Search This Blog

Bahaya Demam Malam

fever-child.gif
 
 
Kanak-kanak alami suhu tinggi berterusan, muntah mungkin petanda masalah kesihatan serius.

ADAKAH anak anda sering demam? Hakikatnya, demam pada waktu malam atau siang sebenarnya sama saja. Bezanya, ibu bapa beranggapan demam malam lebih serius, apatah lagi jika anak merengek dan ibu bapa tidak dapat tidur yang mencukupi.

Demam sebenarnya reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bagaimanapun, bukan semua demam memerlukan ubat.

Jika kanak-kanak itu aktif, masih makan dan minum susu, tidak ada apa yang perlu dirisaukan. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Namun, jika demam disertai dengan muntah, cirit birit, sakit kepala atau lesu, tidak mahu makan dan tidak aktif, ini petanda anak anda memerlukan rawatan segera. Demam yang dialami mungkin menjadi petanda kepada masalah kesihatan lebih serius dan tidak boleh dipandang ringan.

Pakar Runding Kanak-Kanak Pusat Perubatan Pantai Bangsar, Dr Azam Mohd Noor, berkata walaupun demam malam ada kalanya simptom masalah perubatan yang lebih serius seperti limfoma dan leukemia, namun pola demam itu berbeza. Antaranya demam berterusan tanpa mengira siang atau malam.

“Demam juga tidak mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sungguh tinggi. Pada waktu itulah demam mungkin menjadi petanda masalah lain yang lebih serius.

“Namun, demam sebagai gejala penyakit misalnya tibi, leukemia dan limfoma memiliki pola tertentu dan demam bukan hanya terjadi pada waktu malam saja tetapi waktu siang juga,” katanya.

Kata Dr Azam, demam umumnya sebagai reaksi tubuh kepada jangkitan. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus mengawal suhu badan. Hypothalamus meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan. Suhu badan yang meningkat menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan.

“Sekarang ini ramai ibu bapa yang berpendapat demam bagus kerana ia tanda tubuh melawan penyakit. Namun jika suhu badan terlalu panas, kanak-kanak berasa tidak selesa,” katanya.

Dalam keadaan ini katanya, ubat diberi untuk membantu mengurangkan panas demam tetapi masalah demam itu sendiri tidak akan selesai. Biasanya ubat demam diberi apabila panas tubuh mencecah hingga 38.5 darjah ke atas.

Demam dengan suhu tinggi juga membimbangkan kerana bagi sesetengah kanak-kanak ia boleh menyebabkan sawan walaupun demam bukanlah penyakit yang serius. Namun demam yang berulang-ulang disertai dengan muntah, cirit birit perlu diberi perhatian.

“Walaupun demam itu secara fisiologinya reaksi pada jangkitan tetapi jika wujud simptom lain ia mungkin komplikasi masalah kesihatan yang lain.

“Malah perlu diingat, suhu panas badan yang melampau juga boleh mengundang padah termasuk kemungkinan menyebabkan sawan dan kerosakan otak,” katanya.

Mengapa demam?

1) Jangkitan virus adalah punca paling biasa untuk banyak masalah kesihatan misalnya batuk, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Ada kala jangkitan virus boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius.

2) Jangkitan bakteria tidak begitu kerap menjadi punca demam. Bakteria selalunya menjadi punca masalah yang lebih serius misalnya pneumonia, masalah ginjal atau meningitis.

Apa boleh dibuat jika suhu badan terlalu panas?

1. Selain ubat demam biasa yang diperoleh dari klinik, paracetamol yang mudah didapati di pasaran juga boleh membantu menurunkan suhu badan.

2. Mandikan atau lap dengan kain basah. Namun berhati-hati kerana ada kalanya memandikan anak ketika dia demam tidak begitu sesuai kerana suhu badan turun mendadak. Ia akan menyebabkan masalah hipertorma (kesejukan kerana hilang suhu mendadak). Sebaiknya guna air suam, lap dan keringkan terus. Namun, demam yang berterusan lima hari membimbangkan kerana ia mungkin boleh dikaitkan dengan masalah lain seperti RA (rhemutoid arthritis) atau penyakit auto imun.

INFO: Demam yang memerlukan rawatan serius

* Kelenjar leher bengkak
* Mata merah
* Tidak fokus
* Ruam
* Muntah
* Pening kepala
* Menangis/merengek
* Sensitif pada cahaya
* Tidak boleh bergerak disebabkan badan sakit
 

Nak Hilangkan Batuk ...

