Search This Blog

Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts
Showing posts with label Tazkirah Jumaat. Show all posts

TAZKIRAH JUMAAT #37 | MEMANG ALLAH SENGAJA ...


Memang Allah sengaja....


* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.



* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

* memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA, dan meninggalkan laranganNYA. .

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA ...

Ya Allah ... Berikan lah kesihatan yang baik untuk keluarga INI ... Murahkanlah rezeki keluarga INI ... Jauh kan lah keluarga INI dari sebarang musibah ... 

TAZKIRAH JUMAAT #36 | JANGAN ADA BENCI



Kisah yang saya dapat dari group wasap ... Semoga menjadi panduan kepada kita semua ... Kita nie kalau dah benci @ tak suka orang susah kan ... Ape orang selalu cakap tu memaafkan mudah ... Tapi nak melupakan tu payah jugak kan ... Hmmm ... Susah jugak nak didik hati nih ...

**********

Maryam, guru kelas Tadika menganjurkan satu permainan yang sungguh menarik untuk murid-muridnya. Setiap murid diminta membawa beg plastik yang berisi pisang yang tertulis nama orang yang paling mereka benci ke kelas pada esok hari. Jadi, jumlah pisang yang perlu dibawa bergantung kepada jumlah orang yang dibenci.

Keesokan harinya, setiap murid membawa beg plastik berisi pisang masing-masing. Ada yang membawa tiga biji, ada juga lima biji dan paling banyak lapan biji. Semuanya sudah ditulis nama orang yang paling mereka benci.

“Sekarang simpan pisang tu. Jangan lupa bawa ke mana sahaja kamu pergi selama seminggu. Inilah permainannya. Selepas seminggu, kita akan tahu keputusannya” beritahu Cikgu Maryam. Kanak-kanak tersebut menyimpan pisang masing-masing di dalam beg.

Hari demi hari berlalu, pisang tersebut mula berbintik-bintik dan akhirnya menjadi busuk. Kanak-kanak itu mula merungut dan marah. Mereka tidak menyukai permainan itu lagi kerana selain beg berat, badan berbau busuk.


Sumber

Ada yang menangis, enggan meneruskan permainan.Seminggu berlalu, pagi-pagi lagi murid-murid Maryam sudah bersorak. Permainan sudah tamat. Tidak ada lagi beban dan bau busuk yang perlu dibawa.

”Okey semua, apa rasanya bawa pisang dalam beg ke sana ke mari selama seminggu?” tanya Cikgu Mayam.
Semuanya serentak mengatakan mereka benci permainan itu. Mereka hilang kawan, sering diejek dan terpinggir. Lebih teruk lagi, terpaksa tidur,makan, mandi, bermain dan menonton TV dengan bau busuk.

”Itulah sebenarnya yang berlaku kalau kita simpan perasaan benci pada orang lain dalam hati. Bau busuk kebencian itu akan mencemari hati dan kita akan membawanya ke mana saja kita pergi. Jika kamu sendiri tidak boleh tahan dengan bau pisang busuk hanya untuk seminggu, cuba bayangkan apa akan jadi kalau kamu simpan kebencian sepanjang hidup kamu” beritahu Cikgu Maryam.


Maryam mengingatkan anak muridnya supaya membuang jauh-jauh perasaan benci daripada membebani hidup. Kemaafan adalah yang terbaik. Menyayangi lebih baik daripada membenci ... !!

Sesungguhnya dalam tubuh jasad anak Adam itu ada seketul daging bila baik nescaya baiklah seluruh anggota tubuhnya dan bila jahat ia nescaya jahatlah seluruh anggota tubuhnya. Ketahuilah!

**********

Sebagai renungan bersama ...
Salam Jumaat dan semoga ceria sentiasa ... 

TAZKIRAH JUMAAT #35 | JUJUR



Bersikap jujur bererti memilih untuk tidak berbohong, mencuri, berbuat curang, atau menipu dengan apa cara sekali pun ... 

Jujur adalah suatu sikap yang mencerminkan adanya kesesuaian antara hati, perkataan dan perbuatan ... Apa yang diniatkan oleh hati, diucapkan oleh lisan/mulut dan ditampilkan dalam perbuatan ...

