Search This Blog

Gangguan Bekalan Air Di Selangor

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS) ingin menyangkal segala maklumat palsu yang tersebar luas menerusi aplikasi WhatsApp dan media sosial (Facebook) berhubung isu gangguan bekalan air yang akan berlaku di seluruh Selangor.
 
Tinjauan dan pemantauan pihak SYABAS mendapati bahawa, terdapat sesetengah pihak yang sengaja menimbulkan panic khususnya di kalangan pengguna di Negeri Selangor dan Kuala Lumpur dengan menyatakan bahawa akan berlakunya gangguan bekalan air selama 36 jam di seluruh Selangor.
 
Ingin ditekankan bahawa maklumat yang tersebar ini TIDAK BENAR kerana gangguan selama 36 jam yang berlaku adalah merujuk kepada kerja kecemasan yang melibatkan pembaikan paip pecah di jajaran paip utama bersaiz 1200MM dari Loji Semenyih ke Bandar Bukit Mahkota, Sepang. Kerja kecemasan ini HANYA MELIBATKAN GANGGUAN BEKALAN AIR DI SEBAHAGIAN KAWASAN DI DAERAH HULU LANGAT DAN SEPANG SAHAJA.
 
Sehingga kenyataan ini dikeluarkan, kerja kecemasan ini telah disiapkan sepenuhnya dan bekalan air telah dibuka semula kepada pengguna. Pihak SYABAS menjangkakan bekalan air di semua kawasan terlibat akan pulih sepenuhnya menjelang 8:00 pagi esok, 23 Januari 2014 seperti yang dinyatakan di dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh SYABAS menerusi media massa pada 20 Januari 2015.
 
SYABAS menyeru kepada semua pengguna agar tidak membuat sebarang spekulasi atau sengaja mencipta berita palsu yang boleh menimbulkan panik di kalangan orang awamk hususnya kepada pengguna di negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Pengguna juga disaran untuk melayari laman sesawang SYABAS iaitu www.syabas.com.my untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini.

3 comments: