Search This Blog

Poligami - Sunnah ...

"Rasulullah SAW sendiri mengkhabarkan kepada isteri baginda tika perlu keluar dan tika menyangka isteri baginda telah terlelap, baginda keluar melaksanakan perintah Allah dan tika kembali, Rasulullah SAW bertindak menjelaskannya kedudukan sebenar. Betapa baginda Rasulullah SAW seorang yang bijak mengendalikan emosi isterinya. Bukankah molek sunnah Rasulullah SAW ini juga turut digilai para suami, bukan semata-mata sunnah poligami sahaja?"
- lanjut dalam Resipi Hidup, Mingguan Wanita Bil 1495 (",)
- Suzana Ghazali

Published with Blogger-droid v2.0.6

Andai Benar ...

Rasa suka, sayang, kasih dan cinta; tak cukup hanya luahan tetapi perlu diselarikan dengan tindakan.
Andai benar anda suka, pasti anda mengutamakannya.

Andai benar anda kasih, anda takkan biarkan dia tersisih.

Jika benar anda sayang, anda takkan benarkan dia hilang.

Jika benar anda cinta, anda pasti sentiasa ingin membahagiakannya.
Andai benar anda disukai, anda akan sentiasa dihargai.

Andai benar anda dikasihi, anda takkan dibiarkan susah sendiri.

Jika benar anda disayangi, keperluan dan kebajikan anda akan disentiasa dipenuhi.

Jika benar anda dicintai, anda takkan dibenarkan merana di dalam hidup ini...

*FB Suzana Ghazali*

Published with Blogger-droid v2.0.6