Kejujuran sangat erat kaitannya dengan hati nurani ... Jujur membuatkan hati kita tenang, sedangkan berbohong membuatkan hati jadi was-was ...








TAZKIRAH JUMAAT #34 | ISTERI LUAR BIASA



ISTERI YANG DIANIAYA DAN DIZALIMI SUAMI ADALAH ISTERI YANG BERUNTUNG!



--- Kaum ADAM dan HAWA, WAJIB Baca ---


Seorang isteri dengan wajah sedih dan murung datang bertemu Tuan Syeikh untuk mengadu hal suaminya.

Syeikh: Apa keperluanmu wahai puan?

Isteri: Saya ingin mengadu kepada Tuan perihal suami saya.

Syeikh: Apa aduanmu itu?

Isteri: Saya dianiaya dan dizalimi suami saya, tuan syeikh.

Saya diabaikan. Suami saya tidak menjalankan tanggungjawabnya kepada saya.

Nafkah saya tidak ditunaikan Tuan.

Makan minum saya tidak diendahkan Tuan. Tempat tinggal saya juga tidak diuruskan.

Tuan syeikh tersenyum.

Isteri itu kehairanan.

Sedang hatinya dirundung sedih, Tuan Syeikh boleh tersenyum mendengar aduannya.

Syeikh: Wahai puan yang dirahmati ALLAH, sesungguhnya kamu wanita dan isteri yang beruntung.

Isteri: Hah??? Untung??

Syeikh: Ya wahai puan. Kamu sangat beruntung.

Kamu wanita dan isteri terpilih.

Isteri: Saya bernasib malang Tuan. Saya hidup susah. Saya menderita dan sengsara Tuan. Kehidupan saya tunggang-langgang.

Syeikh: Sudahkah kamu berdoa wahai puan?

Isteri: Sudah Tuan. Saya sudah hampir putus asa. Suami saya tetap tidak berubah.

Syeikh: Wahai puan, ALLAH sedang mengujimu.

ALLAH amat kasih dan sayang padamu. Ujian itu memberi peluang kepadamu mengumpul pahala.

Tahukah kamu, bahawa ALLAH sangat dekat dengan doa orang2 yang teraniaya dan dizalimi.


Doa seorang isteri yang dianiaya dan dizalimi oleh suaminya itu, lebih dekat dan mendapat perhatian daripada ALLAH.

Kerana apa?

Kerana seorang isteri itu merupakan amanah kepada seorang suami.

Maka penganiayaan dan kezalimannya kepadamu akan memberatkannya di sisi ALLAH.

Hatta andai kamu mendoakan kehancuran dan kemusnahannya pun ALLAH akan mendengar doamu itu wahai puan.

Kamu pulanglah ke rumahmu dan jalankan tanggungjawabmu terhadap suamimu sebagai isteri dengan taat kerana ALLAH.

ALLAH akan membantumu.

Isteri: Suamiku sudah tidak pulang ke rumah wahai Tuan. Dia sudah lama meninggalkan aku dalam derita dan sengsara ini.

Syeikh: ALLAH..beruntungnya kamu wahai puan...

Isteri: Kenapa Tuan asyik mengatakan yang saya ini beruntung? Sedangkan saya ini hidup dalam sengsara, derita dan air mata?

Syeikh: ALLAH...wahai puan, berapa umurmu sekarang ini?

Isteri: 40 tahun Tuan.

Syeikh: Berapa lama lagi kamu mahu hidup di dunia ini?

Isteri: Saya tidak tahu Tuan. Itu kuasa ALLAH.

Syeikh: Kamu mahu saya ceritakan apa untungnya kamu sebagai isteri yang dianiaya dan dizalimi suami?

Dengan lemah dan sedih, si isteri cuma mengangguk.

Syeikh: Rasulullah saw yang mulia telah bersabda bahawa, umur ummatnya sekadar 60 ke 70 tahun sahaja.

Andai sekarang kamu sudah 40 tahun, deritamu itu tidak akan lama lagi puan. Ia akan segera hilang saat Tuhanmu menjemput kamu kembali pada-NYA.

Andai kamu bersabar, segala derita itu akan ALLAH gantikan dengan SYURGA yang indah.

Tidakkah itu bermakna kamu beruntung?

