Search This Blog

CEGAH JENAYAH

Assalamualaikum dan selamat pagi kengkawan ... Cewahhhh, awal saya bersiaran hari nie ... 



Insyaallah, Jumaat nie seluruh umat Islam di negara ini akan menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri. Saya percaya di dalam negara Malaysia yang terdiri daripada berbilang bangsa, semua kaum akan turut sama meraikannya serta mengambil peluang untuk bercuti bersama keluarga.

Didalam kemeriahan kita bercuti dan menyambut perayaan ini, saya memohon agar faktor keselamatan diri dan harta turut dititik beratkan. Berikut adalah beberapa langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil di dalam usaha untuk mencegah daripada berlakunya kegiatan jenayah.

Info nie saya dapat dari group wasap ... Rase nyer elok saya kongsi kan di sini ... Semoga bermanfaat untuk kita semua ...

▶️ JENAYAH PECAH RUMAH

1) Maklumkan kepada pihak polis sekiranya ingin meninggalkan rumah dalam tempoh jangka masa yang lama.

2) Pasang lampu luar rumah (adalah lebih baik sekiranya lampu tersebut mempunyai alat pengesan cahaya/pergerakan)

3) Potong ranting-ranting pokok dan semak samun sepanjang pagar rumah anda yang membolehkan penceroboh menyembunyikan diri dihalaman rumah.

4) Jangan meninggalkan nota yang menyatakan ketiadaan anda dirumah.

5) Gantikan semua kunci sekiranya kunci rumah anda hilang atau dicuri.

6) Hentikan hantaran seperti surat khabar apabila anda tiada dirumah untuk beberapa hari.

7) Simpan wang tunai di bank dan barang kemas di dalam peti simpanan keselamatan.

8) Minta tolong jiran sebelah rumah untuk tengokkan rumah anda sepanjang ketiadaan anda dirumah.

JENAYAH ️ROMPAK/SAMUN

1) Berwaspada apabila ada orang yang tidak dikenali mengekori anda.

2) Apabila ingin memasukkan/mengeluarkan wang dalam jumlah yang banyak, aturkan seseorang untuk menemani anda.

3) Sebaiknya elakkan daripada memakai barang kemas atau membawa wang tunai yang banyak.

4) Elakkan melalui tempat yang gelap dan sunyi.

5) Berhati-hati dengan orang yang selalu berpeleseran di kaki lima, tangga dan dikawasan awam.

JENAYAH ️RAGUT

1) Jangan mendedahkan barang kemas yang dipakai.

2) Ketika berjalan di atas jalanraya, sentiasa berjalan secara bertentangan dengan arus lalulintas supaya dapat melihat apa jua kenderaan yang datang dari arah hadapan. Beg tangan dikepit atau dibimbit dengan tangan kanan.

3) Elakkan dari meletak beg tangan ditempat yang mudah dicapai oleh orang lain. 

▶️JENAYAH SELUK SAKU

Merupakan jenayah yang sering berlaku di pasar hari/pasar malam

1) Elakkan daripada membawa wang tunai yang banyak

2) Silangkan beg anda dihadapan supaya anda mudah untuk memerhatikannya. Pastikan sentiasa tertutup dan berzip.

3) Jangan tinggalkan beg diatas bakul atau troli.

4) Periksa beg duit atau beg tangan jika seseorang menghimpit atau melanggar anda.

5) Jangan tertipu dengan orang yang tidak dilenali yang cuba berbuat baik dengan anda tanpa sebarang sebab.

▶️JENAYAH KECURIAN KENDERAAN

1) Pasangkan kunci tambahan untuk stereng, gear, roda dan klac.

2) Sentiasa letak kenderaan ditempat yang terang/berlampu serta mudah dilihat.

3) Mengukir nombor kenderaan dicermin kereta (sand blasting)

▶️JENAYAH PECAH CERMIN KENDERAAN

1) Jangan meninggalkan sebarang dokumen atau peralatan berharga di dalam kenderaan

Peningkatan tugas kehadiran polis seperti bit, patrol dan sistem sektor tidak sama sekali dapat mencegah 100% perlakuan jenayah tanpa penglibatan dan tindakan daripada masyarakat. Justeru kerjasama dan hubungan yang baik diantara masyarakat dan polis amat diperlukan dimana ia merupakan aset terpenting di dalam usaha untuk pembanterasan dan pencegahan jenayah. Kegiatan jenayah ini perlu ditangani dengan kerjasama rapat dan kefahaman diantara polis dan masyarakat.

Bersama-samalah kita bersatu di dalam usaha mengekang kejadian jenayah di dalam masyarakat kita. Semoga lebaran pada kali ini dan seterusnya membawa ketenangan dann kebahagian kepada kita semua. Terima kasih.

2 comments: