Ramai juga orang yang gagal dalam pergaulan kerana menyimpan perasaan BENCI dalam hati mereka. Tuhan itu maha adil.  
Perasaan benci dalam diri kita akan menyebabkan ramai orang mudah benci terhadap kita.  
Misalnya, orang yang membenci ibu bapanya mungkin akan dibenci oleh rakan-rakannya. Orang  yang membenci jirannya atau bekas kekasihnya mungkin akan dapat  kebencian daripada rakan sekerjanya atau malahan ketua jabatannya.  
Justeru hapuskanlah segala perasaan benci daripada hati kita agar kita mudah menjalin hubungan dengan orang lain.  
Kaedah Mengikis Benci  
Cara  yang terbaik untuk mengikis benci ialah dengan memaafkan semua orang  sebelum tidur malam. Jika setiap malam sebelum tidur kita sentiasa  mencuci muka, memberus gigi, membersihkan diri dan mengibas tempat  tidur, tidak bolehkah kita mencuci hati kita dengan memaafkan semua  orang sebelum tidur?  
Pengalaman  secara peribadi menunjukkan bahawa dengan memaafkan semua orang sebelum  tidur, kita akan dapat membersihkan hati serta menenangkan fikiran dan  mudah menjalin hubungan baik dengan orang lain. 
Faktor-faktor Yang Boleh Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan   
Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:  
1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.  
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).  
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.  
4)  Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan  tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang  berterusan.  
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.  
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok 
berinteraksi dengan kita.
berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.  
8  ) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang  kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.  
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.  
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.  
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.  
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.  
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu- individu yang memerlukan simpati dan perhatian.  
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.  
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.  
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.  
Terlebih Dahulu Baiki Diri  
Untuk  menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih  dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi  dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan  merosakkan dirinya.  
Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain.  
Ingatlah pesanan seorang sarjana:  
“Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka.”  
Wallahu’alam
 
 
No comments:
Post a Comment