Tahukah kamu, berapa lama derita dan sengsara yang bakal ditanggung suamimu di Akhirat nanti?

Isteri: Tentunya Tuan lebih tahu.

Syeikh: Bagi seorang suami, isteri adalah amanah yang WAJIB dijaga dengan baik.

Segala tanggungjawab dan haknya wajib ditunaikan oleh seorang suami.

Suamimu yang telah menganiaya dan menzalimimu, akan disiksa oleh azab ALLAH di akhirat sana berjuta-juta kali ganda berbanding derita yang sedang engkau deritai di dunia ini wahai puan....

Bukankah sehari di akhirat itu, bersamaan dengan 1000 tahun di dunia?

Selagi mana kamu tidak redho akan kezaliman dan penganiayaannya terhadapmu, maka selagi itu suamimu itu akan terpaksa menanggung dosanya itu.

Isteri itu tertunduk.....

Syeikh: Tahukah kamu, siapakah yang paling mudah mengheret seorang suami ke neraka ALLAH di akhirat nanti?

Tidak lain dan tidak bukan ialah isteri2 dan anak2nya sendiri.

Mana2 hak isteri2 dan anak2 yang tidak ditunaikan, itulah antara hal yang cepat mengheret seorang suami di akhirat nanti.

Isteri: Tapi suami saya itu seorang yang kuat bersolat dan beribadah Tuan. Mana mungkin dia akan ke neraka?

Syeikh: Selama mana kamu sebagai isterinya dianiaya dan dizalimi, tidak ditunaikan hak dan tanggungjawab, semua ibadahya termasuk solat, puasa, sedekah dan sebagainya, tidak berpahala di sisi ALLAH.

Bahkan boleh sehingga ALLAH menolak solatnya itu..

Apa lagi yang tinggal pada seorang hamba andai ibadat solatnya pun telah ditolak oleh ALLAH Ta'ala???

Isteri: Bagaimana andai dia menceraikan saya Tuan? Dapatkah dia menyelamatkan dirinya dari neraka ALLAH?

Syeikh: Selama mana kamu masih isterinya, dan kamu tidak redho, maka dia tetap akan menanggungnya.

Andai kamu diceraikan, sehingga habis tempoh iddah suamimu itu masih wajib mengurus dan menunaikan hakmu sebagai isteri.

Dosanya padamu sepanjang tempoh itu tidak akan terluputkan walaupun dia telah menceraikanmu selagi kamu tidak redho.

Suami yang tidak menunaikan hakmu itu adalah suami yang berhutang denganmu.

Isteri itu diam.

Melihat isteri itu diam, Tuan Syeikh bertanya;

Syeikh: Pernahkah suamimu itu meminta maaf padamu?

Isteri itu menggelengkan kepala.

Syeikh: Adakah puan masih menyayanginya?

Isteri itu hanya membisu.

Syeikh: Adakah kamu redho akan perbuatannya terhadap kamu wahai puan?
isteri itu masih diam.

Syeikh: Maha Suci ALLAH... Suamimu itu bukan menganiaya dan menzalimimu wahai puan, tetapi dia menganiaya dan menzalimi dirinya sendiri...

Tuan Syeikh tunduk dan tiba2 mengalirkan air mata. 

Dia menangis sebak.

Si-isteri berasa pelik, lalu bertanya;

Isteri: Kenapa tuan menangis?

Syeikh: Aku berasa sedih dan amat takut kepada ALLAH.

Aku kasihan kepada suamimu itu.

Di akhirat nanti, sudah pasti kamu akan mengheretnya ke neraka.

Susah dan sukarnya menjadi seorang suami.

Bahu seorang suami ini berat dan sarat mahu menanggung beban dosa yang banyak.

Untungnya kalian para isteri.

Walau di dunia Allah perintahkan kalian wajib taat dan patuh kepada suami, itu hanya sekejap sahaja.

Kesusahan dan kesulitan kalian hanya di dunia, sedang kami para suami, tertanggung hingga ke akhirat.

Pulanglah wahai puan, andai kamu masih menyayangi suamimu, MAAFKANLAH dia.

Andai kamu tidak memaafkan dia dan tidak redho akan perbuatannya, maka tertanggunglah dibahunya dosa yang berat itu hingga ke akhirat.

