Search This Blog

Cheesy Wedges

Tengah mengidam makan Cheesy Wedges?

Bayangkan ubi kentang digoreng panas-panas, disalut pula dengan sos keju home-made dan mayonis.... Dah cuba sekali, pasti nak lagi!

Jangan klik jika anda sedang diet ;) Muahahaha  ...


Bahan-bahan (wedges): 
- 3 biji ubi kentang 
- 1/4 cawan tepung gandum 
- 1 sudu kecil garam 
- 1 sudu kecil lada hitam 
- Minyak 

Bahan-bahan (sos cheesy):
- 3 sudu besar mentega 
- 250 ml susu segar 
- 2 sudu besar tepung gandum 
- 1 cawan keju Cheddar (diparut) 
- 1/2 sudu kecil garam 
- 1/2 sudu kecil lada hitam 
- Pewarna kuning (jika mahu) 

Cara-cara: 
1. Rebus ubi kentang selama 5 minit, kemudian potong menjadi bentuk wedges
2. Gaul tepung gandum dengan garam dan lada hitam, dan salut wedges
3. Goreng. 
4. Dalam kuali lain, cairkan mentega. 
5. Masukkan susu segar dan tepung gandum, kacau hingga tiada gumpalan. 
6. Masukkan keju parut dan gaul hingga sebati. 
7. Masukkan garam, lada hitam dan pewarna kuning. Gaul. 
8. Hidang wedges dengan sos cheesy dan mayonis.

😝😝😝
😋😋😋😋😋
😆😆😆😆😆😆😆

5 comments:

  1. Aduh sedapnya.... lapar jadinya....

    ReplyDelete
  2. Feveret CCL ..makan panas-panas..kalau sejuk dah tak sedap

    ReplyDelete
  3. Hai awak, terima kasih atas kunjungan ke blog uyul. Uyul dah follow blog awak. Kalau awak belum follow Uyul, meh lah follow.

    JOM KE BLOG UYUL >> Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  4. feveret !!!!
    aduh. hani bikin aida lapo!
    lapo cizi wejes!

    ReplyDelete