Hari Khamis kelmarin, aku jemput Danial balik dari sekolah ... Dari jauh lagi aku tengok Danial dah tersengeh-sengeh kat aku ... Apahal plak lagi Danial nih ...
"Ibu, Danial kencing dalam seluar ..."
"Hah, kenapa tak gie tandas ?"
"Cikgu tu kedekut, tak bagi pergi ..., Danial nak gie ngan kawan ..."
"Ooo, nape tak gie sensorang ?"
Danial hanya mampu tersengeh jer ... Buat pengetahuan rakyat jelata, Danial nih penakut ... Kalau kat umah nie, nak masuk bilik amek mainan pun kena bukak lampu ... Mintak tolong ambil kan bantal pun kena bukak lampu ... Keinginan tinggi nak tengok cite hantu, tapi bila cite dah start, hantu x kuar lagi dah tutup mata ngan bantal ... Tapi sampai hari nie aku still tertanya-tanya, nape cikgu x bagi gie tandas berdua ? Hmmm ...
Search This Blog
Danial Terkucil ...
Ada Gangguan Lagi ...
KUALA SELANGOR 30 Ogos - Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) terpaksa menghentikan sementara operasi Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang kerana berlaku kejadian minyak diesel memasuki sumber air di Hulu Sungai Selangor.
Kejadian tersebut mengakibatkan gangguan bekalan air di tujuh kawasan iaitu Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130830/dn_33/7-kawasan-mengalami-gangguan-bekalan-air#ixzz2dRoxKO4Y
Utusan Melayu (M) Bhd
Biar Jadi Kaktus - Iffa Zalia
Dah lama aku habis baca novel nih ... Cuma aku tak sempat nak cite kat blog jer ... Yang best nyer, aku tak beli novel nie ... Aku dapat hadiah daripada blogger yang baik hati sangat NaoMei @ Cik Akak ... Dia bagi hadiah novel nih coz aku jadi follower blog die yang ke-1000 ... For me novel nih biasa-biasa jer ... Santai ... Tak terlalu berat ...
**********
Sinopsis
Cinta Syakila dan Firdaus ibarat bintang-bintang yang bergemerlapan. Namun perjalanan hidup sebenarnya tidaklah seindah impian dan harapan. Dek tidak tahan menanggung penderitaan demi penderitaan, Syakila mencari keadilan dan kebenaran yang seakan-akan tersembunyi. Namun pencariannya terkandas bila dia diburu oleh Datin Habsah, seorang wanita korporat yang bersikap mata duitan. Tawaran satu juta Ringgit Malaysia daripada Dato'''''''''''''''' Tengku Amir membuatkan Datin Habsah ingin terus memburu gadis itu hingga ke lubang cacing.
Syakila ibarat kaktus yang teguh walaupun kemarau melanda. Dia meneruskan langkah dengan hati yang kental. Tika dirinya longlai, muncul Azlan yang berhati mulia. Lelaki budiman itu sering menghulurkan bantuan tanpa mengharapkan balasan. Pengorbanan setinggi gunung itu membuatkan Syakila dalam dilema. Dia tahu lelaki itu mencintainya sampai mati. Tetapi bagaimana pula dengan Firdaus? Lelaki itu nyawanya!
**********
Terima kasih daun keladi, Cik Akak ...
Lain kali bagi lagi, yer Cik Akak ...
Meh ler melawat blog Cik Akak yang serba purple ...