Isteri itu pulang, tetapi kali ini wajahnya cerah dan bibirnya mengukir senyum mengenangkan janji2 ALLAH yang disampaikan oleh Tuan Syeikh.

WaLlahu a'lam
 — 

TAZKIRAH JUMAAT #33 | Kisah Hassan Al Basri Dan Anak-anak



Hassan Al Basri merupakan seorang ulama dan ahli perniagaan. Beliau ada 2 orang anak lelaki. Sebelum beliau men inggal, beliau telah memanggil kedua anak lelaki nya, lalu berpesan,.. Bila ayah telah tiada lagi di dunia ini, kamu berdua hendaklah meneruskan perniagaan ayah. 

Cuma ada 2 perkara ayah nak pesan;

1. Bila kamu berniaga , jangan kutip hutang. 
2. Bila kamu berniaga, jangan kena matahari. 

 Lalu Hassan Al Basri pun meninggal dunia. Masa berlalu dan selang beberapa tahun, perniagaan si adik semakin merosot dan terus merosot. Manakala perniagaan si abang semakin maju dan maju. 

 Satu hari si Ibu (balu Hassan Al Basri) memanggil anak nya si adik. Lalu bertanya,  Si ibu : Wahai adik, kenapa perniagaan mu semakin hari semakin merosot ? Jawab si adik: Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si adik : Ayah berpesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi, semua yang berhutang dengan saya, saya tak pernah minta bayaran. Kalau mereka nak bayar, mereka bayar. Kalau mereka tak bayar, saya tak kan kutip bayaran. Ayah pesan lagi, kalau berniaga, jangan kena matahari. Jadi saya kalau kemana mana mesti bawa payung. Jadi saya tak kena matahari sebagaimana pesan ayah. 


 Kemudian, si ibu pergi berjumpa dengan si abang pula, lalu bertanya. Si ibu : Wahai abang, ibu lihat perniagaan mu semakin hari semakin maju, apa yang kamu lakukan ? Jawab si abang : Saya ikut pesan ayah. Si ibu : Apa ayah mu pesan ? Jawab si abang: Ayah pesan, kalau berniaga jangan kutip hutang. Jadi , semua saya jual tunai. Maka, tak ada orang berhutang dengan saya. Saya ikut pesan ayah, saya tak perlu kutip hutang. Semua bayar tunai. Kedua , ayah pesan. Jangan kena matahari. Jadi saya keluar ke kedai waktu subuh. Lepas solat subuh, saya tak tidur, terus ke kedai. Malam baru saya pulang ke rumah. Jadi, saya tak kena matahari. 

 💞 Moral of the story ```````````````````````````````````

Perbezaan mentafsir sesuatu perkara boleh menjadikan arah hidup seseorang itu berbeza dengan yang lain. Jadi, belajarlah dengan ramai guru, banyakkan membaca untuk tambah ilmu, minta Allah SWT beri petunjuk dan mohon agar Allah SWT bimbing kehidupan kita. Semoga Allah swt memberikan taufik dan hidayah kpd kita semua "Siapa yang Allah swt mahu kan kebaikan bagi diri nya, akan di fahamkan pada agamanya dengan sebenar benar kefahaman". 

 Ustaz Muhammad Abdullah Al Amin Pesona D'Zahrah IKIMfm.

TAZKIRAH JUMAAT #32 | ISTEMEWA NYA WANITA@IBU@UMMI@MAK@MOMMY ...


Kisah nie aku dapat daripada group whatsapp kengkawan ... Saje kongsi untuk manfaat bersama ... Berdiri bulu roma bila membaca nya ...

Ketika Allah menciptakan wanita, malaikat datang dan bertanya, "Mengapa begitu lama engkau menciptakan wanita, Ya Alllah ???"      



Allah menjawab : "Sudahkah
engkau melihat dgn teliti setiap apa yang telah aku ciptakan untuk wanita?" Lihatlah dua tangannya mampu menjaga banyak anak pada saat bersamaan, punya pelukan yang dapat menyembuhkan sakit hati dan kerisauan, dan semua itu hanya dengan dua tangan".    

Malaikat menjawab dgn takjub, "Hanya dengan dua tangan? tidak mungkin!"

