  pilu dan sedih  dengan pemergian seorang abang yang selama ini  disisihkan. Sedang  melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba  muncul. Dia terus  mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa  yang dipendamnya  selama ini. 
“Makcik,  ampunkan segala  kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes  pergaduhan tu  makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan  lukisan, Malik  datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam  dengan menumpahkan  warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia  ejek-ejek Azam. Dia cakap  Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang  pembunuh dan .. dia jugak cakap,  ibunya seorang perempuan gila..”  cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu  terkejut mendengarnya. Terbayang  di ruang matanya pada ketika dia  merotan Along kerana kesalahan  menumbuk Malik. 
“Tapi,  kenapa arwah tidak  ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu  sedan. “Sebab…..dia  tak mahu makcik sedih dan teringat kembali  peristiwa dulu. Dia cakap,  dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak  nak mengambil semua  ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia  disalahkan, dia terima.  
Tapi  dia tak sanggup tengok  makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa  semula….” Terang Fariz lagi.  Dia berasa puas kerana dapat menyatakan  kebenaran bagi pihak sahabatnya  itu.
Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. 
Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka. 
p/s : Sayangilah ibu anda sementara beliau masih ada…
 
Err tolong laa jgn centerkan penulisan, susah nk baca.
ReplyDeleteKenapa lak ... Habis tu cam ner yang elok ??
ReplyDelete