Search This Blog

Anak2 Solat ...


Alhamdulillah ... Berkesempatan mengajar anak solat ... Luqman, Abang Long dah tujuh tahun ... Dah kena ajar solat ... Pergerakan semua dah tau, cuma masa duduk antara dua sujud ngan duduk tahiyat awal/ akhir jer tak berapa betul, ... Bila diajar; sakit kate nyer ...Syukur jugak banyak yang dia dah belajar kat sekolah ... Waktu2 solat, cara2 ambil air sembahyang, cara2 solat, bacaan2 lazim ... Banyak jugak lah membantu ...

Abg Long solat ...

Khusyuk ker tu ... ?
 
Posing dulu ...
 
Adik sujud ...
 
Harap2 kekal lah seumur hidup ... 
 
p/s :- abaikan keadaan sekeliling yang bersepah ...
-------------------------------------------------
 
Dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila seorang anak telah mengenal kiri dan kanan, ajarlah dia bersembahyang“.Nabi Muhammad SAW menyuruh kita ajar anak solat sejak dari umur 7 tahun dan pukul kalau tidak solat bila umur 10 tahun.
Diriwayatkan daripada Amr bin Syu’aib, daripada ayahnya, daripada datuknya r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). (Hadis riwayat Abu Daud).
Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam. Selain itu kita juga dilarang menjatuhkan airmuka orang lain.
Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila salah seorang di antara kamu bertengkar dengan saudaranya maka hendaklah beliau menghindari dari memukul di bahagian muka
Dalam mendidik anak-anak, berlemah lembutlah, namun sediakan rotan di rumah (digantung) sekadar untuk mengertak kalau mereka malas beribadat. Dalam satu hadis lebih kurang maksudnya “ Tiada kebaikan/berkat rumah yang tiada rotan” Asuhlah anak-anak kita seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” supaya akhlak anak jadi baik. Ini kerana “kuah tidak semestinya tumpah ke nasi”. Ada orang jahil yang lahir dari rumah ulama dan ada juga ulama yang lahir dari rumah orang jahil.

Saf kanak-kanak
Saf bagi kanak-kanak di dalam masjid ialah di belakang saf orang dewasa. Dalam hadith disebut,  “Adalah Rasulullah SAW mengatur saf lelaki di depan saf kanak-kanak dan saf perempuan di belakang saf kanak-kanak.” (Riwayat Muslim).Saf kanak-kanak adalah dibelakang kerana sembahyang mereka adalah sunat sahaja jika dibandingkan dengan sembahyang orang dewasa yang hukumnya fardhu.Pengasingan ini bukanlah kerana mereka belum berkhatan dan ada kotoran ‘kulup’. Ada pendapat yang mengatakan kanak-kanak boleh sembahyang dalam satu saf bersama orang dewasa kerana orang dewasa juga mengandungi najis dalam badan mereka. Sebenarnya ia bukanlah najis selagi masih berada dalam badan dan belum keluar dari badan. Lagipun Rasulullah sendiri yang mengatur saf kanak-kanak di belakang saf orang dewasa.

No comments:

Post a Comment