Allah menjawab,"Tidakkah kau tahu, dia juga mampu menyembuhkan dirinya sendiri dan boleh bekerja 18 jam sehari".

Malaikat mendekati dan mengamati wanita tersebut dan bertanya, "Ya Allah, kenapa wanita terlihat begitu lelah dan rapuh seolah-olah terlalu banyak beban baginya?"
Allah menjawab,"Itu tidak seperti apa yang kau bayangkan, itu adalah air mata."      

"Untuk apa???", tanya malaikat.

Allah melanjutkan,"Air mata adalah salah satu cara dia menunjukkan kegembiraan, kerisauan, cinta, kesepian, penderitaan, dan kebanggaan, serta wanita ini mempunyai kekuatan mempesona lelaki, ini hanya beberapa kemampuan yang dimiliki oleh wanita. Wanita dapat mengatasi beban lebih baik daripada lelaki, dia mampu menyimpan kebahagiaan dan pendapatnya sendiri ... Dia mampu tersenyum ketika hatinya menjerit kesedihan, mampu menyanyi ketika menangis, menangis saat terharu, bahkan tertawa ketika ketakutan.


Dia berkorban demi orang yang dicintainya, Dia mampu berdiri melawan ketidakadilan, Dia menangis saat melihat anaknya adalah pemenang, Dia gembira dan bersorak saat kawannya tertawa bahagia, Dia begitu bahagia mendengar suara kelahir ...

Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat dimana cinta itu ada."    
   
"CINTANYA TANPA SYARAT"



Allahuakbar ... Ditujukan khas kepada semua  wanita yang membaca entry ini. Istimewanya seorang IBU dan beruntungnya dijadikan sebagai seorang wanita ... Hargailah mereka sementara masih ada kesempatan ...

Wallahua'lam ...
Semoga bermanfaat untuk semua ...


TAZKIRAH JUMAAT #31 | Ambillah Waktu ...


http://t2.gstatic.com/images?q=tbn:ANd9GcRy9GJpgq15J32ohBeDpFccVpRf_AQapeWVm-tcccIEOPrTUaA&t=1&usg=__aBMOsu82AO-ffaGeGs8G-bD5xZA= 
Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.

Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.

Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.

Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan.

Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.

Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.

Ambillah waktu untuk memberi, itu akan membuat hidup terasa bererti.

Ambillah waktu untuk berkerja, itu adalah nilai keberhasilan.

Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah sumber kunci menuju syurga.

TAZKIRAH JUMAAT #30 | Kisah Empat Lilin




Ada 4 lilin yang menyala.

Sedikit demi sedikit habis meleleh.

Suasana begitu sunyi sehingga terdengarlah percakapan mereka.

Yang pertama berkata:
“Aku adalah Damai.”
“Namun manusia tak mampu menjagaku, maka lebih baik aku mematikan diriku saja!”

Demikianlah sedikit demi sedikit sang lilin padam.
Yang kedua berkata:
“Aku adalah Iman.”
“Sayang aku tak berguna lagi.”
“Manusia tak mau mengenaliku, untuk itulah tak ada gunanya aku tetap menyala.”Begitu selesai bicara, tiupan angin memadamkannya.

Dengan sedih giliran Lilin ketiga bicara:
“Aku adalah Cinta”
“Tak mampu lagi aku untuk tetap menyala.”
“Manusia tidak lagi memandang dan mengganggapku berguna.”
“Mereka saling membenci, malah membenci mereka yang mencintainya, membenci keluarganya.”

Tanpa menunggu waktu lama, maka matilah Lilin ketiga.

Tanpa terduga…

Seorang anak saat itu masuk ke dalam kamar, dan melihat ketiga Lilin telah padam.

Kerana takut akan kegelapan itu, si anak berkata:
“Eh apa yang terjadi?? Kalian harus tetap menyala, aku takut akan kegelapan!”

Lalu si anak menangis tersedu-sedu.

Lalu dengan terharu Lilin keempat berkata:

“Jangan takut,
Janganlah menangis, selama aku masih ada dan menyala, kita tetap dapat selalu menyalakan ketiga Lilin lainnya:

” Akulah H A R A P A N “

Dengan mata bersinar, si anak mengambil Lilin Harapan, lalu menyalakan kembali ketiga Lilin lainnya.

