Search This Blog

Showing posts with label Pilihanraya2018. Show all posts
Showing posts with label Pilihanraya2018. Show all posts

9 MEI 2018 CUTI UMUM


Semalam kecoh satu Malaysia berkenaan penetapan tarikh pilihanraya akan datang pada 9 Mei 2018 bersamaan dengan hari Rabu... Ramai yang agak kurang senang kerana bukan pada hujung minggu... Mereka yang jauh diperantauan perlu pulang ke kampung halaman untuk menunaikan tanggungjawab... Agak terkejar-kejar di situ... 

Akhirnya hari nie telah diisytihar bahawa hari mengundi 9 Mei 2018 adalah Hari Kelepasan Am Tambahan seluruh negara... Cuti umum... Alhamdulillah... Ada sedikit kelonggaran di situ... Walaupun ia tidak memberi apa-apa kesan pun pada aku... 

PARLIMEN BUBAR 7 APRIL 2018


Akhirnya tadi PM Najib Razak telah mengumumkan tarikh pembubaran... Masing-masing memang tertunggu-tunggu sejak bulan lepas lagi... Menunggu pengumuman pembubaran parlimen macam menunggu pengumuman raya plak... Hahaha... 

Aku memang agak excited sebab pada sesi lepas aku tak mengundi... Hah kenapa aku tak mengundi plak? Hanya orang tertentu jer yang tahu... Masa tu aku tengah berjuang... Antara hidup dan mati kata orang... So, tadi memang menunggu pengumuman sejak pukul 11.45pagi lagi... 

Akhirnya Najib Razak telah mengumumkan Pembubaran Parlimen mulai esok,  Sabtu,  7 April 2018 ... Maka akan bermulalah kempen sana-sini, penamaan calon dan lobi-melobi... Harap-harap BERSIH kali ini...