Search This Blog

PANGGILAN MENCURIGAKAN

Aku nak cerita kisah petang semalam agar menjadi peringatan buat aku dan sahabat-sahabat. Kisah nyer bermula masa aku tengah lepak-lepak, rehat, maklum ler baru lepas makan tengahari. Sambil tu skrol sana, skrol sini. 


Tiba-tiba ada panggilan masuk. Aku tengok panggilan dari nombor yang tidak dikenali. Pemanggil bukan lah dalam senarai contact aku. Aku pelik jugak, tapi still angkat lah. 

Pesanan penaja. Langkah yang sepatutnya diambil jika ada panggilan mencurigakan. 

Apa yang aku dengar lepas aku angkat tu membuatkan aku bertambah pelik. Pesanan ditinggalkan oleh mesin. Kata nyer aku tak ambil barang dah dua kali depa hantar. Maksud nyer aku tak de lah masa depa hantar barang. So, depa suh ler aku tekan nombor 9 untuk cakap dengan operator. 

Aku yang tengah kepelikan tu tekan jugak nombor 9. Maka adalah seorang mamat nih jawab, konon nyer nak membantu. Mamat nih mintak no tracking. Mana lah aku tahu, aku mana ada order barang. Tak de plak sape-sape family member yang beritahu nak hantar barang or hadiah kat aku. Huhuhu.  

Aku tanya lah operator tu mintak tolong tengokkan apa mende dan sape yang hantar barang kat aku. Sebab aku memang tak de order ape-ape buat masa nie lah. Mamat nih dengan gembira nyer "Boleh, bagi no. ic puan." Ehhh,  aku cam pelik plak apesal nak cek barang mintak no. ic aku kan. Masa nih cuak dah, aku macam agak keberatan nak bagi. "Tak boleh ker trace guna no. phone nie? " aku sesaje tanya. "Oh, bolehhh." Dan tiba-tiba line putus. Ehhh, boleh plak. 

Nie ler nombor yang call aku tu. Panggilan aku terima pukul 3.14 petang. Lepas 2 minit 1 saat bercakap, line putus. Aku try contact no tu balik sebanyak 3 kali, memang tak berjawab, sunyi sepi tanpa sebarang bunyi. Masa tu "Sah, Penipu nih" Selamat aku. 

So, kengkawan dan family member semua hati-hati apabila mendapat panggilan yang mencurigakan. Tak payah bagi yang detail-detail sangat kat orang. Errmmm,  patut ker aku report polis? Cam malas plak. 

9 comments:

  1. scammers tu..pernah kena...cuba gak la bg no ic tptp twist no...then dia cakap ada 3 brg x amik which is air fryer ngan apa apa ke jadah ntah...pas tu akak tanya atas nama sapa...eh..dia suruh kita sebut plak plak nama..ko dh amik ic number sure kuar nama kan..akak ckp konkalau nak menipu pun agak2 la der..itu bukan no ic kot..aku twist skit je..terus dia letak tipon...penipu...skrg semua x selamat dh

    ReplyDelete
  2. Saya memang tak angkat phone pun sebab scammer skrg mmg advance sgt..

    ReplyDelete
  3. Scammer try mcm2 cara, jika kita alpha jadilah tipah tertipu, kena sentiasa hati2

    ReplyDelete
  4. Boleh report ke MCMC

    Btw, dah update dalam blog list untuk SEGMENT BLOG LIST AZLINDA ALIN 2019. Tahniah terpilih :) !

    ReplyDelete
  5. Baru semalam husband dapat call dari luar negara pasal saham..Terus sruh husband record sebab nakkan kepastian samada betul ke tidak apa yang dia cakap tu.Kena lebih berhati-hati lepas ni

    ReplyDelete
  6. OOO..macam² la sekarang ni

    ReplyDelete
  7. Saya install app true caller.. dia boleh detact kalau no tu scam, insurans dan yang sewaktu dengannya..

    ReplyDelete