Apa yang tidak pernah mati hanyalah H A R A P A N yang ada dalam hati kita. Semoga ia dapat menjadi alat, seperti si anak tersebut yang dalam situasi apapun mampu menghidupkan kembali Iman, Damai, Cinta dengan HARAPAN-nya!

TAZKIRAH JUMAAT #29 : Biodata Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Bismillahirrahmannirrahiimm ...
Assalamualaikum & Salam Jumaat buat semua ...

Jika belum mengenali siapa Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat yg sebenarnya, bolehlah ambil masa untuk membaca kisah dan biodata beliau yg agak menarik ini. Semoga menjadi manfaat buat kita semua.

Nama: Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

Tarikh Lahir: 1931

Tempat Lahir: Kampung Pulau Melaka, Kelantan.

Pengajian:

1. Pondok Tuan Guru Hj Abbas, Besut
2. Universiti Deoband India
3. Universiti Lahore Pakistan
4. Universiti Al Azhar
5. Sarjana Muda bahasa Arab
6. Sarjana Perundangan Islam

Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat dilahirkan dlm sebuah keluarga yg sangat kuat berpegang kpd ajaran Islam di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1931.

Bapanya, Haji Nik Mat bin Raja Banjar bin Raja Abdullah bin Raja Mamat merupakan keturunan Raja Jembal. Bapanya lebih dikenali dgn panggilan Tuan Guru Nik Mat Alim disebabkan beliau arif dlm ilmu-ilmu agama. Beliau terkenal di Kelantan dlm mengendalikan institusi pengajian pondok di Kampung Kedai Lalat.

Di situlah Nik Abdul Aziz mendapat pendidikan awal bersama ratusan pelajar Islam dari segenap ceruk rantau Asia Tenggara. Sejak kecil beliau mempelajari dan mendalami kitab-kitab agama yg muktabar drp Almarhum ayahandanya serta belajar menulis drp ibunya Hajah Aminah Majid.

Sewaktu usia 9 tahun, Nik Abdul Aziz dihantar berguru dgn Tuan Guru Haji Abas Mohamad di pondok Madrasah Ittifaqiyah, Jertih, Besut, Terengganu. Tuan Guru menuntut ilmu di situ selama setahun sehingga peperangan Jepun berlaku dan pengajian dihentikan buat seketika.

Pada masa ini juga, Tuan Guru berulang alik ke Kampung Sirih, berguru dgn Tok Khurasan dan belajar dgn Tuan Guru Ali Pulau Pisang dlm mata pelajaran Nahu dan Tuan Guru Dato’ Muhamad Nur Ibrahim (bekas Mufti Kelantan) dlm pelajaran Fekah. Setelah perang tamat Tuan Guru menyambung kembali pelajaran secara formal di Ittifaqiyah.

Walaupun usia Tuan Guru masih muda tetapi beliau dapat menguasai kitab Asmuni (sebuah kitab nahu yg agak tinggi) setanding dgn murid-murid yg lebih tua.

Pada tahun 1945 beliau menyambung pelajaran di Jamek Merbawi Al-Ismaili, Kota Bharu hingga 1952. Beliau menyambung pelajaran ke Universiti Darul Ulum di Deoban, India, mendalami ilmu Fekah, Usul Fekah, Tafsir al-Qur’an, Hadis dan lain-lain.

Ketika di India beliau juga telah berguru dgn Sheikh Al-Hadith dan guru tarikat yg terkemuka di India iaitu Maulana Mohamad Ahmad Al-Madani dgn mendapat ijazah. Maulana Mohamad seorang pejuang kemerdekaan India yg pertama dan pernah di penjara semasa penjajahan Inggeris.

Pada 1957 beliau menyambung pelajaran ke Pakistan dlm bidang Tafsir. Pada 1958 menyambung pelajaran di Kuliyatul Lughah di Al-Azhar, Mesir dan memperolehi ijazah sarjana muda dlm jurusan pengajian bahasa Arab kemudian menyambung pelajaran sehingga mendapat ijazah sarjana (MA) dlm jurusan kehakiman dan perundangan Islam selama 2 tahun. Kemudian beliau mendapat diploma pendidikan di Darul Azhar dan pulang ke tanahair Februari 1962.

