Kita di  perintahkan mengerjakan solat kerana untuk melahirkan berbagai bagai  rasa kehambaan saperti rasa malu, takut, hina diri, gementar, dan  bimbang.Kita adalah hamba, agar apabila lahir sifat kehambaan maka akan  hilang sifat sifat mazmumah yang merosakkan hidup kita, saperti sombong,  ujub, adu domba, mengumpat, memfitnah dan mengaibkan orang lain dan  sebagainya.Bermakna solat yang khusyuk dan yang di hayati dapat membakar  sifat sifat mazmumah yang menjadi racun sebenarnya.
 Jika  di dalam ibadah solat, kita tidak melahirkan sifat kehambaan atau di  saat kita solat kita tidak merasai yang kita ini hamba tuhan, maka  mustahil di luar solat kita dapat merasa yang diri kita ini  hamba. Apabila sifat kehambaan tidak wujud dalam diri kita maka yang  wujud adalah sifat mazmumah.
Penyakit jiwa ini lah yang menjadikan manusia sentiasa berkrisis.Orang politik dengan penyakit gila kuasanya. Suka  bergaduh dan jatuh menjatuhkan.Yang berkuasa pula berpenyakit angkuh  tidak boleh bertolak ansur serta bersifat menindas.Jiwa rakyat bercelaru  dan kucar kacir dek di pergunakan oleh pemimpin pemimpin yang  berpenyakit jiwa ini.Dan berbagai kecelaruan dan krisis manusia terpaksa  hadapi oleh kerana hilang nya rasa kehambaan kepada Tuhan.
 Justeru rosaklah masyarakat, hilang lah bahagia dan terseksa lah hidup.
 Maka ibadah Solat yang di jiwai hingga timbul rasa kehambaan akan melahirkan hamba hamba Allah saperti berikiut:
- Peribadi yang kuat keyakinannya
- Peribadi yang kuat Imannya
- Peribadi yang mempunyai akhlak yang tinggi
- Peribadi yang berdisiplin
- Peribadi yang bersih dari maksiat dan kemungkaran (kecuali sedikit)
- Peribadi yang kuat syariatnya
- Peribadi yang bersih jiwanya
- Peribadi yang kurang sifat sifat mazmumahnya.
Hasil  dari solat yang bermutu tinggi maka akan lahirlah masyarakat umat  Islam yang mempunyai peribadi peribadi saperti yang saya sebut  tadi.Jadilah bangsa ini bangsa yang Agung dan Allah akan angkat darjat bangsa ini hingga bangsa lain tunduk kepada nya.
Wallahu'alam.
 
 
solat itu tiang agama kalu tak kukuh bislh runtuh iman..sesama kita ke jln yg lurus n diredai..
ReplyDeleteTq
ReplyDelete