Apabila batuk kita pasti merasa kurang selesa lebih-lebih lagi jika ketika itu kita bersama seseorang atau berada di dalam bilik mesyuarat.

Orang lain sudah pasti akan meleretkan matanya melihat kita yang sedang batuk. Secara tradisionalnya terdapat beberapa cara untuk mengurangkan dan seterusnya menghilangkan batuk.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan batuk;

* Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi

* Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

* Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

* Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

* Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

* Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

* Perah 1/3 limau nipis dalam segelas kecil air suam dan campurkan dengan 3 sudu teh madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.



Trip To Kuantan ...

Alhamdulillah ... Walaupun dalam serba kekurangan, ada juga rezeki keluarga nak pergi bercuti. Somi Terchenta pilih nak ke Pahang .... Perjalanan bermula 29 Julai 2010 (Khamis) ~ 31 Julai 2010 (Sabtu) ... Luqman ponteng sekolah dua hari ... Ada sebab nyer mengapa n kenapa hari2 tersebut di pilih ... Memandangkan somi terchenta akan memulakan kerja di tempat baru pada 2 ogos 2010 maka hari khamis dipilih supaya boleh ler rehat2 skit ari ahad tu ...

Khamis ... Bersemangat Luqman n dany bangun awal ... Cepat jer, tak payah sergah2 pun ... Lebih kurang pukul 9.00 pagi kami bertolak dari Gombak, singgah sarapan kat kedai dulu ... Lebih kurang pukul satu kami sampai kat Kuantan. Cari2 resort yang kami dah booking tu, Black Stone Resort ... Dari luar nampak macam best, betul2 depan pantai, tapi kami tak leh check in lagi ... Kami pun lunch ler dulu coz semua dah kelaparan dan kehausan yang melampau ...

Ishhh ... Layan jelah gambar2 kat bawah nie ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs234.snc4/39062_414851103877_658833877_4728689_4279647_n.jpg 
Dalam perjalanan singgah RnR jap ...
Tekun ngadap HTC ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs126.ash2/39630_414851143877_658833877_4728692_1935462_n.jpg 
Permandangan depan Black Stone Resort ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs179.snc4/38300_414851348877_658833877_4728705_8338017_n.jpg 
Suasana dalam bilik ...
"Best kan tido hotel nie ibu ..." kata Dany ...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs206.snc4/38631_414851523877_658833877_4728714_862774_n.jpg
Pantai Batu Hitam 


Hari kedua tu kami ke Bukit Gambang Waterpark, Kuantan ... Agak jauh dari resort kami ... Tapi puas hati, anak2 pun gembira ...
http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash2/hs116.ash2/39124_414852403877_658833877_4728761_2403812_n.jpg
Bukit Gambang Water Park, Kuantan

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs191.snc4/37895_414852218877_658833877_4728753_6386190_n.jpg 
"Bila nak sampai nih ibu ??"

Tempat mandi bebudak ...

Adik n Danial takut ... Coz ikan nie akan tumpah kan air yang penuh dalam mulut dia nanti ...
 
 
Tempat mandi orang dewasa ...

Ada pasir cam kat tepi pantai ....

Hari last tu sebelum balik main2 kat pantai lagi .... Tak de lah mandi bebetul, basah2 sikit jer ... Sebenarnya hari pertama sampai tu kami dah mandi laut ... Tapi tak de sape yg sudi nak ambil gambar ... Sume nak terjun laut, so tak de ler gambar nyer ...

Danial pegang ape tu ?? ... Adik cuba sedaya upaya utk buat "Peace"

Nelayan baru pulang ...
 
Teka ... Ape itu ??
 
Keluarga Ku ...

Adik main laut ...


Alamak ... Baju dah basah ler ibu ...
 
Lepas jenjalan, berbasahan kat pantai terus masuk swimming pool ...
 
Fatiha mandi kolam tp rambut tak basah ...
 
 
Luqman mandi sendiri jer ...

Dany main2 kat tepi jer ... 
Sambil tunggu giliran untuk di bawa ke tengah ...

Ibu pun mandi tudung tak basah ... Hehehe ...

Dalam pukul 11.30pg keluar dari kolam renang, nak kemas barang2 utk check out ...
Terima Kasih pada En. Somi Terchenta kerana bawak kita sekeluarga jenjalan ...
Best ... Lagi best tengok anak2 gembira ... Dany siap nangis tak mo balik ... 
"Nanti kalau abah ada duit kita tido hotel lagi nak ibu ..." ...
Sekian, terima kasih ...