Perkhidmatan:

Pada 1962 beliau membuka sekolah dgn menggunakan tanah wakaf yg diberi oleh ibu saudara Hajah Kalthom iaitu Sekolah Menengah Ugama Darul Ulum, Pulau Melaka di sebelah petang dan sebelah pagi beliau berkhidmat di Sekolah Menengah Agama Tarbiatul Mardhiyah, Panchor, Kemumin. Pada sebelah malam beliau menjadi guru dan penyelia di sekolah dewasa selama 2 tahun.

Pada 1 Januari 1964 beliau meletakkan jawatan dan berkhidmat di Maahad Muhammadi, Jalan Merbau, Kota Bharu.

Bidang Politik :

Beliau menjadi ahli PAS sejak 1967. Pada Julai 1967 hingga 1986 beliau menjadi calon PAS dlm pilihan raya kecil Parlimen Kelantan Hilir (sekarang Pengkalan Chepa). Pada tahun 1986 beliau berpindah utk bertanding di kerusi kawasan Parlimen Bachok dan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Semut Api hingga sekarang.

Pada 1971 beliau dilantik menjadi Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat hingga 1995. Kemudian dilantik Mursyidul Am PAS mengambil alih tempat yg ditinggalkan oleh Tuan Haji Yusuf Rawa.

Pada 1978 Tuan Guru dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Kelantan kemudian Menteri Besar Kelantan pada Oktober 1990. Dari sinilah bermulanya satu era kepimpinan ulamak dan peranan serta tanggungjawab beliau bukan satu tugas yg kecil.

Beliau telah menulis beberapa buah buku antaranya ‘Mengapa Saya Tidak Masuk Kristian’ dan beberapa buah buku telah diterbitkan mengandungi siri-siri kuliah dan ceramah.

Pendakwah:

Dgn pengalaman yg ada, beliau telah membimbing pelajar Maahad Muhammadi dgn menanam kesedaran dan akhirnya timbul satu halaqat pengajian yg sekarang disebut usrah. Selepas itu wujud sebuah surau yg masih ada di Maahad Muhammadi Al-Banat, Jalan Merbau, Kota Bharu di mana surau itu dijadikan tempat latihan sembahyang jemaah dan dakwah.

Seorang Petah Bercakap
Tuan Guru lebih dikenali sebagai ulamak kerana petah berpidato. Beliau telah diasuh oleh bapanya setiap hari Jumaat di masjid sejak dahulu lagi.

Ucapan beliau terang berserta dgn perumpamaan yg jelas dan memudahkan para pendengar memahaminya. Inilah cara beliau mendapat tempat di hati penyokongnya. Ilmu yg disampaikan merupakan khazanah dan kasetnya tersiar di seluruh negara hingga ke Selatan Thailand dan mendapat sambutan dari setiap peringkat sehingga menjadi bahan rujukan di pusat pengajian tinggi.


Keistemewaan:

Satu perkara yg luar biasa Nik Abdul Aziz, mengendalikan pondok bergerak sejak 1962 hingga sekarang. Beliau tidak pernah berhenti keluar rumah siang dan malam memberi kuliah dan berceramah kpd orang kampung.

Walaupun beliau telah menjadi Menteri Besar, bidang pendidikan tidak pernah ditinggalkan. Setiap malam Jumaat dan Khamis beliau mengajar dan setiap pagi Jumaat mengadakan kuliah kerana bagi beliau mengajar adalah kerja yg paling mulia sebab ia merupakan pekerjaan para Anbia’.

Penghargaan:

Beliau mendapat penghargaan:
1. Jaksa Pendamai (JP) pada 10 Julai 1968 oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Yahya Putra Ibnu Almarhum Sultan Ibrahim.
2. Kesatria Mangku Negara (KMN) oleh Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
3. Dikurniakan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia peringkat pertama (Al-Isma’illi) SJMK yang membawa gelaran Dato’ pada 30 Mac 1995.

Perkahwinan:

Pada usia 34, beliau mendirikan rumah tangga dgn Datin Tuan Sabariah bin Tuan Ishak bin Raja Awang, berasal dari Kampung Kemumin, Kota Bharu iaitu tahun 1962. Hasil perkahwinan selama 30 tahun itu dikurniakan 10 cahaya mata lima perempuan dan lima lelaki.

