Sehingga dia mengulanginya sekali lagi dengan membaca takbir.  Perasaan itu akan berterusan kadang-kadang sampai imam hampir rukuk.
Ibnu  Qayyim berkata, "Termasuk tipu daya syaitan yang banyak mengganggu  mereka adalah was-was dalam bersuci (berwuduk) dan niat atau saat  takbiratul ihram dalam solat". Was-was itu membuat mereka terseksa.
2)  Tidak memberi tumpuan ketika membaca bacaan dalam solat. 
Sahabat  Rasulullah, Uthman bin Abil 'Ash datang kepada Rasulullah dan mengadu,  "Wahai Rasulullah, sesungguhnya syaitan hadir dalam solatku dan membuat  bacaanku salah." Rasulullah menjawab, "Itulah syaitan yang disebut  dengan khinzib.
"Apabila kamu berasakan kehadirannya, ludahlah  ke kiri tiga kali dan berlindunglah kepada Allah. Aku pun melakukan hal  itu dan Allah SWT gangguan itu dariku" (Hadis Riwayat Muslim).
3)  Lupa jumlah rakaat yang dikerjakan 
Abu Hurairah r.a berkata,  "Sesungguhnya  Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Jika seorang daripada kalian  solat, syaitan akan datang kepadanya untuk menggoda sampai mereka tidak  tahu berapa rakaat yang dikerjakan. Apabila seorang daripada kalian  mengalami hal itu, hendaklah ia sujud dua kali (sujud sahwi) saat ia  masih duduk dan sebelum salam, setelah itu baru mengucapkan salam."  (Hadis Riwayat 
Bukhari  dan Muslim).
 4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan
4) Hadirnya fikiran yang memalingkan tumpuan 
Abu  Hurairah berkata, "Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila  dikumandangkan azan solat, syaitan akan berlari seraya terkentut-kentut  sampai ia tidak mendengar suara azan.
Apabila muazin selesai  azan, ia kembali lagi dan jika iqamat dikumandangkan dia berlari.  Apabila selesai iqamat, dia kembali lagi.
Ia akan selalu bersama  orang yang solat seraya berkata kepadanya,'Ingatlah apa yang tadinya  tidak kamu ingat!' Sehingga orang itu tidak tahu berapa rakaat ia  solat." (Hadis Riwayat  Bukhari).
5) Tergesa-gesa menyelesaikan solat 
Ibnu  Qayyim berkata: "Sesungguhnya tergesa-gesa itu datang daripada syaitan,  kerana tergesa-gesa adalah sifat gelabah yang menghalangi seseorang  untuk berhati-hati, tenang dan santun serta meletakkan sesuatu pada  tempatnya.
Tidak ada ketenangan atau thuma'ninah. Pada zaman  Rasulullah ada orang solat dengan tergesa-gesa. Akhirnya Rasulullah  memerintahkannya untuk mengulanginya kerana solat yang ia kerjakan belum  sah.
Rasulullah bersabda kepadanya, "Apabila kamu solat,  bertakbirlah (takbiratul ihram). Lalu bacalah daripada al-Quran yang  mudah bagimu, lalu rukuklah sampai kamu benar-benar rukuk (thuma'ninah) ,  lalu bangkitlah daripada rukuk sampai kamu tegak berdiri.
Kemudian  sujudlah sampai kamu benar-benar sujud (thuma'ninah) dan lakukanlah hal  itu dalam setiap rakaat solatmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).
6)  Melakukan gerakan yang tidak perlu  
Dahulu ada seorang sahabat yang bermain kerikil ketika  sedang tasyahud. Ia membolak-balikkanny a. Melihat hal itu, Ibnu 
Umar segera menegurnya  selepas solat.
"Jangan bermain kerikil ketika solat kerana  perbuatan itu berasal daripada syaitan. Tapi kerjakan seperti apa yang  dikerjakan Rasulullah". Orang itu bertanya, "Apa yang dilakukannya?  "Kemudian Ibnu Umar meletakkan tangan kanannya di atas paha kanannya  dengan jari telunjuk menunjuk ke 
arah kiblat atau tempat sujud. "Demikianlah  saya melihat apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w," kata Ibnu Umar (Hadis  Riwayat Tirmidzi).
7) Melihat ke kiri atau ke kanan ketika  solat 
Sedar atau tidak, jika seseorang itu melihat ke kiri  atau ke kanan, itu akibat godaan syaitan yang menggoda. Kerana itu,  selepas takbiratul ihram, pusatkan pandangan pada satu titik iaitu  tempat sujud. Sehingga perhatian kita menjadi fokus dan dicuri syaitan.  Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan  Aisyah beliau berkata, "Saya bertanya kepada Rasulullah hukum melihat  ketika solat". Rasulullah menjawab, "Itu adalah curian syaitan atas  solat seorang hamba." (Hadis Riwayat Bukhari).
8) Menguap dan  mengantuk 
Rasulullah bersabda bermaksud: "Menguap ketika  solat itu daripada syaitan. Kerana itu, apabila kamu ingin menguap,  tahanlah." (Hadis Riwayat Thabrani).
 
Dalam riwayat lain  Rasulullah bersabda, "Ada pun menguap itu datangnya daripada syaitan,  hendaklah seseorang mencegahnya (menahannya) selagi boleh. Apabila ia  berkata 'ha...' bererti syaitan tertawa dalam mulutnya" (Hadis Riwayat  Bukhari dan Muslim).
9) Bersin berulang kali ketika solat 
Syaitan  ingin mengganggu kekhusyukan solat dengan bersin sebagaimana yang  dikatakan Abdullah bin Mas'ud, "Menguap dan bersin dalam solat itu  daripada syaitan." (Riwayat Thabrani).
Ibnu Mas'ud berkata,  "Bersin yang tidak disenangi Allah adalah yang terjadi  dalam solat sedangkan bersin di luar solat itu tetap disenangi Allah.  Hal itu tidak lain kerana syaitan memang ingin mengganggu solat  seseorang dengan pelbagai cara."
10) Terasa ingin buang angin  atau buang air 
Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Apabila  seorang daripada kalian bimbang apa yang dirasakan di perutnya apakah  keluar sesuatu daripadanya atau tidak, janganlah sekali-kali ia keluar  dari masjid sampai ia yakin mendengar suara (keluarnya angin) atau  mencium baunya" (Hadis Riwayat Muslim).
Berbahagialah orang  Muslim yang selama ini terbebas daripada pelbagai macam gangguan syaitan  dalam solat mereka. Semoga kita semua dibebaskan Allah daripada  gangguan berkenaan.
Bagi yang berasakan gangguan itu, sebahagian  atau keseluruhannya, janganlah putus asa untuk berjihad melawan syaitan  terkutuk.