Mereka adalah Nik Aini, Nik Umar, Nik Adli, Nik Abdul Rahim, Nik Abduh, Nik Adilah, Nik Muhamad Asri, Nik Amani, Nik Amalina dan Nik Asma’ Salsabila.

Kehidupan beliau sederhana tinggal di sebuah rumah kayu binaan kampung. Ruang tamunya tidak dihiasi dgn set sebagaimana yg menjadi kebiasaan di rumah pembesar negeri. Apa yg ada sebuah almari yg penuh dgn kitab agama.

Beliau juga tidak membenarkan isterinya memakai sebarang perhiasan begitu juga dgn anaknya. Ternyata apa yg ditarbiyahkan ke atas keluarga dilakukan sendiri oleh beliau. Baju Melayu teluk belanga, kain sarung pelikat dan serban sudah menjadi pakaian rasmi beliau.

Ahli Parlimen yang komited:
Sebelum terpilih menjadi ADUN Semut Api dlm pilihanraya umum 1986 dan kemudiannya terpilih menjadi Ketua Pembangkang di Dewan Undangan Negeri Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz telah terpilih menjadi Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Pengkalan Chepa selama tiga penggal berturut-turut.

Selama menjadi Ahli Parlimen, beliau telah menyumbangkan pelbagai idea, saranan dan kritikan melalui ucapan-ucapan yg disampaikannya di Dewan Rakyat.

Kerajaan contoh:

Selaku Menteri Besar negeri Kelantan yg ada pada suatu masa dahulu pernah digelar Serambi Mekah itu, sudah pastilah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz akan berusaha utk menghidupkan semula sebutan dan fungsi gelaran yg pernah diberikan kpd negeri Kelantan itu.

Satu hal yg menarik ialah di samping kesibukannya menjadi ketua pentadbiran bagi sebuah kerajaan negeri yg secara kebetulan menjadi tumpuan pelbagai pihak dlm dan luar negeri, Tuan Guru Haji Abdul Aziz masih mampu meneruskan ceramah mingguannya pada setiap pagi Jumaat bertempat di Dewan Zulkifli Muhammad Bangunan PAS yg terletak di tengah-tengah pusat bandar Kota Bharu, ibu negeri Serambi Mekah itu.

Di sinilah di Dewan Zulkifli Muhammad inilah, ribuan umat Islam akan berkumpul beramai-ramai pada setiap pagi Jumaat utk mengikuti ceramah mingguan YAB Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan yg dikasihi dan dihormati itu.

Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas TGNA. Amin..



TAZKIRAH JUMAAT #28 : MARI BELAJAR ABC

Bismillahirrahmannirrahiimm ...
Assalamualaikum & Salam Jumaat buat semua ...


Santai jer buat kali ini ...

A llah
B eri kita hidup
C uma seketika
D i dunia ini...
E lok kita muhasabah
F ikir akan akhir hayat
G erbang akhirat pun
H ampir tiba
I nilah hakikat hidup
J anji Allah itu pasti
K alimah syahadah
L ailaha Illallah
MuhammadurRasulullah
N ak di ucap tak pasti
O rang muda atau tua
P asti merasai mati
Q ualiti Iman jaminan syurga
R asulullah s.a.w sabda :
S iapa ucap jaminannya syurga
T api..jika gagal...
U ntuk mereka adalah neraka
V isi kita adalah akhirat
W alaupun dunia dpn kita
Y ang pasti semua akan tinggal...
Z alimnya kita jika tak ada Iman dn Amal...

Semoga dengan serba sedikit perkongsian ini dapat memberikan kita manfaat bersama ...

Kita tertarik untuk menjamah sedikit kemewahan dunia dan ia amat menyeronokkan. Keseronokan kemewahan dunia menarik kita untuk merasanya lagi dan lagi. Akhirnya kita hanyut di dalam kemewahan serta kemanisan dunia ... Nauzubillah ... Jadikan cerita2 dan peristiwa2 di sekeliling kita sebagai peringatan dan iktibar untuk kita menjadi yang lebih baik... Carilah dunia untuk kesinambungan kehidupan dan kejarlah akhirat sebagai bekalan untuk bertemu-Nya ...

Wallahua'lam ...